WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Monday 27 February 2012

HOT schedule!!!

AHAH, hai semua... Terima kasih kerana sudi membaca blog  saya ini... Hari ni just a simple update yang I nak tulis... Mungkin akan ada di antara anda yang bersimpati dengan saya, mungkin ada yang gembira dan mungkin juga ada yang mentertawakan saya... Ape yang simple nye tu sampai memberi impak kepada orang laen iaitu anda sekalian? Haha, saksikan SCHEDULE di bawah ye...

Selasa (28/2/12) - Test 2 MGT153, chapter 6-10
Rabu (29/2/12) - Test 2 QMT181, chapter 4-6
Khamis (1/3/12) - Test 2 ECO162, chapter 5-9
Jumaat (2/3/12) - Quiz 2 FAR150, chapter statement of affairs

Apa yang ingin anda katakan berkenaan jadual di atas, apakah reaksi yang anda semua berikan? Ade yang terkejut lalu berkata 'mak aih, banyaknya...

Ade yang tergelak sambil berkata 'padan muka, nasib kau lah'...


Dan ada yang bersimpati sambil berkata 'kesian giler kau'...


Haha, yang manakah anda? Saya adalah kesemuanya sekali, winkwinkwink... Hoho, hanya mampu bersabar, redha dan menerima segala yang diberikan demi memajukan diri menjelang Final Examination 2 weeks more... Moga2 segala yang diberikan dapat membantu menampung markah untuk final nanti, InsyaAllah...


Doakan saya berjaya menjawab kesemua test tersebut ye rakan-rakan... Alhamdulillah, jumpa lagi di laen lembaran... Mungkin minggu seterusnya coz I busy this week nak study, al-maklumlah, jadual pun dah terang tantang kat atas tu banyak test kan... See u all again later... Sayonara...

Sunday 26 February 2012

Such a nice day...

Haloo apa khabar sume? Huhu, hari ni cek ada citer baek punya.... Mau tau kah? Hehe, al-kisah bermula di pagi hari... Takde lah pagi sangat, dalam pukul 10.30 camtu bangun pagi, then buat keje akaun jap, alik2 otak jam tak leh nok wat keje dah... Haha, so apa lagi, stop lah kan... Tengah hari den pun lunch la, mama masak simple je hari ni, pelik la jugak kan... Whatever lah kan, takpe lah asalkan boleh makan sudah... Hehe... Then dalam pukul 2 camtu ingat nak ajak mama dgn ayah pergi Popular (kedai buku, mane lah tau ade yang tak tahu apr to popular kan) nak habeskan baucar buku 1 Malaysia aku yang tinggal RM100 ni... Alih2, mama kata nak pergi rumah pakcik dekat Banting sebab ade kenduri kahwin, sape pun aku tak tahu lah kan, aku datang makan je... Hikhok... Cehh, bukan nak cakap awal2 nak pergi kenduri, tergesa-gesa I nak bersiap tau... Fuhh... On the way nak pergi kenduri, kami nampak Ana Raffali dengan husband dia dalam kereta belakang kitorang... Wahhh, kami pun teruja seketika lah kan, mulanya macam tak sure je tu Ana Raffali sebab dia kan dah pakai tudung, nampak lain sikit... Alih2 ayah slow kan kereta dan yessss she is definitely Ana Raffali u allzz...

Hahah, wahhh jakon di situ ye... Huhu, ingat kan nak bukak tingkap kereta bye2 dia sebab cermin kereta kitorang gelap kan, tapi apakan daya, hujan pulak masa tu, tak dapat nak bukak tingkap... Apalah nasib... Tapi takpe, dapat tengok Ana Raffali dalam kereta sepanjang highway pun kira ok lah kan... Bukan lah sepanjang jalan kitorang on the way ke rumah pakcik kami tu nampak Ana Raffali, cuma dalam suku perjalanan je lah, takkan lah ayah aku nak maen2 lumba dengan kereta dia semata-mata nak tengok Ana Raffali kan... Huh, merepek je... Cukup2 lah tu ye... Yang adik last aku pulak and aku sekali lah boleh pulak berharap dapat tengok Lisa Surihani dengan Yusry dalam kereta...

Hahah, memang tak mungkin lah kan, tapi apa salahnya kalau berharap macam tu kan... Tapi apa yang diharapkan tidak menjadi lah pulak sebab tak nampak pun pasangan sejoli tu hari ni... Hihi, ok then lepas Maghrib tadi, aku, mama, ayah dan adik last aku pergi kedai buku Popular nak menghabiskan baucar buku tu lah...



Cadangnya nak habiskan baucar, alih2 ayah kena tambah jugak duit sebab barang yang ada dalam bakul melebihi nilai baucar lah pulak... Haha, maaf ye ayah... Tiada perancangan belian barang so macam ni lah jadinya... Hihi... Okeyh, penat lah pulak rasanya... Gudnite dear readers, sayonara... Thank u for reading...

