WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Friday 30 March 2012

Lempeng Nutella =)

Kon'nichiwa... Apa habak semua hampa yang membaca... Lagu mana hari ni, ada baik ka? Ahaha, mesti ada yang rase macam pelik je and ntah ape la aku merepek nih kan... Bagi yang faham, baguslah... Bagi yang tidak, fuhhh untuk pengetahuan anda tu bahasa utara lah... Heheh, tak tau angin apa dok mai kat cek tiba2 cakap utara pulak la ni... Hahah, sudah2... Cerita sebenar ialah al-kisah LEMPENG NUTELLA... Haha, lempeng, nutella? What kind of food is it? Fuhhh, baru aku tahu senang rupanya nak buat lempeng... Tak susah pun wahai anak gadis di luar sana... Haha, dengan berkat otak yang diberi, aku bedal buat lempeng makan dengan nutella, jem coklat yang famous tuh... Heheh, bagi aku ok lah jugak rasanya makan lempeng berinti nutella tuh... Tapi rasanya lebih sedap kalau makan lempeng kosong camtu je macam iklan roti gardenia tuh, 'sungguh enak dimakan begitu saja'... Hahah, lebih kurang macam tu lah bagi aku kan... Tapi bagi sesiapa yang nak mencuba, cuba try test lah kan... Deria rasa kita semua berbeza ye, so masing2 ada pendapat sendiri... Ni hah aku bawak mai lempeng nutella khas aku buat untuk perut tersayang nih...


 Hah, kat atas nih gambar lempeng yang berjaya aku buat SENDIRI selama 1/2 jam lah jugak... Haha, ade 6 helai, opppsss, 6 keping maksud saya... Dan yang bawah ni pula nutella yang dibeli sendiri, bukan buat ye... No no no no, tak mampu nak buat coklat hebat macam tuh... Haha




Okeyh mula2 saya sapu nutella pada lempeng tersebut, caranya sama je macam sapu nutella pada roti... Tak susah pun... Sapu lah banyak mana yang anda suka ye, tambah2 nutella tu coklat yang sedap pulak kan, pergghh... Ingat nak letak setebal yang boleh tau, tapi over sgt lah pulak kan...



Hah, dah siap sapu2 nutella tuh, lipat lah lempeng nya macam lipat roti jugak... Tapi kalau nak makan tanpa lipat lempeng pun boleh, cuma nanti gigi korang penuh coklat lah kan... Haha, sebab kan malas nak kotorkan gigi dengan coklat, saya pun lipat lah lempeng itu...



Hah, nampak tak adik saya happy makan lempeng nutella tuh... Mula2 dia wat muka pelik bila saya cakap makan lah dengan nutella tuh tapi dia bedal je sebab lapar... Tengok tangan dia tuh, tandanya sedap walaupun hakikat sebenar biase2 je... Takpe2, laen kali saya cuba buat pancake pulak ye... Tadi nak buat pancake tapi takde susu cair, saya pulak malas nak pergi beli, bukan takde duit ye... Hahah, then petang pulak saya ikut mama pergi sekolah nak training budak NETBALL... Hehe, memang nak ikut lah kan... Tengok, selidik, teliti, masih banyak yang perlu dibaiki... Dan2 tu jugak aku teringat macam ni agaknya aku main netball masa sekolah menengah dulu kan... Hahah, by the way girls... Anda semua ada bakat cuma perlu diasah dan jangan malas... Dalam hati tadi aku berkata "bersyukurlah mama aku turun padang, tengok korang main, tunjuk ajar, daripada cikgu lain tak datang pun, kalau datang pun tengok dari jauh, duduk bawah bumbung buat kerja lain kan"....Okeyh, ini sahaja kisah hari ini... Esok saya ada cerita lagi menarik mungkin, insyaAllah... Tunggu ye... =)

Thursday 29 March 2012

Officially

Hai apa khabar semua? Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana semester 2 telah pun melabuhkan tirai semalam dan kini saya sudah membuka tirai menjadi suri rumah sementara... Perit, sakit tapi belum terseksa lagi lah menghadapi semester 2 yang agak padat dan boleh dikatakan agak busy memandangkan short sem kan... Tapi alhamdulillah la itu semua berakhir semalam...


