Hai, apa khabar? Lama rasanya tak bukak laman sesawang ni kan... Rindu pulak rasanya nak meluahkan isi hati kat sini... Namun apakan daya, tiada lagi rahsia hati yang mampu ku luah kerana semuanya lebih tenang jika tersemat rapi dalam hati... Mungkin sukar untuk aku mencoret kembali suka duka hidup yang telah lama aku biarkan, yang aku pendam selama ini... Syukur alhamdulillah, aku masih punyai kekuatan dan ketabahan hati dalam menempuh hari-hariku sebagai khalifah-Nya di bumi ini... Aku hanya berdoa dan berharap agar hari-hari yang mendatang jauh lebih baik dari masa lampauku... Setiap manusia mampu untuk berubah, hanya masa yang menentukan segalanya... Benarlah kata orang, takdir dan ketentuan itu kuasa Tuhan, kita hanya mampu mengatur dan berusaha untuk memperoleh yang terbaik dari-Nya... Cukuplah setakat ini coretan hatiku, insyaAllah suatu masa nanti pabila hati ini bersedia dan rela, aku akan menceritakan serta berkongsi pahit manis kehidupan bersama semua semula... Setakat ini, tiada apa yang mampu ku kongsi bersama semua... Hidup ini indah, tiada yang indah melainkan bersama-Nya... Semoga hidup anda ceria selalu =)
-tiada insan suci yang tiada masa lampau, tiada insan berdosa yang tiada masa depan-