WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Saturday 29 September 2012

Tiring day...

Oh hai and apa khabar anda di sana? Hopefully semuanya sihat-sihat belaka kan... Actually today was a very tiring day... Sarapan pukul 11 pagi tadi, then makan tengah hari pun lambat lah kan... So mama decided to eat nasi ayam kampung kat r&r awan besar ptg tadi... Makan punye makan, tambah tu tambah ni sampai lah kenyang baru angkat punggung berangkat pulang kan... Eh, bukan berangkat pulang pun sebenarnya... Melencong pulak ke kompleks pkns kat shah alam nun di sana tu hah... Dah kalau pergi sana alamatnya SHOPPING lah kan, buat ape lagi... Seronok dan memang penat lah kalau shopping dengan mama and ayah... Ada je yang menarik minat mata ni hah... Rambang mata jadinya... Alasan utama banyak shopping is untuk Raya Haji later on... Wahwahwah, macam tak menyempat pulak ye... Hikhik...

Shopping punye shopping sampai lah ke maghrib tadi baru bergerak pulang... Singgah dulu di r&r kinrara untuk solat maghrib sebentar... And the surprisingly is, Diana Amir was there... Mama and adik saya si Aina tu cakap ada artis lah, Diana Amir kan nama dia? Aku sememangnya tak perasan kewujudan dia, then pergi lah intai balik nak tengok betul ke Diana Amir semata-mata padahal dah keluar surau dah aku masa tu... Muahaha, tak senonoh betul... Yang paling tak menahannya, actually aku solat sebelah dia kot tadi tapi boleh tak perasan pulak kan... Hikhik, nampak tak khusyuk solat tau... Haha...

Setelah dipastikan oleh aku itu sememangnya Diana Amir then kami (aku, adik aku Aina and Nazurah serta mama) tunggu lah dia keluar dari surau... Sambil menunggu sempat lagi bincang nak amik gambar ke, autograf ke, salam je ke, whatever ke... Hahaha... Boleh pulak camtu kan... Haish... Finally dia pun keluar and kitorang pun tengok je lah dia sampai dia datang depan mata... Yang menariknya, dia datang ke arah kami and salam serta bermesra dengan kami... Apa lagi, dengan kesempatan yang ada kami pun ambil gambar kenangan bersama Diana Amir yang cantik berseri sangat... Rasa bersyukur dan sejuk hati tengok perubahannya kini... Alhamdulillah... Semoga dia berjaya dalam kerjayanya... Terima kasih akak kerana sudi bergambar bersama dan mesra bersama kami tadi...

a moment with Diana Amir =)

Lastly, esok saya perlu kembali ke Melaka untuk menghadapi final exam for this semester... 6 paper perlu saya hadapi untuk sem ini... Harap kejayaan mampu dikecapi lagi dan impian menjadi nyata sekali lagi... Maafkan segala salah dan silap saya kepada anda selama ini, doakan hati saya tenang menjawab exam dan diluaskan minda... Semoga Tuhan merahmati orang yang mendoakan kejayaan orang lain...

Thank you for reading and sudi baca blog tak seberapa ini... Kisah ini hanya luahan hati dan perkongsian cerita antara kita... Sayonara dear friends... =)

Monday 24 September 2012

Study Week Again

Owh yeah, when it comes to study week it will definitely relates to the FINAL EXAM of course... Finally it will be the end of my semester 3 in a few weeks more... Weheee... Tak boleh nak terlalu seronok walaupun this week is study week because there are plenty of things need to be settled down before i could calmly study and take my final exam... Haish apa lah nasib walaupun minggu belajar dah habis, tapi ada lagi beberapa assignment yang perlu dihantar in order to get carrymarks lah kan... Carrymarks punya pasal, apa pun gua sanggup buat lah... Daripada bermati-matian struggle paper final, it's better to score carrymarks first right???

Huh, setakat dah masuk 2 hari duduk rumah ni melanguk je lah kerja aku... Tadi je baru bukak buku Law, tu pun sebab nak siapkan assignment... Actually tu sebenarnya test 2 kitorang for the last Saturday but then Lecturer Marziana bagi kitorang TAKE HOME and consider it as group assignment pulok... Fuhhh, menjerit keriangan, bersorak gembira dan definitely memanjatkan kesyukuran kepada Allah sebab tak jadi buat test kan... Punya lah blank dah otak petang2 nak jawab Law kan... Thanx a lot to dear lecturer, I really love you... We promise to finish the assignment and do well in final paper insyaAllah...

