WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Wednesday 28 December 2011

Busy + Netball + Mid Sem Break

Hai hai hai... Apa khabar semuanya, terasa lama sudah blog ini tidak diselenggara... Cewahh, selenggara lah sangat kan, haha... Dah lama tak update lah jawabnya ye... Lama tidak meng'update' blog ni, of course lah banyak cerita yang tersimpan kan... Cerita pertama ialah BUSY... Busy yang dimaksudkan ialah pada minggu sebelum mid sem break... Banyak yang amat kerja dan assignment yang perlu dibuat dan dihantar tahu... Fuhh, tu yang tak menyempat nak update blog tu... Banyak sangat kerja nak difikirkan... Boleh dikatakan semua subjek lah ada kerja... Hoho, alhamdulillah la dapat juga aku siapkan semua kerja2 tu... Cerita kedua ialah NETBALL... Netball yang dimaksudkan ialah saya menyertai Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Menteri Melaka di Stadium Hang Tuah, Melaka dari 23 December - 25 December... Kami pasukan UiTM Melaka bertungkus lumus berlawan sehabis baik dan alhamdulillah pingat gangsa menjadi habuan kami... Apa yang menarik nya kejohanan ini ialah ianya berlangsung 60 jam tanpa henti, means dari pagi sampai ke pagi semula tau... Kami ni pun dapat tido pukul 3 pagi lepas habis game... Tido lah jugak at least kan... Biar orang laen pulak maen kan tengah2 padang tu... Hoho, seronok dan banyak pengalaman yang telah aku pelajari daripada cara permainan yang ditunjukkan pasukan hebat yang laen serta senior2 aku dalam team sendiri ni... Cerita ketiga ialah MID SEM BREAK... Mid sem break yang dimaksudkan ialah cuti mid sem lah kan... Al-kisahnya sebenarnya mid sem start pada 23 December 2011... Tetapi apakan daya aku terpaksa balek umah pada hari ahad, 25 December 2011 sebab ada netball tu lah... Fuhh, habis je game dan penyampaian hadiah, aku terus bersiap balek ke rumah bersama kawan aku, Ain... Jam tu jalan nak keluar dari Melaka... Last2, aku ikut jalan ke Simpang Ampat dan at least bergerak lah jugak kan... Alhamdulillah la kami sampai dalam pukul 10.30 malam di Kuala Lumpur... Yeah, berjaya jugak mengharungi jalan raya di malam hari.... =)
Okey, ni ade sedikit gambar yang boleh dikongsikan...

tgh2 pagi ni, kami masih aktif gembira...

kami yang bahagia di pagi hari...

UiTM Melaka + Kedah + Kota Melaka

Before the last game for that day...

snap gambar dulu before main... hohoo

ni hari 1st kat sane... penat baru lepas game...

ni masa malam sabtu...

berakhir sudah 60 hours netball...

Sunday 18 December 2011

Event Yesterday...

Hai apa khabar anda semua? Harap semua nya sihat sentiasa ye... Wah wah wah, tajuk nye macam menarik je kan... Tapi apa isi cerita nya... Hurm, lets begin with morning event... Pagi-pagi seawal 7.30 pagi aku bangun untuk menghadiri aktiviti kolej Tun Putih iaitu 'Run White Ladies Run'... Apa kejadahnya event tu? Itu sebenarnya larian kampus antara ahli kolej Tun Putih sahaja... Ahaha, al-maklumlah minggu ni minggu 'Week For Love & Fun' kot namanya, aku pun x tahu lah...Kami semua pun dilepaskan untuk larian pada pukul 9 pagi kalau tak silap lah... Lari punya lari, kutip sticker setiap checkpoint sampai lah kami kembali ke kolej semula... Fuhh, jauh tahu, bukit pulak banyak, tinggi-tinggi pulak tuh.... Alhamdulillah berjaya juga aku habiskan larian kampus itu tanpa pengsan... Ahah... Selesai aktiviti larian, kami semua pun berehatlah kan, tidur dan sebagainya lah...

lari beramai-ramai...

tidur jap kepenatan...

Tibalah detik jam menunjukkan pukul 2 petang, aku pun bangun untuk aktiviti kolej yang seterusnya iaitu rewang untuk BBQ... Tugasan dibahagikan mengikut level, so level aku yang start dulu dari pukul 2 smpai 4 petang... Kerja kami hanya mengupas, menghiris, mengetuk dan meng apa sajalah bawang besar, bawang putih, halia dan sebagainya sahaja... Hoho...