Friday 24 February 2012

SIBUK nye... Grrr

Hai apa khabar semua? Hope semua sihat ye... Terlalu banyak perkara yang berlaku, busy woo... Hari ni baru saya dapat balik rumah... Fuhh, so many activities la derr for last two weeks... Jom, ayuh kita senaraikan aktiviti yang ada ye...
1) Open College & Citrawarna 2
2) Sukan Antara Fakulti (SAFA)
3) Tests
4) Gerak Gempur Rohani- Ujian Dunia vs Ujian Akhirat (event MEDIA)
5) Majlis Anugerah Dekan

Mesti korang kata nampak macam tak banyak pun kan... Tapi hakikatnya banyak dan membuatkan diri ini busy for the week okay... Event open college & citrawarna tu je dah sampai 3 hari, dari jumaat sampai ahad... Mana tak full hujung minggu saya kan... Haih, apa lah nasib... Sabar saje lah, makin nak final exam makin banyak event, test and assignment yang nak kena hantar kan... Itu sudah semestinya wajib bagi kita sebagai pelajar kan... Ingat senang ke bila dah masuk U? Mula2 je best kata U ni tak mcm sekolah, tak banyak keje sangat... Haha, pandailah kamu semua, banyak je rasanya keje... Lebih susah daripada sekolah kot... Haih, dan2 ni rindu zaman sekolah kan... Rindu, rindu serindu-rindunya... Nak cerita lah sikit pasal majils anugerah dekan hari tu, tidak ku sangka Fakulti Perakaunan dalam Kategori Emas, Tempat Pertama bagi result exam semester lepas... Wohoo, bangga lah derr... One more, baru saya tahu bahawa UiTM Melaka merupakan UiTM yang mempunyai prestasi akademik yang tinggi bagi kursus Perakaunan... Saat itu, diri ini bersyukur ditempatkan di UiTM Melaka untuk kursus Akaun yang telah saya pilih dulu... Then, bercerita pasal akaun, teringat pula tentang SAFA... Fakulti Perakaunan juga muncul selaku Juara Keseluruhan, wooo bukan sahaja dari segi akademik malah dalam bidang sukan juga... Alhamdulillah, kejayaan milik kami semua... Okey mungkin cukup sampai di sini coretan kali ini, moga berjumpa di lembaran seterusnya... =)

Monday 13 February 2012

Memorable Weekend

Hai sayang2 ku sekalian... Apa khabar agaknya anda semua? Harapnya sihat belaka ye... Weekend pun dah lepas, so ade cerita menarik ni I nak story... Fuhh... Sabtu yang lepas bersamaan dengan 11 Februari 2012, I dan classmates I berkonvoi ke rumah lecturer akaun kami iaitu Miss Hamizah (but now Puan Hamizah lah ye) di Kajang, Selangor... For what pergi jauh2 sejam setengah dari Melaka nih kan... Haha, WEDDING CEREMONY of our lovely account lecturer lah u allz... Wee, seronok tau berkonvoi... Sape driver yang bertungkus-lumus membawa kami semua nih? Hah, orang nya ialah I sendiri, Izyan and Ieqa... 3 kereta sekaligus... Seronok rasanya, tak pernah konvoi macam hari tu tau... Nak diceritakan pasal wedding lecturer, happy yang teramat tengok miss or puan (confuse nak panggil ape, sbb still rase plik kalau panggil puan tapi dah kawen takkan panggil miss kot) yang comel sangat, cantik berbaju pengantin serba biru turqoise... Terima kasih diucapkan kepada miss yang kini sudah bergelar Puan Hamizah kerana menjemput kami ke majlis perkahwinan hari tu... Hehe, right after the wedding, kami pun pulanglah ke Melaka semula... But before that, kami singgah di R&R Seremban untuk menunaikan solat Zuhur sebelum menyambung perjalanan ke agenda seterusnya... Alang2 kami sudah berkumpul satu kelas bersama, ramai yang bersetuju untuk meluangkan masa bersama untuk Semester 2 yang kian menutup tirai tidak lama lagi... So, kami bergerak ke Mahkota Parade berjalan-jalan... Cadangnya ingin menonton filem Azura 2012, tetapi ramai yang tidak mahu, tambahan pula masa wayang yang diperuntukkan tidak sesuai... Lalu kami beralih ke aktiviti lain iaitu boling... Semua dipaksa bermain boling dan pelbagai alasan lah timbul... Baru I tahu ramai rupanya yang tak berapa reti main boling dan ada juga yang tidak pernah... Dari situ lah keseronokan timbul sebab pelbagai ragam dipertontonkan dan disaksikan bersama... Ada yang nak terjatuh masa baling bola boling (nadia), ada yang terlepas bola sebelum baling (fiza), ada jugak yang baling asyik mauk longkang je... Yang paling menariknya, all of us main boling berbaju kurung ye... Haha, tak pernah2 kitorang buat tau... Seronok kan bila dapat bergelak ketawa bersama walaupun sehari suntuk penat... Alhamdulillah, selesai bermain boling dan menunaikan solat Maghrib, kami pun beransur pulang ke kampus... Eh2, belum lagi... Actually kami singgah makan dulu di gerai Klemak, yelah kan semua dah penat... Duduk sampai gabung 4 meja, yelah 14 orang semuanya... Pening abang gerai tu amek order sebab ramai sgt kan... Mujurlah kami ni professional, bergilir-gilir memesan makanan... So, it's more easy right abang kedai? Hahah... Okeyh2, lepas makan barulah kami beransur pulang... Itu sahaja lah cerita kami untuk hari ni...

