WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Saturday 30 April 2011

Misteri Sebulan

Selama sebulan aku tak menulis dalam blog ni. Walaupun aku tak aktif sangat dalam penulisan blog, tapi aku ingin mencuba juga. Manalah tahu blog ini dpt berkongsi suka dan duka. Bercerita mengenai 'kehilangan' aku selama sebulan, tidak ada banyak yang berlaku sebenarnya. Hanya ringkasan sajalah yang dapat aku tulis agar tak meleret-leret ceritanya. Haha..

1st : Aku berusaha menghabiskan puasa ganti untuk tahun lepas. Huh, tiap2 minggu aku pulun nak bagi habis ganti puasa cepat2. Nanti dah tak payah nak tahan lapar lagi. Haha. Alhamdulillah, akhirnya habis jugak puasa ganti aku pada 28 April. Huhu.


2nd : Alhamdulillah aku mendapat tawaran daripada UNIKL untuk program Foundation in Science and Technology - Engineering yang ditempatkan di Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah pada 15 Mei nanti. Tapi apakan daya, atas nasihat dan pandangan ibu bapa dan rakan2, ramai yang mengatakan bahawa itu merupakan program di bawah kelolaan universiti swasta dan semestinya mahal bayarannya. Oleh itu, aku memutuskan untuk tidak menerima tawaran itu. 



3rd : Awal April yang lalu aku dan keluargaku menyambut Hari Keluarga di Cherating dan di FRIM. Sangat menyeronokkan walaupun sedikit memenatkan. Tapi apa yang penting ialah kepuasan bersantai bersama keluarga tersayang. Banyak jugak hadiah yang kami sekeluarga dapat semasa sambutan tersebut dilaksanakan.



4th : Penghujung April ni, alhamdulillah aku mendapat tawaran menyambung pengajian ke Kolej Matrikulasi Perlis dalam kursus Perakaunan, kursus yang sememangnya menjadi pilihan aku dari awal lagi. Tetapi aku tidak mahu terlalu terburu-buru, aku mahu menunggu dahulu keputusan permohonan melalui UPU. Mungkin ada lagi tawaran yang lebih baik bakal menjengah.



5th : Masih berusaha untuk belajar memasak dan membiasakan diri dengan suasana di dapur. Harap2 aku dapat belajar memasak dengan baik dan cepat, kerana itu salah satu harapan mama dan ayah aku sejak awal tahun lagi. Daripada duduk saja menunggu nak masuk U, baik belajar memasak, at least boleh masak sikit2 pun dah kira ok kan.Huhu.







Sampai sini saja perkongsian cerita 'kehilangan' aku selama sebulan. Huhu. Harap hari2 yang akan datang akan memberi lebih banyak kegembiraan dalam hidup.