WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Tuesday 27 November 2012

Sorry To Say

Sorry to say, i'm too busy this November... So many things need to be done in this beautiful and such wonderful month... Wohoo, speaking dengan lancar pulak aku malam ni kan... Hehe... Nak diceritakan, i busy for 2 weeks only this month but 2 weeks tu cukup lama kot... Duk rumah pun boleh naikkan berat badan sikit la kan, hehe... For 2 weeks, saya perlu memfokuskan diri untuk netball for Karisma 2012... Alhamdulillah, terpilih lagi untuk mewakili UiTM Melaka for this year... Seminggu diperuntukkan untuk latihan pusat and another 1 week for game la kan... Training tak cukup, stamina tak hebat, tapi alhamdulillah all of us manage to get 2nd place for the final game... Alhamdulillah, dapat juga kami tebus kekalahan pada tahun lepas dengan merampas kembali kedudukan naib johan, namun apakan daya impian sejak dulu untuk menjadi johan masih terkubur kerana tewas di tangan UiTM Shah Alam as usual kan... InsyaAllah 1 hari nanti pasti ada yang mampu mengalahkan mereka kan...



Sepanjang 2 minggu bersama netballers, banyak pengalaman, corat-coret suka duka kami bersama walaupun itu cuma hanya sementara... Tetapi itulah yang menjadikan hubungan kita erat dalam membentuk sebuah pasukan yang hebat... Terima kasih kepada anda wahai rakan-rakan kerana menceriakan suasana hidup saya, tanpa anda saya mungkin sukar untuk mempamerkan senyuman di wajah... Cewah, jiwang la pulak rasanya kan... Hehe... Apa yang aku perlu ingatkan kepada diri sendiri ialah sedarlah wahai hati, tak perlu mengejar sesuatu yang tidak pasti kelak kau kecewa sendiri kerana dia tidak mengerti niat di hati... Fuhh, mujur aku diberi kekuatan dan ketabahan hati agar tidak mudah jatuh dan tersungkur... Aku tetap tabah dan aku tahu mungkin itu satu ujian yang akan mematangkan diri aku kelak...

One more thing, sorry to say that i got Dean List again... Weheee, alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana segala usaha yang telah dilakukan membuahkan hasil... Semoga kejayaan ini berterusan untuk semester seterusnya insyaAllah... Sorry to say again, this Sunday on 2nd December i need to go back to Lendu u allz... A new semester will begin soon... Hopefully it is a nice and good sem for me... To all my dearest friends, i'm really miss u alls... See u all next semester okay...

Sorry to say, i need to go... Bye2 u allz... Thanx for reading...

Sunday 4 November 2012

Tiada Lagi

Tiada lagi wajah itu, tiada lagi suara seorang wanita yang dahulunya rajin melayan keletah budak2... Tiada lagi seorang nenek yang aku sayangi, yang pergi bertemu Ilahi pada Khamis, 1 November yang lepas... Nenek pergi setelah 80 tahun hidup di dunia ini... Semoga nenek tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman... Mulanya aku tenang dan redha dengan kepergian nenek... Namun tatkala kain kapan membaluti tubuh nenek, air mata aku mula jatuh dan mengalir di pipi... Sedih setelah pipi nenek ku cium dan wajah nenek ku tatap buat kali terakhir... Setitis demi setitis air mata ini jatuh, namun tangisan itu aku tahan bagi menghormati kepergian nenek... Bukan aku sahaja yang menangisi kepergian nenek, malah cucunya yang hadir ketika itu turut menangis jua... Syukur alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar daripada awal sehinggalah pengebumian nenek dengan kerjasama ayah beserta adik-beradiknya, menantu nenek, cucu-cucunya dan juga orang kampung... Hanya doa kini yang mampu mengiringi pemergian nenek, semoga nenek sentiasa tenang bersama-Nya...

Di kesempatan ini juga, ingin aku sampaikan salam dan ucapan semoga berjaya kepada satu-satunya adik lelaki yang aku sayangi, Muhammad Syahmi... Selamat menjawab peperiksaan SPM, semoga berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang... Kakak tahu abang mampu buat yang terbaik, insyaAllah Tuhan sentiasa membantu dan memberi abang kemudahan untuk SPM ini... Usaha dengan bersungguh-sungguh, sentiasa tenang, jangan terlalu stress... If anything, just call mama, ayah or kakak... We will always be with you... Kuatkan semangat, tabahkan hati, kami sentiasa mendoakan kejayaan abang... Buat yang terbaik, I know you can do your best... We all love you, kakak sayang abang... =)

* SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN KEMBALI KEPADA-NYA KERANA SUDAH TIBA MASANYA UNTUK PERGI *

Monday 22 October 2012

Home again...

Alhamdulillah, I'm home again... Tapi yang seronok bukan kepalangnya kerana saya cuti semester for 1 month okay... Fuhh, lega sudah hati dan perasaan ini, tenang juga jiwa ini setelah tamatnya minggu final exam untuk semester 3... Segala paper sudah dijawab dengan bersungguh, dengan usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa, dan kini aku hanya mampu berdoa agar keputusan yang bakal aku terima memuaskan hati dan menggembirakan hati aku dan juga ibu bapa tercinta... Ya Allah, semoga kau berikan aku kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat...

Dan seperti biasa, kepulangan saya di rumah menjadikan saya lebih rajin dan bertanggungjawab apabila telah ditugaskan menjadi suri rumah sekali lagi... It's okay as it is my rutin harian when I balik rumah kan... Tak pernah mengeluh dan mengelak daripada melaksanakan tanggungjawab itu sebab, itu lah yang akan mengajar saya menjadi suri rumah yang sebenar suatu hari nanti insyaAllah... Hee, yang faham maksud sebenar saya tu baguslah kan... Hikhokhikhok

Satu lagi hal yang menariknya, saya ada hati nak kerja part-time pulak... Wohoo, agak2 nak kerja kat mana eh? Hahaha, punyalah semangat nak kerja, nak cari pengalaman lah tujuan yang paling penting aku selain dapat pocket money lebih kan, alih2 tak keluar cari kerja pun... Hahaha, sebab ape? Sebab aku sibuk duk jadi suri rumah di samping asyik makan, tengok tv dan tidur sahaja... Mana ada masa nak kerja kan... Astaghfirullahalazim, malasnya anda wahai cik adik... Wake up dear, jangan malas2, jangan nak membesarkan badan je... Rasa macam diri ini masih kurus lagi, tapi tak sangka pulak 'orang tu' cakap kita dah gemuk... Hah? Gemuk ke saya? Haih, target nak gemuk after kawen, camne ni? Takpe2, nanti saya banyakkan bersenam and jaga badan eh... Hee

Okay lah, rasanya tiada apa lagi yang ingin dikongsi setakat ini... Cuma apa yang ingin diluahkan, saya amat merindui sahabat handai yang disayangi, dan juga orang2 yang saya sayangi... Maafkan segala salah dan silap saya andai ada yang terguris atau tercalar di hati, semoga ikatan kita terus kekal abadi... Sesuatu persahabatan yang bermula itu takkan pernah berakhir... Have a nice and wonderful holiday for all of you who had holiday now... =)

Friday 12 October 2012

Again???

Ya Allah, apalah nasib diri kan, sekali lagi kereta tak mahu hidup... Dah lah mati kat petronas tu hah, padahal baru je lepas isi minyak... Awatnya hang tak mau gerak kereta ku sayang? Haih, gundah gulana lah hati ni kan tadi... Yang tak menahannya, pakcik2 yang kerja petronas tu boleh buat tak tahu je kereta aku problem... Yang tolong tolak kereta tadi pun si Wana dengan Ummi dengan sorang pakcik yang isi minyak jugak kat situ... Nasib baik lah ada diorang kan, kalau tak mati kutu aku kat situ... Kihkih... Tanya pakcik tu, dia pulak tak tahu nak tolong camne, haih sedih lak den dongar nyo hah... Sabar je lah... Alih2, kol je si penyelamat saya seperti biasa...