Berehat seketika di R&R Seremban

Di majlis perkahwinan Puan Hamizah

Seronok ye main boling Iman, Wani, Ieqa, Farahana

Best woo main boling... :)

Special thanks to my dear classmates yang bersma-sama memeriahkan hari kita kan... Harap kita akan kekal sebagai classmate until graduate and get our Diploma together yeah...
Credit To : - Ieqa, Izyan, Nadia, Jaja, Nazira, Intan, Syafika, Farahana, Iman, Shafinaz, Fiza, Wani, Abel



Friday 10 February 2012

Diam- Diam Ubi Berisi

Hai apa khabar wahai pujaan hati... Hehe... Tup tap tup tap, dah hampir 2 week blog ni diam kan... Haih, busy bebenor tuan empunya ni... Tapi tapi, diam-diam ubi berisi tau... Walaupun dah lama tak diseleggara, actually banyak story baru ye rakan2... Wee, dalam kesibukan menjadi seorang pelajar yang berjaya saya jugaa mempunyai hati dan keinginan untuk melakukan sesuatu untuk menghiburkan dan memuaskan hati sendiri, rakan2 dan orang sekeliling... Amboih, panjang benor lah pulak ayat tadi, tapi okay tak ayat tuh? Sehebat cikgu BM kat sekolah tak? Kehkehkeh... Okay2, enough with merepek a lot tadi, straight to the point about kesibukan tetapi penuh keseronokan ini ye...

Cerita Pertama : Hah macam biasa lah kan, quiz, test, quiz, test... Tu je lah yang berlambak last week... Nasib baik otak ni masih bertahan, al-maklumlah otak muda kan, segar and fresh... Memang hakikat seorang pelajar untuk mengerah otak, tenaga dan ape2 aje lah untuk berjaya... Dalam minggu tu jugak, banyak benor event or what we can called such as karnival... Nak diberitahu nama sebenar event or karnival tu, den tak tau lah pulak ye... Huhu, by the way ada many booth at karnival tu and seronok lah kan cuci mata lihat pelbagai benda dijual... Tapi cuci mata je lah ye, tak mampu pulak nak bershopping... Hahah...

Cerita Seterusnya : Hah, ini of course lah berkaitan dengan this week kan... Huhu, this week lagi more fun and happy time I think lah... Apa yang seronok sangat nye cik aina nih kan? Last Tuesday was my friends and I having speaking test you know... Huh, berspeaking lah ko dalam tuh... Tunggang terbalik ayat, salah grammar, tergagap-gagap pun ade kan... Hahah, seronok2, kelakar pun memang ye lah kan... Then, malam tu pulak ada Diskusi Remaja... Tajuk yang sangat menarik minat golongan muda-mudi seperti saya nih, jeng3... Bila cinta berputik, adakah kau jodohku? Hah kau, tu dia tajuknye, seronok kan... Alhamdulillah lah program tu best, tajuk nye pun je dah best, input nye pun lagi best woo... Huhu... Hari Rabu pulak, masa KOKU, saya dan rakan2 perlu berlawan dengan adik2 comel sekolah Sri Laksamana, Melaka... Friendly match lah maksudnya... Adik2 tu hanya budak sekolah rendah berumur 12 tahun ye rakan2, kecil comel molek je maen netball... Poning and ponat kami2 nih berlawan dengan adik2 nih... Lincah nye lahai, menyelit lah, berpusing-pusing lah, tuptup dah hilang jauh dari mata budak nih... Haha, kelakar lah... Seronok lah dapat friendly dengan mereka... Jangan ingat budak kecik lemah ye, sebenarnya mereka lagi kuat dari kita sebab they are younger than us right? Okeyh then, yang seronok nye minggu ni ialah kelas MGT153 was cancelled you know... Wah3, seronok nye lah kan, tapi sebenarnya tak de lah seronok sangat sebab yelah kan lagi 2 chapter blom hbes, final pulak semakin hampir... Camno tuh? Huhu, scary pulak bila nak belajar terkejar-kejar nih...

Alhamdulillah, itu je lah rasanya luahan hati dan perkongsian story setakat hari ini... InsyaAllah jika ada lagi cerita yang boleh dikongsi, andalah orang bertuah yang akan saya kongsikan cerita itu ye... Terima kasih kerana membaca, teruskan membaca agar stiap sesuatu kegembiraan atau kesedihan itu boleh dikongsi bersama... Tata semua... =)