WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Tuesday 10 July 2012

Redha

Assalamualaikum dan apa khabar semuanya? Harapnya anda sihat belaka... Di saat jari jemari rancak menaip kekunci laptop, adakalanya air mata ku tumpah jua. Aku rela, redha, pasrah dan terima seadanya segala kesilapan dan kekhilafanku sebagai hamba-Mu Ya Allah. Aku insan kerdil yang tidak mampu melawan takdirmu. Andai itu takdirku, aku terima seadanya kerana aku yakin itu adalah yang terbaik untuk diriku. Hatiku gundah dan kacau tatkala datang seorang yang mencuri hatiku. Rasa kasih dan sayang datang tanpa diduga dan diminta sedangkan di hati sudah ada yang bertakhta. Tidak tahu mengapa kehadirannya membuat aku berubah, terasa jauh dengan yang sedia ada. Demi mengelakkan diri daripada tersepit di tengah persoalan, aku meminta kepada yang sedia agar lepaskan aku seketika. Aku terlalu mengikut perasaan dan tidak sedar bahawa itu mungkin akan melukakan hatinya. Aku minta maaf atas kekhilafanku dalam menilaimu. Aku hanya mengikut kata hati yang tidak tentu arah ini. Lantas aku semakin menyayangi seorang itu tanpa ku sedar. Walaupun dia terlalu berbeza dengan apa yang aku inginkan yang ada pada yang sedia ada sebelum ini, aku tetap dengan hatiku. Mungkin itu ujian buatku. Ujian untuk menguji sejauh mana aku mampu mengawal hati dan perasaan ini. Aku gagal menyatakan perasaanku yang sebenar-benarnya kepada seorang itu. Aku redha kau tidak menerimaku dan aku terima nasihatmu untuk hargai orang yang sedia ada menyayangiku. Aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya perasaan itu terhadapmu, aku jua tidak menyangka. Benarlah kata orang, cinta itu buta dan membutakan. Jujur aku katakan aku memang menyayangimu tetapi apakan daya hanya sebagai kawan sahaja sampai ke hari ini, itupun kalau kau menerimaku sebagai kawanmu sahaja. Kadang-kadang aku keliru dengan perasaan sendiri sehingga dirimu ku terbayang tiap masa. Namun aku cuba mengelakkan kerunsingan dan kekusutan mengenai cinta semampu yang boleh. Alhamdulillah, aku mampu mengawal perasaan dan diriku daripada terus hanyut dibuai mimpi. Aku tidak mahu perkara sebegini berulang kembali dan aku berharap agar ianya tidak berulang. Aku doakan kau temui bahagia dan aku masih menganggap kau sebagai kawan. Biarlah apa sahaja yang ingin kau katakan tentang diriku ini. Halalkan segala makan-minum aku selama ini, aku doakan kejayaan dan kebahagiaan kau di dunia dan akhirat. Aku tidak akan mengganggu hidup kau andai itu permintaan kau, cuma aku berharap agar kau tidak membenci diriku. Terima kasih atas segala bantuan dan keprihatinan kau selama ini selama kita berkawan, segala tunjuk ajarmu tidak akan aku abaikan dan aku akan amalkan dan hargai sehingga bila-bila. Untuk yang sedia ada dulu, maafkan kesalahan, kesilapan dan kekhilafanku. Aku tahu aku mungkin telah melukakan hati kecilmu. Andai ada takdir antara kita, pasti kita akan bersama suatu masa nanti. Dan andai itu bukan takdir kita, terimalah seadanya dan aku redha dengan segala yang terjadi. Aku akan berubah dan menjadi yang lebih baik kelak. InsyaAllah, doakan agar hatiku sentiasa tenang dengan bimbingan Tuhan, kedua ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan tersayang. Tanpa mereka, siapalah aku. Biarlah aku rebah di pintu cinta daripada aku rebah di pintu syurga kelak. Aku hanya insan yang mengharap kasih dan redha-Nya sahaja. InsyaAllah, amin...

No comments:

Post a Comment