Dok tengah tunggu tu, pandai pulak pakcik2 ni datang tanya nape ni dik, tak boleh hidup ke? Ye lah pakcik2 sekalian, kalau boleh hidup buat ape saya duk melanguk kat situ... Kalau tolong selesaikan masalah takpe lah jugak, ni dok membebel je keje, penat cik nak dengar tau, serabut otak... By the way, terima kasih lah kerana bertanya jugak kan, ingat tak mesra alam dah tadi... Hikhok... Selesai masalah akhirnya bila penyelamat dah sampai, cewahhh... Macam ultraman yang datang pulak kan... Muahaha, nasib baik awak ada untuk tolong... Kalau tak, tak tahu dah nak buat apa tadi... Terima kasih banyak2 ye awak... Hanya Tuhan yang mampu balas jasa baik awak, tapi yang termampu saya balas tu nanti saya balas eh... Hee

To Wana and Ummi, terima kasih lah menjadi penolak kereta cik Aina hari ni eh... Tak sangka pulak kereta aku kereta pertama dalam hidup yang korang kena tolak dalam situasi seperti itu... Dan terima kasih juga kerana membuli aku tadi kan... Ye aku terima segalanya, dan for the first time aku tak boleh melawan or membantah cakap korang terutamanya ko Wana, haha... Dah sebab kena tolak kereta aku punya pasal kan, yelah aku bagi korang buli aku tadi... I'm speechless today, wohoo... Tapi just untuk tadi je okay... Hee, mekaseh and maaf atas segala kesulitan tadi... Sayang anda2 semua =)

-segala masalah yang dihadapi menguji sejauh mana kesabaran kita-

Thursday 4 October 2012

Kenangan Itu...

Hati tiba-tiba terasa rindu akan kenangan lama yang pernah tercipta suatu masa dahulu... Kenangan itulah yang mengajar aku erti hidup, mengenalkan aku dengan pelbagai jenis orang terutamanya rakan-rakan... Yang indah itu dikenang dan yang pahit itu biarlah ianya tersimpan di dalam kamus hidup... Pelbagai kenangan yang kita cipta dalam hidup, tidak kira lah dengan siapa pun kenangan itu tercipta, selagi ia sudah tersurat dalam satu cerita dan berlalu menyusuri masa, itulah kenangan yang hanya mampu dikenang... Semoga kenangan itu kekal abadi, dan kepahitan itu menjadi pengajaran di masa nanti...

kenangan bercuti di indonesia... =)

kenangan kami bersama di midvalley...

classmate di mrsm serting =)

roomate suka duka di serting

adik2 junior kesayangan, muahaha..

after ladies night...

dinner blok di gerik...

best roomate i've ever had =)

Setiap kenangan yang tercipta itu datangnya dari ceritera yang berbeza... Dan kerana itulah kenangan itu dianggap berharga dan kepahitan itu dianggap bermakna dalam kehidupan... Tak semua yang kita hadapi di dunia ini indah belaka, pasti ada duka dan kepahitan yang dirasa... Hidup ini penuh dengan warna yang mencorakkan hidup kita... Carilah warna-warna yang baik dan sesuai untuk dijadikan pelangi dalam hidup kita... Semoga hidup anda ceria dan tinggalkanlah kenangan yang manis dan bermakna, jadikan kepahitan itu pengajaran... Terima kasih =)

Wednesday 3 October 2012

Final Exam

Sedar tak sedar dah masuk Oktober rupanya.. Dah 3 haribulan dah pun hari ni kan... Syukur alhamdulillah, beban 2 paper final sudah lepas akhirnya dan kini aku masih tabah menunggu dan belajar untuk baki lagi 4 paper... Paper yang tinggal kemudian ini lah yang mampu menguji kesabaran dan ketenangan hati aku kerana keempat-empat paper tersebut adalah killer paper bagi aku... Tak semua benda kat dunia ni senang, tapi tak semua benda kat dunia ni susah... Apa yang penting ialah usaha yang gigih, sentiasa berdoa agar diterangkan hati dan bertawakal kepada Allah di saat anda sudah tidak mampu berbuat apa-apa ketika diri sudah berada di dalam dewan peperiksaan...

Di saat menghadapi peperiksaan seperti inilah kekadang hati aku diuji... Pelbagai dugaan dan cabaran yang datang dan pergi... Adakalanya dugaan itu datang dan sukar untuk pergi, namun aku tabahkan hati dan bermohon kepada-Nya agar dikuatkan hati ini... Bukan mudah menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik... Rakan sekelasku kebanyakannya pandai2 belaka... Aku yang terasa diri ini tidak sehebat mereka masih terus berusaha dan berharap agar mampu menjadi sehebat mereka... Walaupun pada hakikatnya final exam ini tidak menentukan sehebat mana seseorang itu, aku tetap menjadikan mereka sebagai sebab untuk aku turut berjaya... Aku tidak mahu jatuh kerana aku pernah merasa apa ertinya gagal dahulu...

Ku berdiri, aku di sini
Takkan tewas takkan ku menyerah diri
Selagi hasrat di hati belum tercapai
Ku takkan berhenti

Lirik lagu di atas ini banyak menyedarkan aku agar terus berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah... Aku tak mahu mama dan ayah kelak menangisi kegagalan aku, biarlah mereka mengalirkan air mata kerana kejayaan aku... Kerana aku telah bertekad dan berazam untuk menghadiahkan kejayaan itu untuk mereka kelak... Doakan agar aku berjaya mengharungi liku hidup ini dengan tabah dan tenang... Amin... =)

Saturday 29 September 2012

Tiring day...

Oh hai and apa khabar anda di sana? Hopefully semuanya sihat-sihat belaka kan... Actually today was a very tiring day... Sarapan pukul 11 pagi tadi, then makan tengah hari pun lambat lah kan... So mama decided to eat nasi ayam kampung kat r&r awan besar ptg tadi... Makan punye makan, tambah tu tambah ni sampai lah kenyang baru angkat punggung berangkat pulang kan... Eh, bukan berangkat pulang pun sebenarnya... Melencong pulak ke kompleks pkns kat shah alam nun di sana tu hah... Dah kalau pergi sana alamatnya SHOPPING lah kan, buat ape lagi... Seronok dan memang penat lah kalau shopping dengan mama and ayah... Ada je yang menarik minat mata ni hah... Rambang mata jadinya... Alasan utama banyak shopping is untuk Raya Haji later on... Wahwahwah, macam tak menyempat pulak ye... Hikhik...

Shopping punye shopping sampai lah ke maghrib tadi baru bergerak pulang... Singgah dulu di r&r kinrara untuk solat maghrib sebentar... And the surprisingly is, Diana Amir was there... Mama and adik saya si Aina tu cakap ada artis lah, Diana Amir kan nama dia? Aku sememangnya tak perasan kewujudan dia, then pergi lah intai balik nak tengok betul ke Diana Amir semata-mata padahal dah keluar surau dah aku masa tu... Muahaha, tak senonoh betul... Yang paling tak menahannya, actually aku solat sebelah dia kot tadi tapi boleh tak perasan pulak kan... Hikhik, nampak tak khusyuk solat tau... Haha...

Setelah dipastikan oleh aku itu sememangnya Diana Amir then kami (aku, adik aku Aina and Nazurah serta mama) tunggu lah dia keluar dari surau... Sambil menunggu sempat lagi bincang nak amik gambar ke, autograf ke, salam je ke, whatever ke... Hahaha... Boleh pulak camtu kan... Haish... Finally dia pun keluar and kitorang pun tengok je lah dia sampai dia datang depan mata... Yang menariknya, dia datang ke arah kami and salam serta bermesra dengan kami... Apa lagi, dengan kesempatan yang ada kami pun ambil gambar kenangan bersama Diana Amir yang cantik berseri sangat... Rasa bersyukur dan sejuk hati tengok perubahannya kini... Alhamdulillah... Semoga dia berjaya dalam kerjayanya... Terima kasih akak kerana sudi bergambar bersama dan mesra bersama kami tadi...

a moment with Diana Amir =)

Lastly, esok saya perlu kembali ke Melaka untuk menghadapi final exam for this semester... 6 paper perlu saya hadapi untuk sem ini... Harap kejayaan mampu dikecapi lagi dan impian menjadi nyata sekali lagi... Maafkan segala salah dan silap saya kepada anda selama ini, doakan hati saya tenang menjawab exam dan diluaskan minda... Semoga Tuhan merahmati orang yang mendoakan kejayaan orang lain...

Thank you for reading and sudi baca blog tak seberapa ini... Kisah ini hanya luahan hati dan perkongsian cerita antara kita... Sayonara dear friends... =)

Monday 24 September 2012

Study Week Again

Owh yeah, when it comes to study week it will definitely relates to the FINAL EXAM of course... Finally it will be the end of my semester 3 in a few weeks more... Weheee... Tak boleh nak terlalu seronok walaupun this week is study week because there are plenty of things need to be settled down before i could calmly study and take my final exam... Haish apa lah nasib walaupun minggu belajar dah habis, tapi ada lagi beberapa assignment yang perlu dihantar in order to get carrymarks lah kan... Carrymarks punya pasal, apa pun gua sanggup buat lah... Daripada bermati-matian struggle paper final, it's better to score carrymarks first right???

