WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Thursday 26 July 2012

Mengalah

Ramadhan sudah masuk hari ke-6 hari ini. Alhamdulillah, hari2 yang mencabar dapat ku tempuh dengan tabah. Kekadang ada dugaan dan cabaran yang menguji kesabaran hati ini. Soal hidup pastilah bersangkut paut dengan hati kerana setiap yang kita lakukan itu dengan hati yang ikhlas ataupun tidak, niat itu juga lahirnya dari hati. Kenapa semuanya bermula dari hati? Setiap yang berlaku pasti menjadikan hati sebagai watak utama. Itulah kuasa Allah, hati ini umpama permata yang berharga. Perlu dijaga dengan elok. Ibadah dilakukan agar hati sentiasa cerah, sentiasa bersabar dalam segala dugaan juga memainkan peranan dalam menjaga hati.

Dalam situasi hati diri ini sekarang, terkadang aku terfikir kenapa aku dikurniakan hati yang sangat lembut. Mudah tersentuh, terasa, tersinggung dan sebagainya. Ujian itu amat berat bagiku namun aku tahu, aku mampu menghadapi segala kemungkinan baik ataupun buruk kerana hati aku tetap tabah walaupun aku mudah tersinggung. Bukannya aku lemah, tapi aku mahu melihat orang lain menerima yang lebih baik daripada yang aku terima. Inginkan orang lain gembira sedangkan hati sendiri gundah gulana. Itulah yang dinamakan mengalah bagi aku. Tapi kadang-kadang situasi seperti itu dinamakan berkorban untuk lebih sedap telinga mendengar. Namun bagi aku istilah itu mempunyai maksud yang berbeza sama sekali walaupun ianya mempunyai sedikit persamaan.

Ye, aku memang seorang yang mudah mengalah. Dengan adik-adik, keluarga dan rakan-rakan. Melihat mereka semua gembira sudah cukup membuat aku gembira. Terkadang hati terdetik, takkan diri ini sahaja yang kena jaga hati orang lain sedangkan orang lain tak menjaga hati kita. Biarlah, mungkin mereka tidak sedar akan pengorbanan kita terhadap mereka. Tipulah kalau aku kata tidak ambil hati secebis pun padahal perasaan yang terbuku dalam hati hanya tuhan yang mengerti. Dalam soal hati, janganlah memaksa aku meceritakan segalanya. Kerana setiap orang mempunyai hati yang berbeza, itulah hebatnya kuasa Tuhan. Bersyukur masih ada hati dan perasaan, dan aku berharap agar hati dan perasaan ini tidak dipermainkan dan akan aku jaga dengan baik agar aku tidak terluka lagi.

Hati sedih kerana apa yang diharap tidak menjadi kenyataan. Mungkinkah aku yang salah ataupun kau yang hanya berpura-pura? Berikanlah aku petunjuk dan pedoman agar aku mampu berjalan melalui cahaya-Mu...

Friday 13 July 2012

Pesanan Buat Sahabat

Aku masih di sini. Masih mengharap hadirnya sinar yang mampu menerangi hidupku. Menceriakan hari-hari ku. Menghilangkan segala kegelisahan ku. Terkadang bayangmu menerjah fikiranku. Terkadang jua namamu ku sebut, laman sosialmu ku intai. Tetapi aku tahu itu tidak mendatangkan apa-apa kesan. Yang ada hanya merugikan diriku sendiri. Entah mengapa hati ini masih belum boleh melupakan semuanya yang telah berlaku pergi dengan begitu sahaja. Benarlah kata orang, mencipta kenangan itu sangat mudah namun untuk melupakannya jauh sekali susah. Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku tidak akan menggaggu mu lagi. Namun entah mengapa kau tetap ku fikir. Saat mata terlihat kelibatmu hati ku berdetak. Kelu lidah tidak terkata. Terkadang diri ini tidak menentu. Terasa mahu lari sejauh mungkin agar kau tidak nampak bahawa aku melihatmu. Namun dunia ciptaan Tuhan ini kecil sahaja. Sejauh mana aku berlari, bayangmu tetap berada di fikiran. Aku tidak mahu terus berlari. Akhirnya aku mampu bersabar dan berfikiran positif dalam setiap tingkahku. Biarlah apa yang terjadi. Jika aku ditakdirkan untuk bersua dengan mu secara tidak sengaja, aku hanya mampu tunduk dan berlalu pergi agar kau tidak melihat diriku. Aku malu untuk memandangmu. Aku hanya insan yang gagal menyatakan perasaanku sendiri. Biarlah semua itu berlalu, aku harap dan berdoa agar kau temui bahagia kelak. Melihat dirimu bahagia sudah cukup membuatkan aku bahagia. Walaupun itu semua perit bagiku, aku hanya makhluk-Nya yang lemah. Segalanya telah ku usahakan, berdoa dan bertawakal. Cuma satu yang paling aku harapkan dari dirimu, aku berharap agar kau tidak membenci diriku. Niatku ikhlas suatu masa dulu, ikhlas menyayangimu. Namun itu semua hanya mimpi di siang hari. InsyaAllah, jika ada jodoh tidak ke mana. Ku doakan kau bahagia di dunia dan di akhirat. Berusahalah menjadi seorang yang berjaya, kerana aku tahu kau mampu, kau seorang yang kuat semangat dalam menghadapi segala ujian dan cabaran dalam setiap inci hidup kau. Aku kagum dengan dirimu yang mampu mengahadapi semua masalah dengan tenang. Semoga kau bahagia dan berjaya wahai SAHABAT...