And now aku berharap agar starting from tomorrow aku akan start study seriously so takde lah buang masa macam buang sampah je kan... Hehehe... Hopefully I will do best in this semester 3 final and get Dean List again... And the most important thing is that I hope to get DL with my really beloved friend Nur Haziqah Bt Mohd Iqbal Ali and also my fellow friends that is Nazira, Intan, Farahana, Iman, Farhana, Nor and Syafi... Mummy harap kita DL sama2 lagi and hope that we success together okayh...Bersama kita menuju kejayaan dan insyaAllah masa depan gemilang... To all my dear anak2, do tell mummy what I did not know or maybe I doesn't know at all... Because you all know lah kan mummy ni blur and sometimes 'lambat sikit'... Muehehe, malu pulak... Hee

See you all in kampus for about 6 days more insyaAllah... Belajar rajin2, manfaatkan study week ni betul2, kongsikan ilmu bersama2, apa2 yang ingin ditanya just contact each other so that we might not lost... Hehehe, that's all for today... Thank u and sayonara... =)

Wednesday 19 September 2012

Tahniah!!! =)

Yeah, entry kali ni mengisahkan tentang kejayaan saya dan team netball Tun Putih pada Sabtu, 15 September yang lepas... Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, kami berjaya menjadi Johan dalam Kejohanan Net The Ball Antara Kolej & NR UiTM Melaka anjuran Ko-kurikulum Netball dan Unit Sukan UiTM Melaka... Bersyukur kerana kami berjaya dan membawa pulang wang tunai RM200, medal beserta piala pusingan... Terima kasih saya ucapkan kepada team Tun Putih atas usaha, kerjasama dan semangat yang diberikan dalam usaha memastikan kita mendapat tempat dalam kejohanan itu... Segala usaha dan semangat tidak berputus asa kita berhasil walaupun ketakutan dan kerisauan berhadapan mereka yang hebat2 bersarang dalam diri... Ecewaahh, apa2 pun tahniah buat semua yang bertanding, yang berjaya dan bagi yang kurang bernasib baik tidak mengapa, cuba lagi di lain masa... InsyaAllah kejayaan milik anda jua...

not good enough to be a sharp shooter, but i'm trying to be...


Di kesempatan ini juga saya ingin memohon doa daripada anda agar mendoakan saya sentiasa sihat dan tiada apa2 yang berlaku kepada diri ini... Moga diri ini masih kuat dan bertenaga serta terhindar daripada sebarang sakit atau kemudaratan... Semoga Tuhan merahmati anda semua yang mendoakan saya, insyaAllah...

* semoga Tuhan sentiasa memberkati hamba-Nya yang tabah dan sabar dalam kehidupan *

Tuesday 11 September 2012

Tanggungjawab

Tanggungjawab atau responsibility adalah satu perkataan yang amat menakutkan kalau didengar sebenarnya... Mungkin tidak bagi sesetengah orang, tapi bagi saya, YA... Tanggungjawab itu sesuatu amanah yang diberikan kepada kita dengan harapan agar sesuatu itu dapat dilaksanakan dan mencapai tujuan... Tanggungjawab mempunyai pelbagai cabang, sama ada terhadap diri sendiri, Tuhan, ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan sebagainya... Seperti yang sedia maklum, tanggungjawab terhadap diri sendiri, Tuhan, ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan adalah tanggungjawab yang menjadi rutin harian kita setiap hari... Kita tak pernah lari dari tanggungjawab yang biasa ini kan...

Namun apa yang ingin saya luahkan di sini ialah berkaitan tanggungjawab terhadap tugas ataupun jawatan yang dipegang... Seseorang yang diberikan tanggungjawab atau menginginkan tanggungjawab itu seharusnya melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dan ikhlas... Ini kerana tanggungjawab bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan permainan... Setiap orang yang memegang tanggungjawab telah diberikan amanah secara tidak langsung dan harus memastikan tugasnya sempurna...