Huh, setakat dah masuk 2 hari duduk rumah ni melanguk je lah kerja aku... Tadi je baru bukak buku Law, tu pun sebab nak siapkan assignment... Actually tu sebenarnya test 2 kitorang for the last Saturday but then Lecturer Marziana bagi kitorang TAKE HOME and consider it as group assignment pulok... Fuhhh, menjerit keriangan, bersorak gembira dan definitely memanjatkan kesyukuran kepada Allah sebab tak jadi buat test kan... Punya lah blank dah otak petang2 nak jawab Law kan... Thanx a lot to dear lecturer, I really love you... We promise to finish the assignment and do well in final paper insyaAllah...

And now aku berharap agar starting from tomorrow aku akan start study seriously so takde lah buang masa macam buang sampah je kan... Hehehe... Hopefully I will do best in this semester 3 final and get Dean List again... And the most important thing is that I hope to get DL with my really beloved friend Nur Haziqah Bt Mohd Iqbal Ali and also my fellow friends that is Nazira, Intan, Farahana, Iman, Farhana, Nor and Syafi... Mummy harap kita DL sama2 lagi and hope that we success together okayh...Bersama kita menuju kejayaan dan insyaAllah masa depan gemilang... To all my dear anak2, do tell mummy what I did not know or maybe I doesn't know at all... Because you all know lah kan mummy ni blur and sometimes 'lambat sikit'... Muehehe, malu pulak... Hee

See you all in kampus for about 6 days more insyaAllah... Belajar rajin2, manfaatkan study week ni betul2, kongsikan ilmu bersama2, apa2 yang ingin ditanya just contact each other so that we might not lost... Hehehe, that's all for today... Thank u and sayonara... =)

Wednesday 19 September 2012

Tahniah!!! =)

Yeah, entry kali ni mengisahkan tentang kejayaan saya dan team netball Tun Putih pada Sabtu, 15 September yang lepas... Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, kami berjaya menjadi Johan dalam Kejohanan Net The Ball Antara Kolej & NR UiTM Melaka anjuran Ko-kurikulum Netball dan Unit Sukan UiTM Melaka... Bersyukur kerana kami berjaya dan membawa pulang wang tunai RM200, medal beserta piala pusingan... Terima kasih saya ucapkan kepada team Tun Putih atas usaha, kerjasama dan semangat yang diberikan dalam usaha memastikan kita mendapat tempat dalam kejohanan itu... Segala usaha dan semangat tidak berputus asa kita berhasil walaupun ketakutan dan kerisauan berhadapan mereka yang hebat2 bersarang dalam diri... Ecewaahh, apa2 pun tahniah buat semua yang bertanding, yang berjaya dan bagi yang kurang bernasib baik tidak mengapa, cuba lagi di lain masa... InsyaAllah kejayaan milik anda jua...

not good enough to be a sharp shooter, but i'm trying to be...


Di kesempatan ini juga saya ingin memohon doa daripada anda agar mendoakan saya sentiasa sihat dan tiada apa2 yang berlaku kepada diri ini... Moga diri ini masih kuat dan bertenaga serta terhindar daripada sebarang sakit atau kemudaratan... Semoga Tuhan merahmati anda semua yang mendoakan saya, insyaAllah...

* semoga Tuhan sentiasa memberkati hamba-Nya yang tabah dan sabar dalam kehidupan *

Tuesday 11 September 2012

Tanggungjawab

Tanggungjawab atau responsibility adalah satu perkataan yang amat menakutkan kalau didengar sebenarnya... Mungkin tidak bagi sesetengah orang, tapi bagi saya, YA... Tanggungjawab itu sesuatu amanah yang diberikan kepada kita dengan harapan agar sesuatu itu dapat dilaksanakan dan mencapai tujuan... Tanggungjawab mempunyai pelbagai cabang, sama ada terhadap diri sendiri, Tuhan, ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan sebagainya... Seperti yang sedia maklum, tanggungjawab terhadap diri sendiri, Tuhan, ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan adalah tanggungjawab yang menjadi rutin harian kita setiap hari... Kita tak pernah lari dari tanggungjawab yang biasa ini kan...

Namun apa yang ingin saya luahkan di sini ialah berkaitan tanggungjawab terhadap tugas ataupun jawatan yang dipegang... Seseorang yang diberikan tanggungjawab atau menginginkan tanggungjawab itu seharusnya melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dan ikhlas... Ini kerana tanggungjawab bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan permainan... Setiap orang yang memegang tanggungjawab telah diberikan amanah secara tidak langsung dan harus memastikan tugasnya sempurna...

Tanggungjawab ini bukannya sesuatu yang mudah kerana sekali kita memegang tanggungjawab kita harus melaksanakannya tanpa rungutan... Apa yang ingin saya katakan di sini bahawa sesiapa yang ingin sangat memegang tanggungjawab dan diber tanggungjawab secara rela, laksanakan tugas dan amanah anda dengan jujur dan bersungguh-sungguh... Kalau rasa tak mahu diri susah, pening, tension, malas nak fikir banyak dengan alasan banyak kerja lain nak dibuat lah, sibuk lah, TAK PERLU menjerumuskan diri anda dalam memikul tanggungjawab yang anda tak mampu nak pegang... Kalau urusan dan tanggungjawab terhadap diri sendiri pun tidak terurus, masakan boleh menguruskan perkara lain...

Aku sangat takut jika diberikan tanggungjawab untuk menjadi atau melaksanakan sesuatu... Aku pernah merasa memegang tanggungjawab dan amanah... Pada mulanya ya memang susah dan terasa diri ini tidak mampu untuk melaksanakannya namun aku tabah dan terus berusaha dan berdoa agar Tuhan membantu dan memberikanku kekuatan dalam melaksanakan tugas aku... Alhamdulillah aku berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab aku, walaupun aku tidak tahu bagaimana orang lain menilai keupayaan aku, namun aku tahu Tuhan mampu menilai aku...Dan sejak dari itu, aku lebih berhati-hati dan berfikir lebih dalam jika ingin memegang sesuatu tanggungjawab kerana aku bimbang jika tanggungjawab itu terabai... Biarlah aku menjadi orang biasa seketika dan belajar dari luar cara memegang tanggungjawab sebelum aku sendiri yang memegangnya...

Conclusionnya di sini, kalau dah pegang tanggungjawab, laksanakannya sebaik mungkin... Tanggungjawab itu boleh ditolak jika merasa diri tidak mampu, namun ianya boleh diterima juga sekiranya ingin mencari pengalaman baru dalam memimpin dan memegang tanggungjawab... Apa yang penting ialah laksanakan semua tanggungjawab yang diberi dengan sebaiknya dan jujur...

That's all kawan-kawan... Terima kasih =)

Friday 7 September 2012

Appreciate

Hallo guys, how are you? Huhu, harap semua sihat lah ye... Today I'm gonna talk about appreciate... Haish, gelenya pulok nak speaking sekarang kan... Al-maklumlah, orang asyik nk cakap dengan aku guna panggilan I & U bagai lah... Hahaha, ada ke? Haha, perasan... Ada lah jugak sebenarnya, mula2 rasa macam kekok tapi lama2 biasa lah kan... Dah lari dari topik sebenarnya tuh, actuallly saya nak cerita pasal appreciate ataupun lebih senang kita cakap menghargai lah... Menghargai apa ye agaknya? Apa2 saja anda boleh hargai tak kira lah apa2 kan... Apa yang penting, hargainya dengan ikhlas tau...

Al-kisah sebenar tentang tajuk hari ini ialah menghargai sesuatu yang diberi... Apa sahaja yang diberikan oleh seseorang kepada saya, pasti saya akan hargai tak kira lah kalau barang itu murah ke, mahal ke, cantik ke, tak cantik ke, besar ke, kecik ke, yang penting pemberinya ikhlas memberi kan... Huhu, so itulah... Saya ni seorang yang menghargai pemberian orang...

Nak dijadikan cerita, this year saya dapat hadiah birthday jugak okay... Walaupun tak banyak, tapi itu sudah cukup... Wish daripada rakan2 pun sudah cukup membuatkan hari lahir saya meriah dengan senyuman yang terukir di bibir ini... Terima kasih bebanyak atas ucapan anda semua, tak kira lah melalui message ataupun facebook... Dan sesiapa yang wish lambat tu tidak mengapa, saya tak makan hati pun, hati ayam je saya makan... As long as anda wish, saya dah cukup gembira dan hargai sangat2...

Dan yang paling penting, terima kasih bebanyak kasih ingin saya creditkan untuk NUR HAZIQAH BT MOHD IQBAL ALI & INTAN BAIZURA BT MARBAIE kerana surprise yang anda berikan kepada saya sebentar tadi... Walaupun drama agak tidak menjadi namun lakonan itu tetap menjadi... Haish, pandai nak kenakan aku ye korang nih... By the way, thanks a lot dear Ieqa & Intan for the beautiful and nice present from both of you, I really love it... Hee... I love both of You too... Weeee

cantik sangat balutannya, tak sampai hati nak bukak... haha

hah ini lah hadiahnya, cantik dan comel dan cute kan... merah pulak tu... huhu

Oh one more think, saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Cik Izyan kita kerana bagi saya hadiah hari tu... Such a nice bracelet u gave me my dear, I also like it... Hee, thank u so much Izyan for the present... Sayang anda wahai kawan...

a nice bracelet from Izyan...