Dalam pukul 3 petang, aku pun mengundurkan diri lebih awal daripada rewang itu untuk keluar dengan family aku... Huhu... Kami sekeluarga iaitu ayah, mama, aku, adik perempuan aku yang 2 orang tu ingin ke bandar Melaka... Nak pergi Dataran Pahlawan, tapi punya lah sesat sampai dah nak pkul 5.30 baru sampai sana... Punya lah sesak jalan kat situ wooo... Dan at last kami dapat parking kat Hatten Square, then cross saja ke Dataran Pahlawan ikut link bridge nye... Hoho... Disamping berjalan, of course lah kami bershopping... Huhuhu, shopping punye shopping sampai pkul 9 malam baru lah bergerak pulang ke kampus... Tapi sebelum tu kami makan dulu di restoran apa entah namanya kat tepi jalan dekat dengan balai bomba Alor Gajah ni... Huhu... Seronok dan gembira dapat keluar dengan family hari ni... WEEEE... =)

ini adik saya yang comel... =)

adik2 yang konon nye macam model...

mereka yang menggembirakan hari saya... muahh

Okay, that's all cerita pasal semalam... Cerita untuk hari ni aku update esok okay sebab malam ni still ade event lorh... Huhu, Tata... =)

Wednesday 14 December 2011

Lirik Lagu Ombak Rindu

Bagi aku, lagu ni menyentuh perasaan dan jika dihayati, memang sangat menyentuh jiwa, perasaan, kalbu dan sebagainya lah... Hahaha, hayati je lah lirik ni ye sebab aku saja je tak letak lagu nya, nak uji korang menghayati lrik ke tidak... Cuba nyanyi sendiri sambil menghayati tanpa iringan muzik, mesti best... Selamat mencuba... =)

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat kamu kala dukaku
Namun hanya kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta aku

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku


Tuesday 13 December 2011

Air Mata Semalam

Hai semua... Cerita kali ni mungkin sedih bagi aku... Tak tahu pulak lah anda semua kan... Hari ni aku melangkahkan kaki menuju kelas CTU 151... Lantas disapa rakan-rakan, 'Aina, kenapa muka kau nampak lain hari ni', 'Aina, kenapa mata kau macam semacam je, sembap eh, tidur lambat ke semalam, ke sakit mata? Hah, itulah antara persoalan yang terpacul dari mulut mereka setelah melihat kelibat aku di dalam kelas... Aku hanya mampu menjawab dengan tenang, 'Ye, aku tidur lambat lah semalam, tak ingat pukul berapa'... Spontan je cakap padahal dalam hati hanya aku dan Tuhan je yang tahu... Mesti ada antara rakan-rakan aku ni fikir aku gaduh dengan pakwe ke, dengan sape-sape kan... Wahai rakan-rakan ku sekalian, cukuplah dengan imaginasi anda dan marilah Aina ceritakan kisah sebenarnya... Sebenarnya, aku menangis malam tadi apabila melihat gambar-gambar family kesayangan aku... Daripada gambar mama, ayah, adik-adik sehinggalah gambar satu keluarga, tiba-tiba air mata ni laju sahaja menuruni pipi... Hati menjadi sebak, tidak mampu berkata apa-apa namun di fikiran hanya mampu berkata rindunya aku pada mama, ayah dan adik-adik... Terasa lama sudah tidak pulang ke rumah, rindu nak bergelak ketawa bersama, berebut kek batik, makan banyak bersama dan menonton tv bersama... Saat itu air mata tak mampu lagi untuk ditahan lantas tangan mencapai handphone dan mendail mama... Risau hati ini bimbang jika mama sudah tidur kerana tatkala itu jam menunjukkan pukul 11 malam... Alhamdulillah mama masih belum tidur dan berkesempatan berbicara dengan aku seketika... Hati sayu berbicara dengan mama, air mata semakin laju membasahi pipi... Tidak ku sangka rindu itu semakin mendalam dan terasa ingin pulang terus ke rumah saat itu... Mendengar suara mama sudah cukup sebak, apa lagi jika mendengar suara mereka semua, ayah, adik-adik semua... Bukan kakak tidak mahu bercakap dengan semua, cuma kakak tak mampu nak tahan sebak di dada dan air mata yang laju membasahi pipi... Kakak rindu sangat dekat semua, tiba-tiba je air mata ni mengalir, ingatkan setitis, lama kelamaan bertitis air mata dikeluarkan... Mama, ayah, adik-adik, kakak rindu sangat kat semua... Syukur dapat mendengar suara mama saat itu, namun hati belum puas jika aku belum dapat memeluk mama, ayah dan adik-adik... Selesai bercakap dengan mama, aku persiapkan diri untuk tidur... Terbaring sahaja tubuh di katil, hati, fikiran dan seluruh jiwa raga masih jelas terbayang wajah ahli keluarga... Sungguh mendalam rindu yang aku hadapi semalam seolah-olah ujian yang diberi oleh Tuhan kepadaku... Air mata terus laju membasahi pipi dan juga bantal... Tidak ku hiraukan asal hati tenang menangisi kerinduan terhadap mereka... Aku terus menangis sehinggalah mataku terpejam dengan sendirinya sampailah keesokan hari iaitu hari ini... Begitulah kisahnya rakan-rakan... Kerinduan kepada mama, ayah, dan adik-adik terlalu bermakna buat aku... Dan kerana itu jugalah mata ini pada hari ini sembap, kerana mereka yang sentiasa berada di dalam hati dan ingatan aku... Maafkan Aina kerana berbohong kepada semua, bukan niat untuk berbohong tetapi tidak mampu untuk menceritakan yang sebenarnya kerana bimbang air mata ini mengalir lagi... Menceritakannya kepada Ieqa dengan menulis pun mengeluarkan setitis air mata, menulis cerita ini pun membuat air mata menitis jua, inikan bercerita terus kepada anda semua... Tidak mampu untuk Aina hadapi di hadapan ramai... Itu sahaja gabungan kisah semalam dan hari ini yang mampu dikongsi... Terima kasih kerana sudi membaca, assalamualaikum, selamat petang... =)

