WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Tuesday 11 September 2012

Tanggungjawab

Tanggungjawab atau responsibility adalah satu perkataan yang amat menakutkan kalau didengar sebenarnya... Mungkin tidak bagi sesetengah orang, tapi bagi saya, YA... Tanggungjawab itu sesuatu amanah yang diberikan kepada kita dengan harapan agar sesuatu itu dapat dilaksanakan dan mencapai tujuan... Tanggungjawab mempunyai pelbagai cabang, sama ada terhadap diri sendiri, Tuhan, ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan sebagainya... Seperti yang sedia maklum, tanggungjawab terhadap diri sendiri, Tuhan, ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan adalah tanggungjawab yang menjadi rutin harian kita setiap hari... Kita tak pernah lari dari tanggungjawab yang biasa ini kan...

Namun apa yang ingin saya luahkan di sini ialah berkaitan tanggungjawab terhadap tugas ataupun jawatan yang dipegang... Seseorang yang diberikan tanggungjawab atau menginginkan tanggungjawab itu seharusnya melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dan ikhlas... Ini kerana tanggungjawab bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan permainan... Setiap orang yang memegang tanggungjawab telah diberikan amanah secara tidak langsung dan harus memastikan tugasnya sempurna...

Tanggungjawab ini bukannya sesuatu yang mudah kerana sekali kita memegang tanggungjawab kita harus melaksanakannya tanpa rungutan... Apa yang ingin saya katakan di sini bahawa sesiapa yang ingin sangat memegang tanggungjawab dan diber tanggungjawab secara rela, laksanakan tugas dan amanah anda dengan jujur dan bersungguh-sungguh... Kalau rasa tak mahu diri susah, pening, tension, malas nak fikir banyak dengan alasan banyak kerja lain nak dibuat lah, sibuk lah, TAK PERLU menjerumuskan diri anda dalam memikul tanggungjawab yang anda tak mampu nak pegang... Kalau urusan dan tanggungjawab terhadap diri sendiri pun tidak terurus, masakan boleh menguruskan perkara lain...

Aku sangat takut jika diberikan tanggungjawab untuk menjadi atau melaksanakan sesuatu... Aku pernah merasa memegang tanggungjawab dan amanah... Pada mulanya ya memang susah dan terasa diri ini tidak mampu untuk melaksanakannya namun aku tabah dan terus berusaha dan berdoa agar Tuhan membantu dan memberikanku kekuatan dalam melaksanakan tugas aku... Alhamdulillah aku berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab aku, walaupun aku tidak tahu bagaimana orang lain menilai keupayaan aku, namun aku tahu Tuhan mampu menilai aku...Dan sejak dari itu, aku lebih berhati-hati dan berfikir lebih dalam jika ingin memegang sesuatu tanggungjawab kerana aku bimbang jika tanggungjawab itu terabai... Biarlah aku menjadi orang biasa seketika dan belajar dari luar cara memegang tanggungjawab sebelum aku sendiri yang memegangnya...

Conclusionnya di sini, kalau dah pegang tanggungjawab, laksanakannya sebaik mungkin... Tanggungjawab itu boleh ditolak jika merasa diri tidak mampu, namun ianya boleh diterima juga sekiranya ingin mencari pengalaman baru dalam memimpin dan memegang tanggungjawab... Apa yang penting ialah laksanakan semua tanggungjawab yang diberi dengan sebaiknya dan jujur...

That's all kawan-kawan... Terima kasih =)

No comments:

Post a Comment