Once again, thanks a lot to all my dear friends and my dear Ieqa, Intan & Izyan for the present... Aina really2 APPRECIATE it okay... So kawan2, please do appreciate what people gives you and for those who want to give something to the others, please give it sincerely okay... What goes around comes around... You give others then they will give you back one day... Hee... Love you all so much dear.... Muahx... =) Sayonara, see you later...

Monday 3 September 2012

Bahagianya Rasa

Hati ini gembira dan seronok yang teramat sangat tatkala diri dapat menjejakkan kaki ke rumah tercinta di Ampang Khamis lepas... Walaupun terpaksa menempuh pelbagai onak dan duri (ecewahhh, propa pulak ko aina) dalam usaha untuk sampai ke rumah, saya tetap sabar... Fuhhh, seperti biasa masa yang diambil untuk sampai ke KL dari Melaka hanyalah 1 jam bagi aku, tetapi apabila kereta gua da masuk jalan KL, MRR2 pulak, memang sangkut lah kan derr... Haih, apalah nasib, duduk terperuk lagi dalam kereta cantik gua (opppss, ayah saya punya) tapi kali ni bertemankan rakan saya Wana and Sascha... Terima kasih lah sebab menemani saya hari tu kan... Huhu, takde lah aku kematu sangat terperuk dalam kereta tu kan...

Nak dijadikan cerita, saya bahagia sangat dapat pulang ke rumah tempoh hari... Manakan tidaknya, hari Jumaat tu dah penuh jemputan rumah terbuka dan kenduri kahwin, sampai lah hari Ahad tau... Orang tu tak jemput saya, tapi jemput parents saya lah kan, so saya pun dengan hati yang terbuka ikut lah sekali kan, dah parents pun willing nak bawa kami 3 beradik sekali menghabiskan makanan2 kat open house orang... Hikhik... Banyak kot open house last week, dari tengah hari sampai ke malam kami makan kat rumah orang je, dapur kat rumah tu elok je tersebik kat situ tak bersentuh... Takpelah sebab dapur tu bukan macam enjin kereta yang kena panaskan selalu kan... Hahaha... Okey merepek dah kat situ, heee...

Bahagianya rasa secara konklusinya saya bahagia sebab dapat makan banyak dan pelbagai jenis makanan di setiap rumah yang berbeza... Dan kerana itu sekarang saya rasa badan saya dah macam berisi sikit, dah mula rasa takut kalau gemuk kan, haishhh, seram... Target boleh gemuk bila dah kahwin nanti, bahaya lah kalau gemuk sekarang kan... Hahaha... Okey2, tu je lah actually yang buat saya bahagia sangat2 nih... Nak cerita lebih2 nanti ada orang salah faham pulak... Padahal dalam hati nak cerita yang hati ini bahagia... Cehh tetiba je pulak kan...

Oh ye, lagi satu... Saya rasa seronok pula dapat beracing semalam okay... Unbelieveable, saya tekan minyak bukan main lagi... Nak bagi tau berapa meternya tak perlu lah kot, rahsia, hanya orang tertentu je tahu, ekekek... Sumpah tak nak race dah lepas ni sebab dah kena marah dengan mama sebab main lumba2 kat highway, bawak kereta laju2 kan... Hah tu lah padahnya, menyesal tetiba... Insaf lah jugak akhirnya kena lecture dengan mama tercinta saya... Hee, sorry mama, kakak tak buat dah lepas ni... Huhu... Dear awak, jangan main race dengan saya lagi tau, takut sebenarnya semalam tapi macam seronok je, tu yang redah je... Hahaha... =)

Okeyh, cukup sampai di sini sahaja kisah kita... Jumpa lagi di lain lembaran... Pesanan ikhlas dari hati saya untuk anda semua hari ini... Selagi anda mampu tersenyum dan bahagia, hargailah kebahagiaan itu kerana tak semua orang mampu hidup bahagia dan gembira... Terima kasih awak kerana membuat saya tersenyum dan gembira dengan keletah awak... Hee...  Salam kasih dan sayang dari saya, Nurul Aina Nabilah =)

* HIDUP INI PERLU SENTIASA CERIA AGAR DIRI INI BAHAGIA*

Monday 27 August 2012

Raya 19

"Fuhh, fuhhh, awat lah berhabuk sangat tempat ni haih... Lama benor tak kemas agaknya... "
Eh hai apa khabar semua? Tak perasan pulak ada orang duk baca2... Hee, sebuk sikit lately ni, tu yang baru nak mengemas laman yang dah tak cukup tempat nak letak sawang2 kan... Hahaha... So macam mana dengan cuti anda? Or lebih tepat lagi kita panggil RAYA lah kan... Weee, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua teman, kenalan dan umat Islam yang menyambutnya... Semoga raya tahun ini memberi anda seribu satu kemanisan dan keceriaan dalam hidup...

This year saya beraya di Langkawi dulu, kampung ayah... Huh, balik kampung Langkawi ni, dugaannya hari tu berbuka puasa lambat lah kan... Al-maklumlah, utara nun jauh di sana... Apa2 pun, puasa pun da habes, RAYA disambut dengan sederhana tapi gembira... Puas kot dapat makan banyak, beraya rumah orang je makan, beraya je makan... Alamatnya badan pun naik... Eh yeke? Tak timbang pun sebenarnya, hikhik... Alahai, gemuk ke, kurus ke, yang penting dapat makan... Makan itu penting okay... Hee... Baju raya saya tahun ni pink tau, padahal tema sebenar hijau, tang mana entah baju aku terselit pink, tapi ada lah kat baju aku warna hijau sikit2 okay... Takde lah lari tema sangat pun... Tak tahu lah kenapa most of my baju, baju kurung ke, kemeja ke, semua nye pink... Awat lah aku gila pink tahun ni pun tak tau lah kan... Kata brutal, cehhh pakai jugak pink kan.... Ekekek, malu pun ada... Biarlah, asalkan nampak manis... Ecewah, perasan... Phuiii, hahaha...

baju raya di langkawi... nampak tak pink nye... =)

baju raya di Kelantan... pink jugak wooo...

hah ni lagi satu pink... kemeja nye tertutup pulak..

Puas beraya di Langkawi, kami sekeluarga terjun pula ke pantai timur, Kelantan iaitu kampung mama... Pheww... Lagi seronok lah kan beraya kat kelantan... Saudara mara bagi duit raya banyak, weee... Makan pun sedap2 kot... Rindu nak balik kelantan lama dah ada, cuma tahun ni dapat balik... Apa lagi, bantai makan nasi berlauk pagi2, akok dan budu.... Wohooo... Kami di Kelantan tak lama mana, kena pulang ke KL awal bagi mengelakkan kesesakan jalan raya yang bukan sahaja akan memenatkan ayah saya yang memandu, malah kami anak beranak yang kematu menunggu di dalam kereta... Wahahah... Alhamdulillah jalan baik dan perjalanan lancar pulang ke KL...

Mesti ada yang tertanya-tanya nape tajuk post ni Raya 19 kan? Actually raya tu pasal raya lah kan... Nak diceritakan pasal 19 tu ialah umur saya lah... I'm 19 since 25 August 2012 okay... U must call me kak long okay... Hahah... Dah makin tua rupanya aku ni ye... Alhamdulillah, birthday saya selamat disambut di rumah Sabtu lepas, meriah dan seronok nya tak terhingga... Menu untuk hari itu ialah sup campbell, roti panjang, spagetti, ayam and lamb bbq, cocktail, sparkling and the most important thing is KEK CHOCOLATE INDULGENCE... Weee, dapat favourite kek kot... Actually saya sambut birthday sekali dengan adik saya, Aina juga namanya sebab birthday dia bulan puasa hari tu... Takpe2, sharing is caring, caring is loving kan... Thanx dear mama and ayah...

wohoo, my chocolate indulgence...

sharing cake together... =)

wohooo, western theme kot makanan nye...

Hope the memory I share with you could make you all happy too and don't be jealous okay... Hahaha
Selamat Hari Raya, and have a nice day!!! Thanx for reading... =)

Monday 13 August 2012

Hati Berbunga

Alhamdulillah, hati kini berbunga indah bak musim bunga di negara orang... Ecewahh, haha... Seronok rasanya mencecah minggu ini, mana tak nya kan, dah nak cuti raya kot... Hoho, tak sabar nak sambut raya.... Pakai baju raya, makan biskut raya, dapat duit raya, lalalala and so on la kan... Hehe... Berapa hari je lagi tinggal nak puasa kan... Saya rasa seronok sangat dalam bulan Ogos ni tau... Haih, dah la berpuasa, beraya, sambut hari merdeka dan yang paling pentingnya hari lahir saya lah kan... Hoho, tak lama je lagi nak mencecah usia 19... Haih, makin lama makin besar saya ye....

