WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Thursday 31 March 2011

Mahu Ingin Bercinta???

mudah andai ku ada
sepasang gaun putih
membawaku bertemesya
bersama si dia

malu itu semua
hanya membuatkan aku
terus ke awan
bersama si dia

apa mungkin kan terjadi
aku akan berkasih dengannya
mungkin tidak kan terjadi
mimpiku ini seandainya kau miliku

benar cintaku indah
seolah-olah matahari
tersenyum manja
ku suka padanya

apa mungkin kan terjadi
aku dan dia kan menjadi kekasih
mahu saja ku selami hatimu itu
seandainya kau milikku

c/o
merah pipiku bila kau di depan mata
ku terpaku terdiam
kau merenung saja
siapa yang ingin mulakan dahulu
kita mula bertanyakan khabar
bermesra kian lama hati mula terasa
cinta mula berputik
oooo
ingin diriku dicintai
merah pipiku kernanya

apa mungkin kan terjadi
aku dan dia kan menjadi kekasih
mahu saja ku selami hatimu itu
seandainya kau milikku

ulang c/o 2x

ooo
ingin diriku dicintai
ooo
ingin diriku dicintai
ooo
merah pipiku kernanya


a GOOD day, not so BAD....

full of smile, aku jmpe ramai kwn2 aku mse skolah rendah waktu kitorg sme2 nk g test jpj on 30 March... really happy can meet them... laugh together again and have fun and especially, sharing information before going to be tested.. huhu... finally, most of us pass the test... and the most important thing s, i pass the test and now, i'm just waiting for my P license and stick the P sticker on one of my parents car... huhu... love it... =) frens... i really miss u all guys, even kita x jmp about 5 years rite?? i still remember u all... and all the sweet memories that we had together will always be keep in my heart forever... muah!! =)

girls, miss u all so much... frens forever... =)

Thursday 24 March 2011

Terungkainya Jawapan Yang Tersirat

Hari ni keputusan SPM 2010 diumumkan... Alhamdulillah, keputusan aku agak memuaskan... 7A, 2B, 1C... Percaya atau x, aku sangat menghargai jasa ayah dan mama aku. Mama sanggup mintak cuti drpd pihak skola semate-mate nk amik result aku, walhal result skola mama pun kluar jugak... Ayah aku pulak hari ni ada meeting, 30 agenda lg tu, bnyk tau, tp dia snggup hbskan cpt2 supaya aku x lmbt dtg amik result... Mama, ayah, thanx sebab berkorban mse dan tenaga... Walaupun keputusan aku hanyalah sebegitu, namun aku tahu mama dan ayah aku tetap bangga dengan kejayaan aku, kerana hanya itu yang mampu aku lakukan... Dan tidak lupa kepada rakan seangkatan MRSM Serting, tahniah kerana kejayaan menjadi milik kita bersama dengan terlaksananya janji kita kepada guru2 untuk menjadi top 15 dalam kalangan MRSM... Tahniah atas usaha semua, kita berada di ranking ke- 10 seluruh MRSM.... Kejayaan ini pastinya terpahat di dalam hati semua pelajar dan guru2 yang banyak berjasa... Aku sangat bangga dengan batch aku walaupun ramai kata batch kita ni pelik kan kawan2... haha... Biar pelik, asal berjaya...

Tuesday 22 March 2011

Menanti Sebuah Jawapan

Debaran kian memuncak!!!
Jantung berdegup semakin kencang,
Sedangkan detik jam masih kedengaran,
Menanti masa sebuah jawapan,
Yang diisi kemas di dalam sehelai kertas iaitu slip....
Slip itulah yang akan menentukan,
Tawa atau duka yang bakal terukir pada wajah,
Kejayaan atau kegagalan yang bakal dikecapi,
Ketabahan atau kesengsaraan yang bakal dilalui kelak,
Ketika kita masih mentah dalam mengharungi,
Dunia yang penuh pancaroba ini...

Biarpun degupan jantung ini seakan tidak mahu berhenti,
Ingatlah wahai rakan,
Ucapkanlah ayat- ayat suci Al-Quran,
Kerana dengan itu,
Mungkin segala kegelisahan dan debaran,
Dapat dilegakan...

