WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Monday 22 October 2012

Home again...

Alhamdulillah, I'm home again... Tapi yang seronok bukan kepalangnya kerana saya cuti semester for 1 month okay... Fuhh, lega sudah hati dan perasaan ini, tenang juga jiwa ini setelah tamatnya minggu final exam untuk semester 3... Segala paper sudah dijawab dengan bersungguh, dengan usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa, dan kini aku hanya mampu berdoa agar keputusan yang bakal aku terima memuaskan hati dan menggembirakan hati aku dan juga ibu bapa tercinta... Ya Allah, semoga kau berikan aku kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat...

Dan seperti biasa, kepulangan saya di rumah menjadikan saya lebih rajin dan bertanggungjawab apabila telah ditugaskan menjadi suri rumah sekali lagi... It's okay as it is my rutin harian when I balik rumah kan... Tak pernah mengeluh dan mengelak daripada melaksanakan tanggungjawab itu sebab, itu lah yang akan mengajar saya menjadi suri rumah yang sebenar suatu hari nanti insyaAllah... Hee, yang faham maksud sebenar saya tu baguslah kan... Hikhokhikhok

Satu lagi hal yang menariknya, saya ada hati nak kerja part-time pulak... Wohoo, agak2 nak kerja kat mana eh? Hahaha, punyalah semangat nak kerja, nak cari pengalaman lah tujuan yang paling penting aku selain dapat pocket money lebih kan, alih2 tak keluar cari kerja pun... Hahaha, sebab ape? Sebab aku sibuk duk jadi suri rumah di samping asyik makan, tengok tv dan tidur sahaja... Mana ada masa nak kerja kan... Astaghfirullahalazim, malasnya anda wahai cik adik... Wake up dear, jangan malas2, jangan nak membesarkan badan je... Rasa macam diri ini masih kurus lagi, tapi tak sangka pulak 'orang tu' cakap kita dah gemuk... Hah? Gemuk ke saya? Haih, target nak gemuk after kawen, camne ni? Takpe2, nanti saya banyakkan bersenam and jaga badan eh... Hee

Okay lah, rasanya tiada apa lagi yang ingin dikongsi setakat ini... Cuma apa yang ingin diluahkan, saya amat merindui sahabat handai yang disayangi, dan juga orang2 yang saya sayangi... Maafkan segala salah dan silap saya andai ada yang terguris atau tercalar di hati, semoga ikatan kita terus kekal abadi... Sesuatu persahabatan yang bermula itu takkan pernah berakhir... Have a nice and wonderful holiday for all of you who had holiday now... =)

Friday 12 October 2012

Again???

Ya Allah, apalah nasib diri kan, sekali lagi kereta tak mahu hidup... Dah lah mati kat petronas tu hah, padahal baru je lepas isi minyak... Awatnya hang tak mau gerak kereta ku sayang? Haih, gundah gulana lah hati ni kan tadi... Yang tak menahannya, pakcik2 yang kerja petronas tu boleh buat tak tahu je kereta aku problem... Yang tolong tolak kereta tadi pun si Wana dengan Ummi dengan sorang pakcik yang isi minyak jugak kat situ... Nasib baik lah ada diorang kan, kalau tak mati kutu aku kat situ... Kihkih... Tanya pakcik tu, dia pulak tak tahu nak tolong camne, haih sedih lak den dongar nyo hah... Sabar je lah... Alih2, kol je si penyelamat saya seperti biasa...

Dok tengah tunggu tu, pandai pulak pakcik2 ni datang tanya nape ni dik, tak boleh hidup ke? Ye lah pakcik2 sekalian, kalau boleh hidup buat ape saya duk melanguk kat situ... Kalau tolong selesaikan masalah takpe lah jugak, ni dok membebel je keje, penat cik nak dengar tau, serabut otak... By the way, terima kasih lah kerana bertanya jugak kan, ingat tak mesra alam dah tadi... Hikhok... Selesai masalah akhirnya bila penyelamat dah sampai, cewahhh... Macam ultraman yang datang pulak kan... Muahaha, nasib baik awak ada untuk tolong... Kalau tak, tak tahu dah nak buat apa tadi... Terima kasih banyak2 ye awak... Hanya Tuhan yang mampu balas jasa baik awak, tapi yang termampu saya balas tu nanti saya balas eh... Hee

To Wana and Ummi, terima kasih lah menjadi penolak kereta cik Aina hari ni eh... Tak sangka pulak kereta aku kereta pertama dalam hidup yang korang kena tolak dalam situasi seperti itu... Dan terima kasih juga kerana membuli aku tadi kan... Ye aku terima segalanya, dan for the first time aku tak boleh melawan or membantah cakap korang terutamanya ko Wana, haha... Dah sebab kena tolak kereta aku punya pasal kan, yelah aku bagi korang buli aku tadi... I'm speechless today, wohoo... Tapi just untuk tadi je okay... Hee, mekaseh and maaf atas segala kesulitan tadi... Sayang anda2 semua =)

-segala masalah yang dihadapi menguji sejauh mana kesabaran kita-

Thursday 4 October 2012

Kenangan Itu...