Al-kisah semalam saya selsema teruk yang amat, then sakit kepala, pastu terus demam kot... Haih, sabar je lah kan... Elok2 hati berbunga mekar, layu jap semalam.... Tidur pun sampai 14 jam kot... Haiyoyo, pecah rekod aku kot, tak pernah aku buat before this... Hebat tak? Hahaha....

Okeyh penat dah tak tau nak tulis ape... Actually bosan malam nih tak tau nak buat ape, nak tidur tapi tak ngantuk lagi maklumlah da lame tido kan tadi, 14 jam pulak, petang baru bangun... Hohoho...

Sayonara kawan2, apa2 story menarik saya cerita ye... Love u, muahhh!!! =)

Thursday 9 August 2012

Sekali lagi...

Ya sekali lagi kita berjumpa di lembaran ini... Sekali lagi juga kita sedang menghadapi Ramadhan yang mulia, walaupun aku agak lambat update pasal bulan puasa ni kan, takpe lah... Orang busy kan, nak wat camne.. Anak ramai, kerja bertimbun kan... Hahah... Apa khabar anda semua? Harapnya sihat lah kan... Aku ni hah macam tak sihat, nak gila pun ada... Ye, aku gila sebab kau... Sekali lagi kau tiba2 berubah dan meminta agar kita tidak berhubung lagi... Aku musykil, apakah salahku? Aku tak tahu apa yang perlu aku katakan lagi... Jujur aku kata kadang-kadang aku tak faham dengan diri kau.. Aku dah mula jatuh hati pada kau walaupun aku tahu kau menyukai orang lain... Peduli apa, hati dan perasaan itu datang dengan sendirinya dan sukar untuk aku elakkan... Aku memang seorang yang tegas pendirian, jika itu yang kau minta, jangan berhubung dengan kau lagi, ye aku akan tunaikan... Tapi aku tetap menunggu agar kau menerimaku sebagai kawan dan tidak memutuskan ikatan persahabatan kita... Mungkin kau tidak pernah tahu perasaan aku terhadap kau, biarlah... Biarlah ianya rahsia hati ini sahaja... Aku harap kau temui apa yang kau cari selama ini... Semoga kau bahagia dan aku berharap kau tidak lakukan kepada orang lain sebagaimana kau lakukan kepadaku... Jagalah hatinya dengan baik dan sayanginya dengan tulus...

Ecewahhhh, bermadah pulak kat atas kan... Huhu, padahal dalam hati tengah nangis, cuma air mata je yang tak keluar... Al-maklumlah air mata dah keluar petang tadi dengan tidak semena-menanya... Bertuah bagi orang yang membuatkan aku nangis kerana dia, bertuah kerana air mata ini jatuh untuknya... Kerana itu maknanya aku menyayangi orang itu dengan ikhlas... Wahhh, hebatnya orang yang aku sayang kerana dapat anugerah air mata aku... Tahniah lah kan, so hargai lah air mata aku yang tak seberapa ini... =)

Apa yang boleh aku katakan untuk hari ini, ikhlas dari hati ini.... Menyayangi seseorang lebih perit daripada disayangi seseorang... Keep smiling and please be happy for yourself you guys...

Thursday 26 July 2012

Mengalah

Ramadhan sudah masuk hari ke-6 hari ini. Alhamdulillah, hari2 yang mencabar dapat ku tempuh dengan tabah. Kekadang ada dugaan dan cabaran yang menguji kesabaran hati ini. Soal hidup pastilah bersangkut paut dengan hati kerana setiap yang kita lakukan itu dengan hati yang ikhlas ataupun tidak, niat itu juga lahirnya dari hati. Kenapa semuanya bermula dari hati? Setiap yang berlaku pasti menjadikan hati sebagai watak utama. Itulah kuasa Allah, hati ini umpama permata yang berharga. Perlu dijaga dengan elok. Ibadah dilakukan agar hati sentiasa cerah, sentiasa bersabar dalam segala dugaan juga memainkan peranan dalam menjaga hati.

Dalam situasi hati diri ini sekarang, terkadang aku terfikir kenapa aku dikurniakan hati yang sangat lembut. Mudah tersentuh, terasa, tersinggung dan sebagainya. Ujian itu amat berat bagiku namun aku tahu, aku mampu menghadapi segala kemungkinan baik ataupun buruk kerana hati aku tetap tabah walaupun aku mudah tersinggung. Bukannya aku lemah, tapi aku mahu melihat orang lain menerima yang lebih baik daripada yang aku terima. Inginkan orang lain gembira sedangkan hati sendiri gundah gulana. Itulah yang dinamakan mengalah bagi aku. Tapi kadang-kadang situasi seperti itu dinamakan berkorban untuk lebih sedap telinga mendengar. Namun bagi aku istilah itu mempunyai maksud yang berbeza sama sekali walaupun ianya mempunyai sedikit persamaan.

Ye, aku memang seorang yang mudah mengalah. Dengan adik-adik, keluarga dan rakan-rakan. Melihat mereka semua gembira sudah cukup membuat aku gembira. Terkadang hati terdetik, takkan diri ini sahaja yang kena jaga hati orang lain sedangkan orang lain tak menjaga hati kita. Biarlah, mungkin mereka tidak sedar akan pengorbanan kita terhadap mereka. Tipulah kalau aku kata tidak ambil hati secebis pun padahal perasaan yang terbuku dalam hati hanya tuhan yang mengerti. Dalam soal hati, janganlah memaksa aku meceritakan segalanya. Kerana setiap orang mempunyai hati yang berbeza, itulah hebatnya kuasa Tuhan. Bersyukur masih ada hati dan perasaan, dan aku berharap agar hati dan perasaan ini tidak dipermainkan dan akan aku jaga dengan baik agar aku tidak terluka lagi.

Hati sedih kerana apa yang diharap tidak menjadi kenyataan. Mungkinkah aku yang salah ataupun kau yang hanya berpura-pura? Berikanlah aku petunjuk dan pedoman agar aku mampu berjalan melalui cahaya-Mu...

Friday 13 July 2012

Pesanan Buat Sahabat

Aku masih di sini. Masih mengharap hadirnya sinar yang mampu menerangi hidupku. Menceriakan hari-hari ku. Menghilangkan segala kegelisahan ku. Terkadang bayangmu menerjah fikiranku. Terkadang jua namamu ku sebut, laman sosialmu ku intai. Tetapi aku tahu itu tidak mendatangkan apa-apa kesan. Yang ada hanya merugikan diriku sendiri. Entah mengapa hati ini masih belum boleh melupakan semuanya yang telah berlaku pergi dengan begitu sahaja. Benarlah kata orang, mencipta kenangan itu sangat mudah namun untuk melupakannya jauh sekali susah. Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku tidak akan menggaggu mu lagi. Namun entah mengapa kau tetap ku fikir. Saat mata terlihat kelibatmu hati ku berdetak. Kelu lidah tidak terkata. Terkadang diri ini tidak menentu. Terasa mahu lari sejauh mungkin agar kau tidak nampak bahawa aku melihatmu. Namun dunia ciptaan Tuhan ini kecil sahaja. Sejauh mana aku berlari, bayangmu tetap berada di fikiran. Aku tidak mahu terus berlari. Akhirnya aku mampu bersabar dan berfikiran positif dalam setiap tingkahku. Biarlah apa yang terjadi. Jika aku ditakdirkan untuk bersua dengan mu secara tidak sengaja, aku hanya mampu tunduk dan berlalu pergi agar kau tidak melihat diriku. Aku malu untuk memandangmu. Aku hanya insan yang gagal menyatakan perasaanku sendiri. Biarlah semua itu berlalu, aku harap dan berdoa agar kau temui bahagia kelak. Melihat dirimu bahagia sudah cukup membuatkan aku bahagia. Walaupun itu semua perit bagiku, aku hanya makhluk-Nya yang lemah. Segalanya telah ku usahakan, berdoa dan bertawakal. Cuma satu yang paling aku harapkan dari dirimu, aku berharap agar kau tidak membenci diriku. Niatku ikhlas suatu masa dulu, ikhlas menyayangimu. Namun itu semua hanya mimpi di siang hari. InsyaAllah, jika ada jodoh tidak ke mana. Ku doakan kau bahagia di dunia dan di akhirat. Berusahalah menjadi seorang yang berjaya, kerana aku tahu kau mampu, kau seorang yang kuat semangat dalam menghadapi segala ujian dan cabaran dalam setiap inci hidup kau. Aku kagum dengan dirimu yang mampu mengahadapi semua masalah dengan tenang. Semoga kau bahagia dan berjaya wahai SAHABAT...