Tanggungjawab ini bukannya sesuatu yang mudah kerana sekali kita memegang tanggungjawab kita harus melaksanakannya tanpa rungutan... Apa yang ingin saya katakan di sini bahawa sesiapa yang ingin sangat memegang tanggungjawab dan diber tanggungjawab secara rela, laksanakan tugas dan amanah anda dengan jujur dan bersungguh-sungguh... Kalau rasa tak mahu diri susah, pening, tension, malas nak fikir banyak dengan alasan banyak kerja lain nak dibuat lah, sibuk lah, TAK PERLU menjerumuskan diri anda dalam memikul tanggungjawab yang anda tak mampu nak pegang... Kalau urusan dan tanggungjawab terhadap diri sendiri pun tidak terurus, masakan boleh menguruskan perkara lain...

Aku sangat takut jika diberikan tanggungjawab untuk menjadi atau melaksanakan sesuatu... Aku pernah merasa memegang tanggungjawab dan amanah... Pada mulanya ya memang susah dan terasa diri ini tidak mampu untuk melaksanakannya namun aku tabah dan terus berusaha dan berdoa agar Tuhan membantu dan memberikanku kekuatan dalam melaksanakan tugas aku... Alhamdulillah aku berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab aku, walaupun aku tidak tahu bagaimana orang lain menilai keupayaan aku, namun aku tahu Tuhan mampu menilai aku...Dan sejak dari itu, aku lebih berhati-hati dan berfikir lebih dalam jika ingin memegang sesuatu tanggungjawab kerana aku bimbang jika tanggungjawab itu terabai... Biarlah aku menjadi orang biasa seketika dan belajar dari luar cara memegang tanggungjawab sebelum aku sendiri yang memegangnya...

Conclusionnya di sini, kalau dah pegang tanggungjawab, laksanakannya sebaik mungkin... Tanggungjawab itu boleh ditolak jika merasa diri tidak mampu, namun ianya boleh diterima juga sekiranya ingin mencari pengalaman baru dalam memimpin dan memegang tanggungjawab... Apa yang penting ialah laksanakan semua tanggungjawab yang diberi dengan sebaiknya dan jujur...

That's all kawan-kawan... Terima kasih =)

Friday 7 September 2012

Appreciate

Hallo guys, how are you? Huhu, harap semua sihat lah ye... Today I'm gonna talk about appreciate... Haish, gelenya pulok nak speaking sekarang kan... Al-maklumlah, orang asyik nk cakap dengan aku guna panggilan I & U bagai lah... Hahaha, ada ke? Haha, perasan... Ada lah jugak sebenarnya, mula2 rasa macam kekok tapi lama2 biasa lah kan... Dah lari dari topik sebenarnya tuh, actuallly saya nak cerita pasal appreciate ataupun lebih senang kita cakap menghargai lah... Menghargai apa ye agaknya? Apa2 saja anda boleh hargai tak kira lah apa2 kan... Apa yang penting, hargainya dengan ikhlas tau...

Al-kisah sebenar tentang tajuk hari ini ialah menghargai sesuatu yang diberi... Apa sahaja yang diberikan oleh seseorang kepada saya, pasti saya akan hargai tak kira lah kalau barang itu murah ke, mahal ke, cantik ke, tak cantik ke, besar ke, kecik ke, yang penting pemberinya ikhlas memberi kan... Huhu, so itulah... Saya ni seorang yang menghargai pemberian orang...

Nak dijadikan cerita, this year saya dapat hadiah birthday jugak okay... Walaupun tak banyak, tapi itu sudah cukup... Wish daripada rakan2 pun sudah cukup membuatkan hari lahir saya meriah dengan senyuman yang terukir di bibir ini... Terima kasih bebanyak atas ucapan anda semua, tak kira lah melalui message ataupun facebook... Dan sesiapa yang wish lambat tu tidak mengapa, saya tak makan hati pun, hati ayam je saya makan... As long as anda wish, saya dah cukup gembira dan hargai sangat2...

Dan yang paling penting, terima kasih bebanyak kasih ingin saya creditkan untuk NUR HAZIQAH BT MOHD IQBAL ALI & INTAN BAIZURA BT MARBAIE kerana surprise yang anda berikan kepada saya sebentar tadi... Walaupun drama agak tidak menjadi namun lakonan itu tetap menjadi... Haish, pandai nak kenakan aku ye korang nih... By the way, thanks a lot dear Ieqa & Intan for the beautiful and nice present from both of you, I really love it... Hee... I love both of You too... Weeee

cantik sangat balutannya, tak sampai hati nak bukak... haha

hah ini lah hadiahnya, cantik dan comel dan cute kan... merah pulak tu... huhu

Oh one more think, saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Cik Izyan kita kerana bagi saya hadiah hari tu... Such a nice bracelet u gave me my dear, I also like it... Hee, thank u so much Izyan for the present... Sayang anda wahai kawan...

a nice bracelet from Izyan...