Diri ini digagahkan, angkat barang-barang clear bilik dan secara officially saya pulang ke rumah dengan hati yang meronta gembira... Gembira gumbira jugak, alih2 hujan lebat giler kat 1 tempat ni, dan2 aku drive pulak tuh... Takot ko nyah, tak nampak ape2 pulak kan, lampu kereta dibukak, ingat nak wat high beam tapi macam over sgt lah pulak kan... Hahaha, daripada drive 130 km/jam terus jadi 30 km/jam sebab hujan lebat sgt...


Terkedek-kedek aku drive macam mula2 amik lesen dulu, muahahaha... Tapi syukur lah selamat sampai kan, lagipun bukan sepanjang jalan hujan, seturn seturn tempat je... Hehehe, sudah menjadi tanggungjawab lah kan, dah alang-alang bergelar kakak yang juga anak sulung hah itulah tugas aku sekarang untuk musim honeymun 2 bulan nih, sebagai suri rumah walaupun hakikatnya takde lah suri rumah sgt... Wah ko, honeymun lah sgt kan...


Waahaa, seperti biasa lah tugas yang harus dilakukan ialah membasuh baju, kemas rumah, memasak dan hantar atau amik adik dari sekolah... Hah lagi satu tugas unofficially, bagi cat and kittens kat rumah ni makan... Hah ko, nasib baik aku ni tak takot kucing cuma geli dengan kucing kotor je okay... Kucing-kucing kat rumah saya comel dan bersih so sapa mau lihat nanti saya tunjuk ye, gambar je lah tapi...


Hahah... Okey lah, tak tahu dah nak tulis ape... Nanti saya update lagi ye, honeymun 2 bulan pasti banyak story menarik untuk dikongsi bersama.... =)

Thursday 22 March 2012

IS IT TRUE?

Hai everyone, apa khabar semuanya... Hari ni terasa lapang sikit otak sebab tengah hari tadi baru je habis paper statistics... Alhamdulillah dapat jawab dengan baik dan moga2 mendapat keputusan yang baik juga lah... Ingin dikongsi ceritera hari ini, rasa terkejut yang amat lah kan... Laptop dibuka, password ditulis, broadband dicucuk, internet dilayari, laman facebook dicari, login berjaya dan... Notification dibaca beserta message tertunggak... Alangkah terkejut tatkala membaca message yang diterima, someone want to ask me marry??? Oh dear, actually i just like to be friends with you... Saya suka berkawan dan bermessage dengan sesiapa sahaja yang sudi menerima msessage saya kan... But tadi saya betul2 terkejut, you said that you want to come to Malaysia and ask for my hand in marriage... I definitely impossible to be your wife, saya terlalu muda, saya tak tahu siapa awak dengan mendalam, macam mana diri awak and awak kan orang luar negara... Then, saya kan pernah bagi tau awak yang saya already taken by someone's heart eventhough we're not married yet... Bukan niat saya nak lukakan hati awak tapi saya tidak percaya yang awak betul2 ada niat macam tu dekat saya, nak saya jadi isteri awak? Huh, really? Is it true? Kadang-kadang kita tak boleh mudah percaya dengan orang kan, tambah2 lagi orang luar negara macam awak wahai kawan... I don't know la... Better i keep my mouth shut and never give you any hope right? Tapi kalau awak nak datang Malaysia, buat bisnes kat sini apa salahnya kan... I'm proud to have friend like you who want to invest in Malaysia... =)









Haha, gambar macam takde kaitan je kan... Tapi tak ape lah, asalkan nampak ceria post ni... (Ceria ke??) Tata, thank u for reading... =)