Tuesday 10 July 2012

Redha

Assalamualaikum dan apa khabar semuanya? Harapnya anda sihat belaka... Di saat jari jemari rancak menaip kekunci laptop, adakalanya air mata ku tumpah jua. Aku rela, redha, pasrah dan terima seadanya segala kesilapan dan kekhilafanku sebagai hamba-Mu Ya Allah. Aku insan kerdil yang tidak mampu melawan takdirmu. Andai itu takdirku, aku terima seadanya kerana aku yakin itu adalah yang terbaik untuk diriku. Hatiku gundah dan kacau tatkala datang seorang yang mencuri hatiku. Rasa kasih dan sayang datang tanpa diduga dan diminta sedangkan di hati sudah ada yang bertakhta. Tidak tahu mengapa kehadirannya membuat aku berubah, terasa jauh dengan yang sedia ada. Demi mengelakkan diri daripada tersepit di tengah persoalan, aku meminta kepada yang sedia agar lepaskan aku seketika. Aku terlalu mengikut perasaan dan tidak sedar bahawa itu mungkin akan melukakan hatinya. Aku minta maaf atas kekhilafanku dalam menilaimu. Aku hanya mengikut kata hati yang tidak tentu arah ini. Lantas aku semakin menyayangi seorang itu tanpa ku sedar. Walaupun dia terlalu berbeza dengan apa yang aku inginkan yang ada pada yang sedia ada sebelum ini, aku tetap dengan hatiku. Mungkin itu ujian buatku. Ujian untuk menguji sejauh mana aku mampu mengawal hati dan perasaan ini. Aku gagal menyatakan perasaanku yang sebenar-benarnya kepada seorang itu. Aku redha kau tidak menerimaku dan aku terima nasihatmu untuk hargai orang yang sedia ada menyayangiku. Aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya perasaan itu terhadapmu, aku jua tidak menyangka. Benarlah kata orang, cinta itu buta dan membutakan. Jujur aku katakan aku memang menyayangimu tetapi apakan daya hanya sebagai kawan sahaja sampai ke hari ini, itupun kalau kau menerimaku sebagai kawanmu sahaja. Kadang-kadang aku keliru dengan perasaan sendiri sehingga dirimu ku terbayang tiap masa. Namun aku cuba mengelakkan kerunsingan dan kekusutan mengenai cinta semampu yang boleh. Alhamdulillah, aku mampu mengawal perasaan dan diriku daripada terus hanyut dibuai mimpi. Aku tidak mahu perkara sebegini berulang kembali dan aku berharap agar ianya tidak berulang. Aku doakan kau temui bahagia dan aku masih menganggap kau sebagai kawan. Biarlah apa sahaja yang ingin kau katakan tentang diriku ini. Halalkan segala makan-minum aku selama ini, aku doakan kejayaan dan kebahagiaan kau di dunia dan akhirat. Aku tidak akan mengganggu hidup kau andai itu permintaan kau, cuma aku berharap agar kau tidak membenci diriku. Terima kasih atas segala bantuan dan keprihatinan kau selama ini selama kita berkawan, segala tunjuk ajarmu tidak akan aku abaikan dan aku akan amalkan dan hargai sehingga bila-bila. Untuk yang sedia ada dulu, maafkan kesalahan, kesilapan dan kekhilafanku. Aku tahu aku mungkin telah melukakan hati kecilmu. Andai ada takdir antara kita, pasti kita akan bersama suatu masa nanti. Dan andai itu bukan takdir kita, terimalah seadanya dan aku redha dengan segala yang terjadi. Aku akan berubah dan menjadi yang lebih baik kelak. InsyaAllah, doakan agar hatiku sentiasa tenang dengan bimbingan Tuhan, kedua ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan tersayang. Tanpa mereka, siapalah aku. Biarlah aku rebah di pintu cinta daripada aku rebah di pintu syurga kelak. Aku hanya insan yang mengharap kasih dan redha-Nya sahaja. InsyaAllah, amin...

Wednesday 4 July 2012

Terlalu SIBUK...

Hai apa khabar anda semua? Harap sihat lah kan... Syukur alhamdulillah, terbukak juga hati ini untuk memgupdate blog yang dah bersawang ni kan.... Bukan niat hati tak nak update tapi masa tak mengizinkan, busy memanjang u ollz... Untuk pengetahuan anda, saya dah pun masuk untuk semester baru that is sem 3 for my diploma perakaunan okay... Dalam sedar tak sedar, dah setahun lebih aku jadi budak Melaka kan... Haiyakkk, unbelieveable... Start masuk, first week dapat lah balik rumah sebab tak banyak aktiviti and kerja lagi kan... But nowadays, masuk je 2nd week dah bertimbun aktiviti plus kerja2 from lecturer okay... Nasib baik aku ni manusia, boleh pikir baik buruk sesuatu perkara tuh... Bersyukur dan bersabar saja lah kan... Hidup ni banyak dugaan dan cabaran, kalau tak rasa susah macam mana nak rasa senang kan...

