WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Wednesday 10 July 2013

Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi tahun ini. Syukur kerana aku masih lagi memberi peluang kepada laman ini agar sentiasa bernyawa di bawah jagaan aku. Apa khabar anda semua? Semoga anda sihat belaka. Selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia ini. Kuatkan iman, tabahkan hati dan sentiasa berdoa agar diberkati dan dirahmati oleh-Nya. Semoga bulan ramadhan ini memberi peluang kepada kita untuk lebih dekat dengan-Nya. Syukur juga kerana hati ini mampu mencoret semula kisah hidup bersama. Apa yang penting, kehidupan ini memang dipenuhi pelbagai ujian dan cabaran dan haruslah kita sentiasa tabah dan sabar menghadapinya. Sebelum itu, ingin aku ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat bonda tercinta, Jamaliah Bt Ab. Aziz. Semoga hidup anda dirahmati dan diberkati. Semoga mama sentiasa tabah dan sabar menghadapi hidup dan ingatlah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Keluarga sentiasa ada bersama jika mama memerlukan sokongan kami. Sekian. Semoga anda juga menjalani hari-hari anda dengan gembira. Alhamdulillah. Selamat berbuka di awal Ramadhan ini.

Alhamdulillah hati ini semakin tenang, setenang lautan ini :)

Wednesday 13 February 2013

SHORT NOTE

Hai, apa khabar? Lama rasanya tak bukak laman sesawang ni kan... Rindu pulak rasanya nak meluahkan isi hati kat sini... Namun apakan daya, tiada lagi rahsia hati yang mampu ku luah kerana semuanya lebih tenang jika tersemat rapi dalam hati... Mungkin sukar untuk aku mencoret kembali suka duka hidup yang telah lama aku biarkan, yang aku pendam selama ini... Syukur alhamdulillah, aku masih punyai kekuatan dan ketabahan hati dalam menempuh hari-hariku sebagai khalifah-Nya di bumi ini... Aku hanya berdoa dan berharap agar hari-hari yang mendatang jauh lebih baik dari masa lampauku... Setiap manusia mampu untuk berubah, hanya masa yang menentukan segalanya... Benarlah kata orang, takdir dan ketentuan itu kuasa Tuhan, kita hanya mampu mengatur dan berusaha untuk memperoleh yang terbaik dari-Nya... Cukuplah setakat ini coretan hatiku, insyaAllah suatu masa nanti pabila hati ini bersedia dan rela, aku akan menceritakan serta berkongsi pahit manis kehidupan bersama semua semula... Setakat ini, tiada apa yang mampu ku kongsi bersama semua... Hidup ini indah, tiada yang indah melainkan bersama-Nya... Semoga hidup anda ceria selalu =)

-tiada insan suci yang tiada masa lampau, tiada insan berdosa yang tiada masa depan-