Monday 19 March 2012

HIDUP

Hidup tidak selalunya indah, kadang-kadang kita berada di atas dimana terletaknya puncak yang menjadi idaman semua dan di situ kita telah berjaya. Berjaya menggembirakan hati untuk diri sendiri mahupun orang di sekeliling kita dengan kejayaan yang dikecapi atas usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa. Kadang-kadang kita jatuh tersungkur dan rebah dari puncak yang selama ini kita daki dengan susah payah lalu terpaksa menanggung kesedihan dan kepedihan. Mungkinkah semua itu berlaku kerana diri kita sendiri ataupun kerana punca lain? Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, orang selalu kata "hidup ni macam sebuah roda yang sentiasa berputar, kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah". Semua orang pasti akan melalui saat sukar dan gembira dalam hidup. Bersyukurlah sekiranya anda mampu untuk berada di puncak, dan bersabarlah jika anda masih berada di bawah. Kerana yang pasti, orang yang mampu berada di atas tidak semestinya mampu bertahan di atas selamanya melainkan dia terus berusaha dan bersyukur atas kejayaan yang pernah dikecapi dan orang yang masih berada di bawah tidak semestinya tidak mampu untuk berada di atas melainkan dia berusaha untuk mendaki ke atas dengan gigih dan penuh sabar. Ketahuilah bahawa setiap yang diciptakan itu berpasangan, yang mana ada lelaki adalah perempuan, ada langit adalah bumi, dan jika ada yang berada di atas pasti ada yang berada di bawah. Kenapa? Kerana kita semua saling melengkapi antara satu sama lain. Hanya ingin saya ingatkan, jika anda mampu tersenyum dan gembira, bersyukurlah tetapi jangan terlalu bergembira kerana kesedihan pasti menanti. Bagi yang hanya mampu menahan kesedihan, bersabarlah wahai anda, suatu hari nanti anda pasti tersenyum lebar, hanya masa yang menentukan. Kesimpulannya, Allah sentiasa menguji hambanya dalam menjalani hidup di muka bumi-Nya. =)

Friday 16 March 2012

2 Sudah Pergi

Hai apa khabar semuanya? Hope sihat selalu lah ye... Saya pun alhamdulillah sihat, cuma... Jeng3, 2 sudah pergi lah tapi... Apa yang dah pergi tu? Hahah, actually 2 kertas final exam saya sudah pergi kepada tangan pemeriksa mungkin... Alhamdulillah setakat hari ini saya sudah menjawab 2 paper final this sem iaitu BEL260 and CTU151... Fuhh, lega lah jugak hati ni dah lepas dua paper kan... Tapi takde lah lega bebenor sebab ada lagi 4 paper yang menunggu untuk dijawab... Ahaha, sabar sahaja lah kan... Nak berjaya punya pasal, akan ku tempuh segala ujian dan cabaran... Cewaahhh, ayat tak menahan je... Huhu, after paper CTU petang tadi, my next and so on paper adalah setiap selang 2 hari... Paham dok? Alohaiii, maknanya, Isnin, Khamis, Ahad and Rabu... Kan sume tu selang 2 hari, cuba kira sendiri... Huhu, sistematik tak jadual exam kitorang? Smart kan? Hahah, xde kaitan pun kan, tapi at least beri kami peluang nak study 2 hari an for sume subjek yang tinggal tu kira fair lah sume 2 hari mase nk study sbb sume nye boleh dikatakan hard subjek jugak lah... Haduyaiii, subjek untuk budak2 akaun memang hard eh mostly? Grr o.O Takpe lah, saya tetap akan berusaha untuk jadi akauntan yang berjaya 1 hari nanti... Weee, insyaAllah... Okey then, actually hasrat hati esok mau tengok 7 Petala Cinta, tapi apakan daya tak boleh laa... Mama pesan study dulu, nak exam kan... Lepas exam baru boleh keluar tengok wayang Sabtu Ahad... Hehe, serius eh mama? Huhu, kalau macam tu okay lah, lepas habes exam final eh mama... Mungkin ada hikmahnya mama tak bagi tengok wayang time2 exam week ni, mungkin saya akan dapat keputusan cemerlang kalau dengar pesan mama... InsyaAllah... Hehe... Okey lah, ni je kot nak type hari ni... Bosan dah tak tau nak watpe nih... Malam ni mau relax dulu, esok baru buka buku nak study, bukan muka buku ye... Hikhik =) Tata kawan2...