Once again, thanks a lot to all my dear friends and my dear Ieqa, Intan & Izyan for the present... Aina really2 APPRECIATE it okay... So kawan2, please do appreciate what people gives you and for those who want to give something to the others, please give it sincerely okay... What goes around comes around... You give others then they will give you back one day... Hee... Love you all so much dear.... Muahx... =) Sayonara, see you later...

Monday 3 September 2012

Bahagianya Rasa

Hati ini gembira dan seronok yang teramat sangat tatkala diri dapat menjejakkan kaki ke rumah tercinta di Ampang Khamis lepas... Walaupun terpaksa menempuh pelbagai onak dan duri (ecewahhh, propa pulak ko aina) dalam usaha untuk sampai ke rumah, saya tetap sabar... Fuhhh, seperti biasa masa yang diambil untuk sampai ke KL dari Melaka hanyalah 1 jam bagi aku, tetapi apabila kereta gua da masuk jalan KL, MRR2 pulak, memang sangkut lah kan derr... Haih, apalah nasib, duduk terperuk lagi dalam kereta cantik gua (opppss, ayah saya punya) tapi kali ni bertemankan rakan saya Wana and Sascha... Terima kasih lah sebab menemani saya hari tu kan... Huhu, takde lah aku kematu sangat terperuk dalam kereta tu kan...

Nak dijadikan cerita, saya bahagia sangat dapat pulang ke rumah tempoh hari... Manakan tidaknya, hari Jumaat tu dah penuh jemputan rumah terbuka dan kenduri kahwin, sampai lah hari Ahad tau... Orang tu tak jemput saya, tapi jemput parents saya lah kan, so saya pun dengan hati yang terbuka ikut lah sekali kan, dah parents pun willing nak bawa kami 3 beradik sekali menghabiskan makanan2 kat open house orang... Hikhik... Banyak kot open house last week, dari tengah hari sampai ke malam kami makan kat rumah orang je, dapur kat rumah tu elok je tersebik kat situ tak bersentuh... Takpelah sebab dapur tu bukan macam enjin kereta yang kena panaskan selalu kan... Hahaha... Okey merepek dah kat situ, heee...

Bahagianya rasa secara konklusinya saya bahagia sebab dapat makan banyak dan pelbagai jenis makanan di setiap rumah yang berbeza... Dan kerana itu sekarang saya rasa badan saya dah macam berisi sikit, dah mula rasa takut kalau gemuk kan, haishhh, seram... Target boleh gemuk bila dah kahwin nanti, bahaya lah kalau gemuk sekarang kan... Hahaha... Okey2, tu je lah actually yang buat saya bahagia sangat2 nih... Nak cerita lebih2 nanti ada orang salah faham pulak... Padahal dalam hati nak cerita yang hati ini bahagia... Cehh tetiba je pulak kan...

Oh ye, lagi satu... Saya rasa seronok pula dapat beracing semalam okay... Unbelieveable, saya tekan minyak bukan main lagi... Nak bagi tau berapa meternya tak perlu lah kot, rahsia, hanya orang tertentu je tahu, ekekek... Sumpah tak nak race dah lepas ni sebab dah kena marah dengan mama sebab main lumba2 kat highway, bawak kereta laju2 kan... Hah tu lah padahnya, menyesal tetiba... Insaf lah jugak akhirnya kena lecture dengan mama tercinta saya... Hee, sorry mama, kakak tak buat dah lepas ni... Huhu... Dear awak, jangan main race dengan saya lagi tau, takut sebenarnya semalam tapi macam seronok je, tu yang redah je... Hahaha... =)

Okeyh, cukup sampai di sini sahaja kisah kita... Jumpa lagi di lain lembaran... Pesanan ikhlas dari hati saya untuk anda semua hari ini... Selagi anda mampu tersenyum dan bahagia, hargailah kebahagiaan itu kerana tak semua orang mampu hidup bahagia dan gembira... Terima kasih awak kerana membuat saya tersenyum dan gembira dengan keletah awak... Hee...  Salam kasih dan sayang dari saya, Nurul Aina Nabilah =)

* HIDUP INI PERLU SENTIASA CERIA AGAR DIRI INI BAHAGIA*