Tuesday 10 July 2012

Redha

Assalamualaikum dan apa khabar semuanya? Harapnya anda sihat belaka... Di saat jari jemari rancak menaip kekunci laptop, adakalanya air mata ku tumpah jua. Aku rela, redha, pasrah dan terima seadanya segala kesilapan dan kekhilafanku sebagai hamba-Mu Ya Allah. Aku insan kerdil yang tidak mampu melawan takdirmu. Andai itu takdirku, aku terima seadanya kerana aku yakin itu adalah yang terbaik untuk diriku. Hatiku gundah dan kacau tatkala datang seorang yang mencuri hatiku. Rasa kasih dan sayang datang tanpa diduga dan diminta sedangkan di hati sudah ada yang bertakhta. Tidak tahu mengapa kehadirannya membuat aku berubah, terasa jauh dengan yang sedia ada. Demi mengelakkan diri daripada tersepit di tengah persoalan, aku meminta kepada yang sedia agar lepaskan aku seketika. Aku terlalu mengikut perasaan dan tidak sedar bahawa itu mungkin akan melukakan hatinya. Aku minta maaf atas kekhilafanku dalam menilaimu. Aku hanya mengikut kata hati yang tidak tentu arah ini. Lantas aku semakin menyayangi seorang itu tanpa ku sedar. Walaupun dia terlalu berbeza dengan apa yang aku inginkan yang ada pada yang sedia ada sebelum ini, aku tetap dengan hatiku. Mungkin itu ujian buatku. Ujian untuk menguji sejauh mana aku mampu mengawal hati dan perasaan ini. Aku gagal menyatakan perasaanku yang sebenar-benarnya kepada seorang itu. Aku redha kau tidak menerimaku dan aku terima nasihatmu untuk hargai orang yang sedia ada menyayangiku. Aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya perasaan itu terhadapmu, aku jua tidak menyangka. Benarlah kata orang, cinta itu buta dan membutakan. Jujur aku katakan aku memang menyayangimu tetapi apakan daya hanya sebagai kawan sahaja sampai ke hari ini, itupun kalau kau menerimaku sebagai kawanmu sahaja. Kadang-kadang aku keliru dengan perasaan sendiri sehingga dirimu ku terbayang tiap masa. Namun aku cuba mengelakkan kerunsingan dan kekusutan mengenai cinta semampu yang boleh. Alhamdulillah, aku mampu mengawal perasaan dan diriku daripada terus hanyut dibuai mimpi. Aku tidak mahu perkara sebegini berulang kembali dan aku berharap agar ianya tidak berulang. Aku doakan kau temui bahagia dan aku masih menganggap kau sebagai kawan. Biarlah apa sahaja yang ingin kau katakan tentang diriku ini. Halalkan segala makan-minum aku selama ini, aku doakan kejayaan dan kebahagiaan kau di dunia dan akhirat. Aku tidak akan mengganggu hidup kau andai itu permintaan kau, cuma aku berharap agar kau tidak membenci diriku. Terima kasih atas segala bantuan dan keprihatinan kau selama ini selama kita berkawan, segala tunjuk ajarmu tidak akan aku abaikan dan aku akan amalkan dan hargai sehingga bila-bila. Untuk yang sedia ada dulu, maafkan kesalahan, kesilapan dan kekhilafanku. Aku tahu aku mungkin telah melukakan hati kecilmu. Andai ada takdir antara kita, pasti kita akan bersama suatu masa nanti. Dan andai itu bukan takdir kita, terimalah seadanya dan aku redha dengan segala yang terjadi. Aku akan berubah dan menjadi yang lebih baik kelak. InsyaAllah, doakan agar hatiku sentiasa tenang dengan bimbingan Tuhan, kedua ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan tersayang. Tanpa mereka, siapalah aku. Biarlah aku rebah di pintu cinta daripada aku rebah di pintu syurga kelak. Aku hanya insan yang mengharap kasih dan redha-Nya sahaja. InsyaAllah, amin...

Wednesday 4 July 2012

Terlalu SIBUK...

Hai apa khabar anda semua? Harap sihat lah kan... Syukur alhamdulillah, terbukak juga hati ini untuk memgupdate blog yang dah bersawang ni kan.... Bukan niat hati tak nak update tapi masa tak mengizinkan, busy memanjang u ollz... Untuk pengetahuan anda, saya dah pun masuk untuk semester baru that is sem 3 for my diploma perakaunan okay... Dalam sedar tak sedar, dah setahun lebih aku jadi budak Melaka kan... Haiyakkk, unbelieveable... Start masuk, first week dapat lah balik rumah sebab tak banyak aktiviti and kerja lagi kan... But nowadays, masuk je 2nd week dah bertimbun aktiviti plus kerja2 from lecturer okay... Nasib baik aku ni manusia, boleh pikir baik buruk sesuatu perkara tuh... Bersyukur dan bersabar saja lah kan... Hidup ni banyak dugaan dan cabaran, kalau tak rasa susah macam mana nak rasa senang kan...

Okayh sepanjang ketiadaan new entry dalam blog ni, pelbagai perkara berlaku tak kira menarik ke, bosan ke, annoying ke or whatever lah kan... Yang penting hidup ni macam pelangi, pelbagai warna... Daripada masuk UiTM balik, food poisoning, pastu anugerah dekan, pastu KI, pastu aktiviti kolej, pastu netball ditambah dengan kerja from lecturer yang wajib ada tiap2 minggu okay... Memang full lah masa aku kat sini kan... Walaupun hakikatnya ade je masa free... Muehehe... Alhamdulillah dengan adanya rakan-rakan di sini, aku tabah mengharungi segala yang berlaku dengan baik... Syukur juga mempunyai mama, ayah dan family memahami diri ini yang sibuk di perantauan... Ecewah, perantauan lah sangat ko kan, luar negeri je pun bukannya luar negara... Hahah, okay dah malas nak merepek, banyak sangat cerita kan...

2nd week masuk UiTM balik, aku dah kena food poisoning derr... Pergh perit tak terkata, sakit sesangat, aku ni dah lah susah nak sakit then bila dah sakit rasa macam tak bole nak hidup pun ada jugak... Nasib baik ada nyawa lagi, alhamdulillah semangat masih kuat meneruskan hidup sebagai seorang pelajar... Gara2 tak sempat nak lunch, p makan kat food fair, hah amek ko food poisoning terus... Fobia terus aku nak beli makanan yang macam tu (kuey teow goreng kuali besar)... Sampai cirit, muntah2, demam then kena masuk air pulak tu tau... Luckily i have friend who take care of me, IEQA... Thanks jugak buat yang laen yang tolong jaga saya ye... I really appreciate it... =)

Next is talking about anugerah dekan hujung minggu 2nd week, alhamdulillah... My really best friend IEQA and I manage to get dean's list award again for last semester... We are proud of ourselves annd hope that this success may lead to the next success... Tahniah juga buat classmate tersayang saya yang mendapat anugerah dekan... Semoga berjaya lagi, usaha itu tangga kejayaan... Teruja lah jugak kan dua kali amik anugerah dekan dah... Syukur Ya Allah... Semoga kejayaan ini berterusan... Amin...

Kemudian 3rd weekend ade pulak KI, hah memang wajib datang dan wajib tak balik rumah lah kan... Memang sabar je lah kan... KI punya pasal ape pun boleh lah, yang penting berfaedah... Tapi yang menariknya KI hari tu, kitorang kononnya build up a company, macam2 jawatan ada tau... Cehh, kira macam berangan lah ni... Hahaha, conduct event lah, meeting lah... Macam merepek tapi itu lah yang diajar masa KI sebab kemahiran itu akan digunakan once kita nak kerja nanti... Renung-renungkan dan selamat beramal...

Then 4th week, saya ada aktiviti kolej sepanjang minggu plus netball gamehari sabtu... Hah, minggu nih lah paling PACK aku rasa... Nak tercabut segala tulang, terputus segala urat, terkeluar segala biji mata... Muahaha, tiap2 malam ada training netball gara2 sabtu game... Lepas training pulak balik kolej ada aktiviti tengah malam pulak... Memang buntang mata gua nak bukak p kelas pagi tiap2 hari kan... Haha, sabau je lah tau...Penat bukan kepalang rasanya... Aktiviti kolej aku masuk netball level je lah kan, nak suruh aku masuk cheers, tarian bagai tu sorry lah derr... Ni Aina okay, tak main lah tu semua... Huh, haha... Alhamdulillah level aku menang netball tuh and the most important thing is kitorang UiTM A naib johan dan UiTM B johan netball game sabtu tu... Syukur, dah penat bertungkus-lumus, berbaloi akhirnya menang kan... Dapat prize pulak, 1st RM500, 2nd RM300... Wohooo, seronoknyaaaa...