InsyaAllah, kejayaan bakal menjadi milik kita semua bersama,
Andai diizinkan oleh Allah,
Kerana usaha telah dilakukan,
Doa, tawakal dan istiqamah telah mengiringi,
Dan kini,
Hanya takdir Allah yang bakal menentukan segalanya...

Teruskan berdoa dan bertawakal agar kejayaan berada dalam genggaman...
InsyaAllah...
Amin...
Tujulah jalan yang akan membawa kita ke gerbang kejayaan...

Monday 21 March 2011

Hatiku Gembira...

Lame rasenye x post kat blog aku ni... Sepanjang aku 'menghilang', pelbagai perkara yang boleh dikatakan menarik berlaku... Ape yang menarik sangat la ek.. mungkin korang rase x menarik, tapi bagi aku, menarik la jugak dan yang paling important.... memuaskan hati... betul x?? hmm...
Perkara yang boleh dikatakan menarik menurut aku :
1. Bercuti bersama keluarga di Cherating.
- mandi kolam
- mandi pantai
- main layang2
- makan malam di tepi pantai
- kutip cengkerang yang lawa2
- jalan malam2 kat taman
- main pasir pantai dengan adik2
2. Berkenalan dengan seseorang melalui facebook
- mule2 knal, hanya chat
- start cuti, mule msg sbb x dpt nk chat
- after cuti, masih lg msg dan juga chat
- 1st time gelaran yg diguna ialah awak saye
- thanx to the person sbb sudi kwn dgn saye
3. Main badminton dengan adik2
- sampai sakit tangan asyik smash ( main dengan adik laki )
- serabut sbb kereta asyik lalu-lalang
- dpt keluarkan peluh
4. Berkenalan dengan 2 org lagi kwn melalui facebook
- 1st person :
* chat dgn dia, rupenya kwn org yg aku knal kat list no 2.
* slalu menyakat aku dgn kwn dia tu
- 2nd person :
* chat dgn dia jugak, tapi x knal dia langsung
* tiada pengenalan diri yg dikenalpasti
* dia rahsiakan identiti dia
5. Hari ni blaja bwk kete lg kat Cheras plak
- masuk je kete lpe ape nk wat ( lpe pkai seatbelt, lpe yg aku kat jln berbukit )
- bwk laju2 melalui jln Hulu Langat
- blaja naik bukit, parking, 3 penjuru
- lpe nk angkat handbrek ble nk keluar parking ( patutla x gerak2 )
- hampir2 langgar kete depan ( berderau jantung abg yg ajar aku tu sbb aku brek mengejut )

Itu saje rasenye yang dpt aku ingt dan kongsikan setakat ini...
anggaplah hidup anda indah sepertimana indahnya suasana gambar ini walaupun hakikatnya tidaklah seindah ynag disangka....

Sunday 6 March 2011

Tentang Aku...