Okayh sepanjang ketiadaan new entry dalam blog ni, pelbagai perkara berlaku tak kira menarik ke, bosan ke, annoying ke or whatever lah kan... Yang penting hidup ni macam pelangi, pelbagai warna... Daripada masuk UiTM balik, food poisoning, pastu anugerah dekan, pastu KI, pastu aktiviti kolej, pastu netball ditambah dengan kerja from lecturer yang wajib ada tiap2 minggu okay... Memang full lah masa aku kat sini kan... Walaupun hakikatnya ade je masa free... Muehehe... Alhamdulillah dengan adanya rakan-rakan di sini, aku tabah mengharungi segala yang berlaku dengan baik... Syukur juga mempunyai mama, ayah dan family memahami diri ini yang sibuk di perantauan... Ecewah, perantauan lah sangat ko kan, luar negeri je pun bukannya luar negara... Hahah, okay dah malas nak merepek, banyak sangat cerita kan...

2nd week masuk UiTM balik, aku dah kena food poisoning derr... Pergh perit tak terkata, sakit sesangat, aku ni dah lah susah nak sakit then bila dah sakit rasa macam tak bole nak hidup pun ada jugak... Nasib baik ada nyawa lagi, alhamdulillah semangat masih kuat meneruskan hidup sebagai seorang pelajar... Gara2 tak sempat nak lunch, p makan kat food fair, hah amek ko food poisoning terus... Fobia terus aku nak beli makanan yang macam tu (kuey teow goreng kuali besar)... Sampai cirit, muntah2, demam then kena masuk air pulak tu tau... Luckily i have friend who take care of me, IEQA... Thanks jugak buat yang laen yang tolong jaga saya ye... I really appreciate it... =)

Next is talking about anugerah dekan hujung minggu 2nd week, alhamdulillah... My really best friend IEQA and I manage to get dean's list award again for last semester... We are proud of ourselves annd hope that this success may lead to the next success... Tahniah juga buat classmate tersayang saya yang mendapat anugerah dekan... Semoga berjaya lagi, usaha itu tangga kejayaan... Teruja lah jugak kan dua kali amik anugerah dekan dah... Syukur Ya Allah... Semoga kejayaan ini berterusan... Amin...

Kemudian 3rd weekend ade pulak KI, hah memang wajib datang dan wajib tak balik rumah lah kan... Memang sabar je lah kan... KI punya pasal ape pun boleh lah, yang penting berfaedah... Tapi yang menariknya KI hari tu, kitorang kononnya build up a company, macam2 jawatan ada tau... Cehh, kira macam berangan lah ni... Hahaha, conduct event lah, meeting lah... Macam merepek tapi itu lah yang diajar masa KI sebab kemahiran itu akan digunakan once kita nak kerja nanti... Renung-renungkan dan selamat beramal...

Then 4th week, saya ada aktiviti kolej sepanjang minggu plus netball gamehari sabtu... Hah, minggu nih lah paling PACK aku rasa... Nak tercabut segala tulang, terputus segala urat, terkeluar segala biji mata... Muahaha, tiap2 malam ada training netball gara2 sabtu game... Lepas training pulak balik kolej ada aktiviti tengah malam pulak... Memang buntang mata gua nak bukak p kelas pagi tiap2 hari kan... Haha, sabau je lah tau...Penat bukan kepalang rasanya... Aktiviti kolej aku masuk netball level je lah kan, nak suruh aku masuk cheers, tarian bagai tu sorry lah derr... Ni Aina okay, tak main lah tu semua... Huh, haha... Alhamdulillah level aku menang netball tuh and the most important thing is kitorang UiTM A naib johan dan UiTM B johan netball game sabtu tu... Syukur, dah penat bertungkus-lumus, berbaloi akhirnya menang kan... Dapat prize pulak, 1st RM500, 2nd RM300... Wohooo, seronoknyaaaa...

Nak cakap pasal kerja lecturer bagi no komen lah kan... Terbaik lah, tiap2 hari ada kerja, kena siap pulak... Lecturer strict pulak, kecut perut kalau tak siap... Selama ni banyak lombong kat kertas aku tuh kalau tak siap, sekarang ni lubang tikus pun susah nak nampak tau gara2 takot lecturer marah tak siap kerja... Hahah, kelakar betol... Berusaha lah sehabis baik siapkan kan... Dah kalau tak boleh nak siap ape lagi, let it be lah derrr... Chill sudah, jangan memaksa diri nanti tension... Penat lah tension2 ni... Relax sudah, be smart okay...

Okaylah, penat dah cerita nih... InsyaAllah saya akan rajinkan diri update blog ni eh... Sesi luahan hati tetap berjalan sebab hati dalam baan bukan dalam blog... Muahaha.... Thanks for reading, love u olllzzz.... =)