Hati tiba-tiba terasa rindu akan kenangan lama yang pernah tercipta suatu masa dahulu... Kenangan itulah yang mengajar aku erti hidup, mengenalkan aku dengan pelbagai jenis orang terutamanya rakan-rakan... Yang indah itu dikenang dan yang pahit itu biarlah ianya tersimpan di dalam kamus hidup... Pelbagai kenangan yang kita cipta dalam hidup, tidak kira lah dengan siapa pun kenangan itu tercipta, selagi ia sudah tersurat dalam satu cerita dan berlalu menyusuri masa, itulah kenangan yang hanya mampu dikenang... Semoga kenangan itu kekal abadi, dan kepahitan itu menjadi pengajaran di masa nanti...

kenangan bercuti di indonesia... =)

kenangan kami bersama di midvalley...

classmate di mrsm serting =)

roomate suka duka di serting

adik2 junior kesayangan, muahaha..

after ladies night...

dinner blok di gerik...

best roomate i've ever had =)

Setiap kenangan yang tercipta itu datangnya dari ceritera yang berbeza... Dan kerana itulah kenangan itu dianggap berharga dan kepahitan itu dianggap bermakna dalam kehidupan... Tak semua yang kita hadapi di dunia ini indah belaka, pasti ada duka dan kepahitan yang dirasa... Hidup ini penuh dengan warna yang mencorakkan hidup kita... Carilah warna-warna yang baik dan sesuai untuk dijadikan pelangi dalam hidup kita... Semoga hidup anda ceria dan tinggalkanlah kenangan yang manis dan bermakna, jadikan kepahitan itu pengajaran... Terima kasih =)

Wednesday 3 October 2012

Final Exam

Sedar tak sedar dah masuk Oktober rupanya.. Dah 3 haribulan dah pun hari ni kan... Syukur alhamdulillah, beban 2 paper final sudah lepas akhirnya dan kini aku masih tabah menunggu dan belajar untuk baki lagi 4 paper... Paper yang tinggal kemudian ini lah yang mampu menguji kesabaran dan ketenangan hati aku kerana keempat-empat paper tersebut adalah killer paper bagi aku... Tak semua benda kat dunia ni senang, tapi tak semua benda kat dunia ni susah... Apa yang penting ialah usaha yang gigih, sentiasa berdoa agar diterangkan hati dan bertawakal kepada Allah di saat anda sudah tidak mampu berbuat apa-apa ketika diri sudah berada di dalam dewan peperiksaan...

Di saat menghadapi peperiksaan seperti inilah kekadang hati aku diuji... Pelbagai dugaan dan cabaran yang datang dan pergi... Adakalanya dugaan itu datang dan sukar untuk pergi, namun aku tabahkan hati dan bermohon kepada-Nya agar dikuatkan hati ini... Bukan mudah menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik... Rakan sekelasku kebanyakannya pandai2 belaka... Aku yang terasa diri ini tidak sehebat mereka masih terus berusaha dan berharap agar mampu menjadi sehebat mereka... Walaupun pada hakikatnya final exam ini tidak menentukan sehebat mana seseorang itu, aku tetap menjadikan mereka sebagai sebab untuk aku turut berjaya... Aku tidak mahu jatuh kerana aku pernah merasa apa ertinya gagal dahulu...

Ku berdiri, aku di sini
Takkan tewas takkan ku menyerah diri
Selagi hasrat di hati belum tercapai
Ku takkan berhenti

Lirik lagu di atas ini banyak menyedarkan aku agar terus berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah... Aku tak mahu mama dan ayah kelak menangisi kegagalan aku, biarlah mereka mengalirkan air mata kerana kejayaan aku... Kerana aku telah bertekad dan berazam untuk menghadiahkan kejayaan itu untuk mereka kelak... Doakan agar aku berjaya mengharungi liku hidup ini dengan tabah dan tenang... Amin... =)