Tuesday 13 March 2012

BACK

Hello, assalamualaikum, selamat sejahtera dan apa khabar semuanya? Hope semua sihat ye, al-maklumlah sekarang kan musim hujan... Bukan je kat KL, kat Melaka pun sama jugak rupanya... Hah bercakap pasal Melaka, secara rasminya ingin saya isytiharkan bahawa Cik Nurul Aina Nabilah telah selamat kembali ke UiTM Alor Gajah setelah puas bersenang-lenang di rumah selama seminggu study week berjalan... Hamboi2 ko, sedap ye duk rumah, kan dah kena balik Melaka, padan muka... Hikhok, bukan nye tiada tujuan untuk balik Melaka kan, pasti ada 1 matlamat yang pasti iaitu menghadapi Final Exam Sem 2 dengan baik dan mendapat keputusa yang cemerlang insyaAllah... Harapnya begitulah kan... Dan setelah pulang ke sini semalam, semuanya masih berjalan dengan lancar sehinggalah malam tadi... Jeng3, sesuatu yang boleh dikatakan agak kurang bernasib baik berlaku kepada diri saya terutamanya ditemani rakan2... Apakah perkara itu?? Ya oppa, kereta saya mati lah pulak... Fuhh, sebenarnya benda tu memang saya sudah jangka sebab memang ayah sudah pesan sebelum kembalinya saya ke Melaka ni...Kata ayah, bateri kereta kong, so kena selalu charge... Haih, apolah nasib... Dicadangkan tadi nak mintak tolong Izyan, alih2 tak jumpa cara nak bukak bonet depan kereta dia... Hadoyaiii.... Sampai tengok manual book tahu? Kelakar kan? Tulah, tak pernah nak survey kereta kan, itulah jadinya, haha (jangan marah Yan)... Okey2, dah puas cari cara dalam manual book, dah jumpa tapi tak tahu nak buat camne pulak, pelik betul kereta nya... Lastly adalah budak lelaki tolong, gen 2 jugak keretanya, hah ape lagi, gelabah la kan dah orang nak tolong... Alhamdulillah la orang willing nak tolong... Terima kasih ye korang, thank u banyak2... Harap boleh tolong lagi... Huhu, seronok lah kan kereta dah dapat hidup dan perjalanan terus menuju ke rumah makcik Ieqa nak tengok Vanila Coklat... Wee, akhirnya dapat jugak tengok... Okeyh tu je post today, c u all in the next story... Tatatititutu... =)

Monday 5 March 2012

Study & Belajar

Hai, apa khabar semua? Semoga anda sentiasa sihat hendaknya ye... Ingin saya umumkan di sini bahawa pemilik blog ini iaitu saya, sedang menghabiskan sisa-sisa study & belajar di rumah saat ini... Hehehe, seronok tak terkata dapat balik rumah, study dengan tenang walaupun sebenarnya duduk rumah lagi banyak anasir2 seperti TV, WIFI dan seangkatan dengan nya... Tapi itu semua tidak mengganggu saya kerana saya mampu membahagikan masa dengan sebaiknya agar dapat belajar di rumah sebelum menginjakkan kaki ke medan Final Examination Semester 2 minggu depan... Weee, sedar tak sedar, rupanya saya dah nak habis Sem 2 lah... Ya Allah, cepatnya masa berlalu... Saya nak belajar rajin2, dapat kerja, kumpul duit banyak2, pastu kahwin (pesanan daripada Haziqah Mia kepada saya) Huhu, ada betulnya pesanan tu kan... Dan saya sampaikan pesanan itu kepada awak, belajar rajin2, dapat kerja, kumpul duit banyak2, pastu kahwin... Saya tahu awak mampu berjaya dalam hidup awak sebab tiada apa yang mustahil kalau usaha, semangat dan doa sentiasa mengiringi awak kan... Saya gembira kalau awak berjaya, saya bangga dan sangat gembira dan dari situ saya yakin yang awak mampu berjaya satu hari nanti, percayalah... Saya akan sentiasa menyokong awak, memberi semangat kepada awak agar kita sama2 berjaya dalam hidup... Huhu, jom kita berjaya sehingga ke puncak tertinggi... InsyaAllah... =)

p/s : kepada anda semua, belajar rajin2 ye... jadilah seorang yang berjaya dalam hidup... Good luck in your life kawan2... Sayonara...