WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Friday 13 July 2012

Pesanan Buat Sahabat

Aku masih di sini. Masih mengharap hadirnya sinar yang mampu menerangi hidupku. Menceriakan hari-hari ku. Menghilangkan segala kegelisahan ku. Terkadang bayangmu menerjah fikiranku. Terkadang jua namamu ku sebut, laman sosialmu ku intai. Tetapi aku tahu itu tidak mendatangkan apa-apa kesan. Yang ada hanya merugikan diriku sendiri. Entah mengapa hati ini masih belum boleh melupakan semuanya yang telah berlaku pergi dengan begitu sahaja. Benarlah kata orang, mencipta kenangan itu sangat mudah namun untuk melupakannya jauh sekali susah. Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku tidak akan menggaggu mu lagi. Namun entah mengapa kau tetap ku fikir. Saat mata terlihat kelibatmu hati ku berdetak. Kelu lidah tidak terkata. Terkadang diri ini tidak menentu. Terasa mahu lari sejauh mungkin agar kau tidak nampak bahawa aku melihatmu. Namun dunia ciptaan Tuhan ini kecil sahaja. Sejauh mana aku berlari, bayangmu tetap berada di fikiran. Aku tidak mahu terus berlari. Akhirnya aku mampu bersabar dan berfikiran positif dalam setiap tingkahku. Biarlah apa yang terjadi. Jika aku ditakdirkan untuk bersua dengan mu secara tidak sengaja, aku hanya mampu tunduk dan berlalu pergi agar kau tidak melihat diriku. Aku malu untuk memandangmu. Aku hanya insan yang gagal menyatakan perasaanku sendiri. Biarlah semua itu berlalu, aku harap dan berdoa agar kau temui bahagia kelak. Melihat dirimu bahagia sudah cukup membuatkan aku bahagia. Walaupun itu semua perit bagiku, aku hanya makhluk-Nya yang lemah. Segalanya telah ku usahakan, berdoa dan bertawakal. Cuma satu yang paling aku harapkan dari dirimu, aku berharap agar kau tidak membenci diriku. Niatku ikhlas suatu masa dulu, ikhlas menyayangimu. Namun itu semua hanya mimpi di siang hari. InsyaAllah, jika ada jodoh tidak ke mana. Ku doakan kau bahagia di dunia dan di akhirat. Berusahalah menjadi seorang yang berjaya, kerana aku tahu kau mampu, kau seorang yang kuat semangat dalam menghadapi segala ujian dan cabaran dalam setiap inci hidup kau. Aku kagum dengan dirimu yang mampu mengahadapi semua masalah dengan tenang. Semoga kau bahagia dan berjaya wahai SAHABAT...

No comments:

Post a Comment