Nak cakap pasal kerja lecturer bagi no komen lah kan... Terbaik lah, tiap2 hari ada kerja, kena siap pulak... Lecturer strict pulak, kecut perut kalau tak siap... Selama ni banyak lombong kat kertas aku tuh kalau tak siap, sekarang ni lubang tikus pun susah nak nampak tau gara2 takot lecturer marah tak siap kerja... Hahah, kelakar betol... Berusaha lah sehabis baik siapkan kan... Dah kalau tak boleh nak siap ape lagi, let it be lah derrr... Chill sudah, jangan memaksa diri nanti tension... Penat lah tension2 ni... Relax sudah, be smart okay...

Okaylah, penat dah cerita nih... InsyaAllah saya akan rajinkan diri update blog ni eh... Sesi luahan hati tetap berjalan sebab hati dalam baan bukan dalam blog... Muahaha.... Thanks for reading, love u olllzzz.... =)



Monday 21 May 2012

Team Buildings

Hallohaa, how are u semuanya?? Harap2 anda semua sihat dan sejahtera okay... Alhamdulillah dapat lagi saya meng'update' blog ni sementara umur masih panjang... Nak diceritakan, pada hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga bergerak ke Felda Residence Hot Springs Sungkai, Perak... What for? Actually kami sekeluarga mengikut ayah team building MPAJ or we just called it family day lah kan sampai hari Ahad... Tujuannya pastilah untuk mengeratkan silaturrahim dan menenangkan fikiran mereka yang penat bekerja kan... Pelbagai aktiviti yang kami jalankan di sana... Ini antara aktiviti yang dijalankan mengikut pelbagai peringkat umur...

Aktiviti bagi kanak-kanak berumur 3-6 tahun...

lari kutip gula-gula... kumpulan yang kutip paling banyak ialah pemenang...

Aktiviti bagi kanak-kanak berumur 7-12 tahun....

permainan bawa bola ping pong dalam sudu...

permainan isi air dalam botol menggunakan span...
Aktiviti untuk lelaki dewasa...

belon berair...

bawa bola ping pong dalam sudu menggunakan mulut, kepit belon celah ketiak...

Aktiviti untuk perempuan dewasa...

belon air juga...

bawa bola ping pong dalam sudu menggunakan mulut, kepit belon celah ketiak...

Acara berpasangan...

lari sambil kaki diikat...

At night pula, kami adakan BBQ dinner... Sedap wooo dapat makan, tapi den tak dapat nak amek gambar makanan2 nye sebab dok sebok makan lah kan... Muahaha... Di samping itu, penyampaian hadiah untuk segala aktiviti di atas turut disampaikan, malah terdapat juga aktiviti karaoke dan cabutan bertuah... Pelbagai hadiah diberikan dan ini antara hadiah yang kami sekeluarga dapat hasil titik peluh kami bermain dalam semua aktiviti yang diberikan...

wohooo, banyak benor kan hadiahnya...

ini lah dia lobi hotel nya... disebabkan adik laki aku takde, so dia lah kena jd model, aku photographer... kalau tak aku lah model nya dan adik laki aku photographer... haih, awat lah hang tak balik adik oiii...



Okeyh itu serba serbi cerita family day kami... Sekarang kita beralih pula kepada cerita mengenai tempat yang menarik ini, Felda Residence Hot Springs Sungkai, Perak... Wahwahwah, seronok tak terkata tau tak, best sesangat tempat tuh... Ada kolam air panas, kolam air sejuk, tempat merebus telur, taman terapi yang ada pelbagai jenis suhu air... Wauuuuu, some kind like interesting kan... Seriously best tau... Untuk pengetahuan anda, tempat ni boleh masuk dengan 2 cara kot iaitu sama ada menginap di hotel or just nak pergi kolam2 bagai tuh... So up to u all lah nak pergi camne kan... Tapi apa yang ingin saya katakan seriously best sangat2 tempat tuh... Oleh itu saya akan share kan sikit gambar2 yang mungkin mampu menarik perhatian anda ke sana... Al-maklumlah tahun ni kan tahun melawat Perak, so apa salahnya saya tolong recommend kat anda tentang keseronokan tempat nih... Here we come, some of the picture...

ini adalah kolam air sejuk, mempunyai gelongsor

here u are, tempat merebus telur

ni tempat untuk anda membeli telur okay... dalam satu mangkuk ade 5 biji telur, so belilah sebanyak mana yang anda inginkan...

ini pula taman terapi yang terdapat pelbagai kolam dengan berbagai suhu air untuk setiap kolam... manakala jalan kecil itu ialah tapak refleksologi...

ini dia kolam air panas, suhu nya boleh lah tahan macam air shower yang panas tuh...

okeyh ini hotel nya or just call it villa...

ini pula view berhampiran lobi... lobi dekat belakang sana tu hah...

here u are the map of this place... =)

Cukuplah rasanya gambar2 untuk menarik perhatian anda ke tempat ini... Maklumat selanjutnya bolehlah dicari di laman web tempat ini sendiri ya... Semoga paparan ini dapat menarik minat anda untuk melawat Perak... Ayuh visit Perak 2012... Saya sebagai rakyat Malaysia hanya mahu menjadikan Malaysia tumpuan umum tidak kira masyarakat tempatan mahupun antarabangsa... Ecewahhh... Huhu, that's all for this post, see u all in the next story okay... Sayonara... =)

saja menyibuk, actually ni view dekat depan villa yang lawa tuh...

Monday 14 May 2012

Mother's Day

Hallohaa... How are you today??? Hope that everybody were just fine... Seperti yang semua sedia maklum, tanggal 13 Mei adalah sambutan hari ibu officially... But ramai yang kata hari-hari pun hari ibu... Tapi to make it special, kita sambutlah secara official kan... To my dear mama, Jamaliah Bt Ab. Aziz, happy mother's day to you... There is no present that i could give you as kakak belum ada money sendiri lah mama.... InsyaAllah satu hari nanti bila dah kerja kakak bagi hadiah ye... Hehe... Tapi actually saya dan adik bongsu ade buatkan mama kami roti special, sendiri buat tau, bibik tolong ajarkan... Muehehe, walaupun tak seberapa macam kat kedai, tapi cukuplah ianya dibuat dengan keikhlasan kan... Yang penting ikhlas untuk mama tersayang... Inilah gambar surprise kami untuk mama...

Sedikit roti2 yang comel daripada kami untuk mama...

Oh ye, di samping itu, kami juga ada buat kad for our mom, the front page ayat2 nih, and at the back our picture lah... then kitorang letak dekat dalam tudung saji yang ada roti tuh since malam lagi sebab saya ni bangun lambat, so nanti mama turun pagi2 dah ada surprise nya... weee, just for u mama... hope u like it...


front page of the card...

back page of the card...

Tapi bukan itu sahaja yang diberi kepada mama, ayah ada belikan kek coklat untuk mama jugak... Wahwahwah, seronoknya... Kenyang dapat makan kek kan... Al-maklumlah kami ni dah lama tak makan kek sejak birthday adik lelaki aku iaitu bulan Februari yang lepas... So tu lah last time makan kek pun... Nak tunggu for the next kek bulan Julai lah kan, birthday mama dengan adik ketiga saya... Weeee, ni lah kek nya... Sodap tau...

woot woot, cantik kan kek nya, sedap...

Okeyh sampai sini saja cerita pasal hari ibu... Ingin saya ucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu di dunia dan kepada saya sendiri yang bakal menjadi ibu suatu hari nanti, ahha... That's all for today... Cerita seterusnya akan disiarkan pada hari lain okay... Sayonara and thanks luangkan masa membaca blog tak seberapa ini... =)

Saturday 12 May 2012

Kahwin???

Hai, apa khabar anda sekalian... Rasa macam lama nye dah tak update blog walaupun hakikatnya baru je seminggu lebih camtu kot... Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, ade je yang dah bertahun blog tu bersawang, tunggu masa jadi gua je kan... wakaka, just joking lah u ollzz... Hah actually blog nih di update sebab permintaan daripada my dear best fren Nur Haziqah Bt Mohd Iqbal Ali yang excited bebenor nak tau kisah hidup saya ni hah... Tapi tak mampu lah nak sefamous Scha & Awal kan... Gempak kot, hot couple tuh... weeee... Okeyh dear all my fellow fren, based on tajuk je dah kata pasal kawen, then mule lah menerawang kat fikiran korang pelbagai andaian dan tak kurang jugak ade yang merepek merapu kan... Haha... Nak diceritakan pasal kawen nih bukan mudah tapi takde lah susah sangat sebab nak CERITA je kan, bukan nya suruh KAWEN.... Haha relax... Mukaddimah baru tadi tuh...