Salam sayang buat sesiapa sahaja yang membaca. Pasti ramai tertanya-tanya kenapa orang panggil aku ikan. Kenapa ye? Aku ada detail nya. Bukan hanya ikan nama gelaran yang diberi. Banyak lagi gelaran yang rakan-rakan aku beri kepadaku semenjak aku menginjakkan kaki ke sekolah menengah. Begini mulanya....
Ketika aku form 1 sampai form 3, aku bersekolah di MRSM Gerik, Perak. Tempat yang sungguh jauh daripada tempat tinggalku. Semasa bersekolah di sana, aku digelar tiang oleh rakan-rakan. Mesti ramai tertanya-tanya kenapa kan, termasuklah aku si empunya badan. Akhirnya salah seorang rakanku menceritakan bagaimana gelaran itu timbul dan melekat kepadaku. Nak tau kenapa? Sebab, apa sahaja yang aku pakai pada diriku, aku nampak slim saja. Hahaha... Merepek je kan. Kadang- kadang diorang ejek nama bapa aku. Tak suka kan bile orang ejek nama bapa sendiri. Tapi aku hanya menganggap itu semua hanya gurauan ringan demi menambat hati rakan-rakan untuk memastikan hubungan persahabatan lebih berseri dan membawa seribu satu makna yang bisa dikenang sampai bila-bila. Ada juga yang gelar aku dengan nama pakwe aku dulu. Siapa nama si dia, tidak perlu ditulis di sini. Haha, sudah menjadi norma kehidupan, aku tidak mengambil hati dengan apa yang rakan-rakanku gelar diriku ini. Asalkan gurauan itu tidak melampaui batas. Aku menamatkan pengajian di situ semasa form 3 kerana di situ hanya menempatkan pelajar daripada form 1 hingga form 3 sahaja. Terpaksa aku melangkah kaki meneruskan pengajian ketempat baru walaupun berat rasanya hati ingin meningglkan tempat manis itu yang memberi aku pelbagai kenangan.
Aku terus melangkah kaki ke MRSM Serting, Negeri Sembilan kerana itulah pilihanku dan keluarga. 2 tahun hidup di situ memberi aku beberapa gelaran unik daripada rakan-rakan. Gelaran ikan. Gelaran ini memberi kenangan manis kepadaku yang tidak mungkin aku lupa titik tolak mulanya gelaran itu. Ceritanya begini, ketika itu aku dan rakan sekelasku sedang belajar subjek biologi di makmal bersama guru kami, Pn. Haslin. Pada hari itu kami belajar tajuk respiration, iaitu sistem pernafasan haiwan. Cikgu menyuruh kami semua menunjukkan cara ikan bernafas. Kami pun melakukan apa yang disuruh. Tiba-tiba tangan cikgu menunjuk ke arahku dan berkata bahawa cara yang aku buat itu betul dan lebih kurang sama dengan cara ikan bernafas. Ha, mulai saat itulah rakan-rakanku menggelarku ikan. Pada mulanya gelaran itu hanya digunakan oleh rakan sekelasku, namun kerana angin yang menyebarkan khabar itu, ramai yang menggelarku dengan nam itu sehingga kini. Gelaran yang seterusnya pula bermula apabila aku menunjukkan bakat aku dalam olahraga peringkat maktab dan menjadi olahragawati selama 2 tahun aku di situ. Gelaran yang dimaksudkan ialah cheetah. Haha. Timbulnya gelaran ini kerana rakan-rakan seusiaku melihat larianku yang boleh dikatakan pantas dalam kalangan kategoriku waktu itu. Disebabkan gelaran itu juga, kadang-kadang rakan lelaki bergurau mahu berlumba denganku di padang. Mana mungkin aku mengalahkan para lelaki yang mungkin lagi kuat tenaganya daripada diriku ini. Namun jangan ingat aku ni takut pada lelaki atau mudah mengalah. Oklah, sampai di sini sahaj tentang aku. Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan melalui komen ye...
Salam!!!
=)

Saturday 5 March 2011

Tanda Tanya????

hmm... melalui facebook, ade sorg budak ni add aku. spe nme dia itu rahsia la... based on his profile, dia ni bru form 3... aku terasa pelik kerana dia ingin berkenalan dgn aku... haha, kenapa aku nak rase pelik ek??? mungkin sebab aku tak pernah alami situasi seperti itu kowt.. hmm... bukan senang nak mengenali orang yang sememangnya kita tak pernah kenal... tapi insyaallah hubungan persahabatan itu akan ok... to that guy, thanx for trying to know me... adik da buat akak rase lebih yakin untuk mengenali lebih ramai orang yang akak tak kenal dan baru nak kenal, lagipun aku baru je tamat sekolah dan baru menjinakkan diri dengan dunia luar sekolah... haha... but, ingin aku pesan kepada semua agar sentiasa berwaspada sebab ada yang nak berkenalan kerana nak ambil kesempatan atau saja mempermainkan kita... beware ya..

HELLO!!!

Jam dah pukul 3 pagi??? kenapa mate aku tak mau lelap lagi ni??? 1st time aku rse sesegar ni walaupun dah pukul 3 pagi... great, definitely great!!! huhu... bru je wat blog, just new with it... bukan kuno, tapi... haha... malulah nak cakap.. nanti la citer ye..tak tau nak tulis pe lagi... let me sleep, fikir dlu, esok baru aku tulis... daa... =)