Okeyh kawan2, sebelum kawen mestilah ade pasangan kan, dan seperti yang semua tau zaman moden sekarang nih setiap muda-mudi pasti ada pilihan masing2 and tunggu mase nak kawen je sebab masing2 duk sebok kumpul money kan... Haha, ingat senang nak kawen??? Money kena ade, restu parents tu wajib... Pengaruh daripada cerita Mahabbah lah ni kan... Akibat tak dapat restu parents si lelaki, si perempuan sanggup mengundur diri untuk satukan kembali keluarga lelakinya... Haih sodeh lah den...

Merepek lah kan kat atas tuh, nak bagi si Ieqa syg saya ni pening sikit... Haha... To my dear fren Ieqa, dalam soal hati ni, mesti ade suka, duka, gembira, sedih, sakit, luka, kecewa dan segala-galanya lah... Cuma terpulang pada seseorang itu bagaimana nak hadapi semua nya dalam kehidupan... Depends on how you want to go on with your relationship... Bukan senang tapi tak susah, think positive, fikir secara matang and be who you are without letting anyone change you... Dalam soal hati dan perasaan, tiada sape pun yang boleh memaksa kerana ianya hadir dengan sendiri, tapi ingat... Ianya juga akan hilang dengan sendiri kalau tak dijaga dengan baik kan... Errrkk, aku tak tau lah aku merepek ke ape... As long as korang faham what I mean pun dah cukup... Aku bukanlah doktor cinta yang mampu untuk menjodohkan seseorang atau menentukan segalanya, tapi aku tahu aku boleh membantu kawan2 aku dalam membuat keputusan yang betul...

Kerja gila pernah aku buat okay... Yang penting best fren aku pun kena gak... muahaha

Kadang2 aku pun takde lah betul sangat, not mean crazy okay... Hahah, aku pun perlukan bimbingan rakan2 agar sentiasa didorong ke arah yang benar... Sebenarnya nak cerita pasal kenduri kahwin orang lain yang asyik aku pergi ikut parents then makan sedap2, tapi ade gak lah yang tak sedap (oppss) berpuluh-puluh dah tak tau nak kire dah... Seronok lah kan pergi kenduri, dapat makan free beb, tengok pengantin pakai lawa2, duk atas pelamin.... Kadang2 tu berdetik jugak dalam hati, macam mana lah aku kahwin nanti kan... Muahaha, alahai semua orang pun mesti ade terpikir macam tuh kan... Tak payah nak berselindung di sebalik hati kecil korang sangat lah... Bak kata Ieqa, nak kawen, kena lah belajar rajin2, kerja baek2, kumpul duit banyak2 then kawen lah ko... Haha... Bila aku buat status kat facebook just tulis KAHWIN???, my dear mum pulak komen, "lambat lagi lah, kena bawak mama dengan ayah keliling dunia dulu"... Muahaha, insyaAllah ade rezeki akan kakak bawak mama, ayah, adik2 semua ya...

Asyik duk pergi kenduri kahwin orang, hah ni lah keje aku dengan adik2 aku... Duk amik gambar kami je kan... Nak amik gambar dengan pengantin tak mampu lah pulak sebab tak kenal pun, datang atas tiket makan je... Yang penting perut kenyang hati gembira... Muehehe...Okeyh nah hamik gambar kami pose baik punya untuk wedding orang lain... Suka suki kami je...

Sambil kereta bergerak ke majils kahwin, sambil tu gambar di snap... =)

Bunga telur yang cantik...

Bosan terperuk dalam kereta... Masa nih tengah tunggu mama dengan ayah g lagi 1 kenduri, kitorang dah kenyang makan kat kenduri yang sebelumnya...

Kebosanan tahap melampau dah ni... Mogok, HAHA

Panjang sangat rasenye post kali ini... Okeyh cukup sampai di sini sahaja lah kisah kita.... Moga bersua kembali di lain lembaran... Terima kasih bagi yang sudi membaca... Kisah hati yang hanya mampu dikongsi bersama.... =) Sayonara, hamsehamida...
         

Wednesday 2 May 2012

Changesss

Hai apa khabar para pembaca?? Hehe, lama sudah saya tak update blog nih kan... Al-maklumlah busy jadi suri rumah kan... But that is before this okay, for now i'm penganggur terhormat yang hanya mampu jadi driver adik2 pulak... ekekek... wahahaha, macam2 keje aku buat kan, ingat penganggur goyang kaki je ke? penganggur mcm saya pun pandai luangkan masa or cari hobi sesuai tau... tengok tv, makan, tidur... hah, tu semua dikira kerja lah kan... wakaka... dah bape minggu ntah tak update, what so ever lah kan... terlalu banyak cerita yang tersimpan dalam tangan tinggalkan kat jari ni je nak tulis kat blog ni hah...

Antara cerita yang gua ingat ialah Netball Karnival Sukan IPT Melaka Ahad lepas... Wahaha, dengan tak training nye, fitness masing2 pun ntah pape, hamek ko p lawan bermacam team IPT yg ade kat Melaka ni hah... Berlambak lahaaaiiii... Tak sangko den banyok bnor ipt rupenye ye... Hahah, kasi redah aje lah... Syukur alhamdulillah kami team muda mudi UiTM Lendu berjaya mendapat JOHAN woooo dalam game tuh... Alhamdulillah la kan, walaupun muka burn tapi medal bersinar.... panas terik tau tak lu semua, maen tgh padang rumput yang rasanya macam kat padang pasir pun  hadooo.... adoyai lahai, maen je lah, yang penting MENANG bak kata Kak Leha kan... Tak kira ape pun, mesti menang... hehe...

hah ini lah kami... :)

oh ye, lagi satu cerita yang penting yang mampu menggembirakan sesiapa sahaja tak kira pihak lelaki atau perempuan, yang tua mahupun yang muda... okay sudah merepek kenyataan itu, belum nak kahwen lagi lahhaaaiii... haha... straight tu the point ja lah ye, actually before pergi game netball, pada jumaat yang lepas saya sudah memeriksa keputusan final exam semester 2 yang lepas... alhamdulilllah result saya memuaskan hati saya, ibu bapa, keluarga, si dia dan rakan-rakan seperjuangan... syukur ke hadrat ilahi kerana diberi peluang kedua untuk memperoleh keputusan yang baik seperti itu malah lebih baik daripada result semester 1 yang sebelumnya... tahniah juga buat rakan-rakan yang mendapat keputusan cemerlang semester lepas, bagi yang kurang bernasib baik, teruskan usaha ye... berkat usaha, kesungguhan, kesabaran, ketekunan dan sokongan parents, keluarga, si dia dan rakan2, alhamdulillah saya mampu memberikan keputusan yang terbaik untuk anda semua... insyaAllah kejayaan ini akan berulang untuk semester seterusnya... doakan kejayaan saya akan datang ye... moga saya dapat mencapai cita2 sebagai akauntan or pekerjaan ape2 je yang berkaitan dengan akaun tercapai satu hari nanti... hoyeeeaahhh...



one more cerita menarik ialah jeng jeng jeng... lepas je aku balek daripada game kat atas tu hah, sampai je umah ahad mlm tuh tetibe adik habak dah ade bibik baru wooo... alhamdulillah lah kan, lega hati cek... ekekek, hamboi ko lega ye... haha... not bad lah, bibik baru nih pandai masak yang amat teramat pandai memasak... dah 2 hari kitorang 1 family nih makan masakan dia, tak tau nak ckp dia masak cara masakan indon ke cina ke ape... before this dia keje dgn org cina... hah tu lah pasal konfius sikit, tapi mama dgn ayah kata kat indon dia ada kedai... memang tak dinafikan lah dia masak sedap kan... makin bertambah lah isi badan aku nih pulak kan... wakakaka... asal sedap, kasi telan saja lah... weeee


ehehe... and for the most important thing that is.... i'm currently missing my dear frenzzzzz and my dear si dia sangat2... bila lah bole jumpe kan... rindu sangat2 kat kengkawan, lamo lg nih nak masuk sem baru... lahaiii, napo lah lamo sangat ni hah... berjanggut nak tggu bile boleh jumpa ni kan bak kata ieqa lalink saya yang comel tuh... tapi aku lg comel eh eh eh ieqa bak kata si dia saya... weeee, terharu jadi orang yang paling comel di mata awak tau buah hati... huhu, saya rindu awak, awak rindu saya, sama2 rindu... auuuuwwww, ieqa mia jgn jeles, t kite jumpa ye, i tau u manyak stoly molly nak citer kan mitew kan... haha... love u dear fren, love u dear buah hati, love u dear parents, love u olllzzz dear adik2 and love u alllllzzzz sssseeemmmmuuuaaazzzz... hahha... may i keep all of u deep iside my heart??? heeee =)


see u all in the next journey of incredible life... thankz for reading, sayonara... hamsehamida... =)