ini mama & ayah yang aku rindui...

adik-adik aku bajet model je semua

adik-adik aku yang pelbagai ragam

adik aku yang lelaki, syahmi...

adik aku yang ni namanya aina jugak...

ni adik aku yang aku panggil 'mok', aku je boleh tau...

mama & ayah again

inilah family aku yang aku rindu sangat...

air mata yang membasahi pipi aku semalam...

Saturday 10 December 2011

Pesta Pantai Melaka

Hai apa khabar senua??? Wah, macam skema pulak ayat nye kan... Tapi takpe as long as u all faham kan... Untuk pengetahuan anda semua, Pesta Pantai Melaka sedang rancak berlangsung di Tanjung Bidara, Melaka lah kan... Pelabagai acara, pertandingan dan aktiviti menarik disajikan kepada para pengunjung semua... Aku dan juga rakan-rakan sepasukan Netballer UiTM Melaka Kampus Alor Gajah ni pun terlibat dalam pertandingan... Pertandingan ape? Of course la bola jaring kan... Kami ade 3 team, A, B & C yang diletakkan dalam grouping yang sama... Funny right? Grr, mcm pelik je 3 team UiTM, 1 group dgn 2 lagi team lain... Huh, nak tak nak, terpaksa lah lawan sesama sendiri kan... Aku dan team, iaitu team B tunduk kepada team A dan memberi laluan kepada mereka untuk perlawanan seterusnya... Alhamdulillah, team A naib johan dan team C keempat... Tahniah anda semua, good job... Kami? Ape pun takde... Hahah... Ok lah tu UiTM bolot 2 hadiah, cukup lah tu kan... Hikhik... Okey fine, penat sgt2 maen kat pantai ni, berat, terjatuh and pasir masuk mata pun ada tau... Fuhh, sabar je lah... Kuatkan semangat... Nasib baik aku main mase tgh redup lagi, takde lah panas sgt... Syukur lah tak hitam or burn sgt hari ni... Sikit tu jd lah kan... Ape pun, maen netball pantai memberi pengalaman dan pengajaran yang berharga...Ahaha... Ok lah, nk share gmbr tp sumenye kat dalam kamera kak ola... Macam biasa lah kalau bab2 gmbr netball ni msti lah dlm kamera kak ola kan... Heee... Tata, assalamualaikum... =)

ini team A... =)
ini team B... =)
ini team C... =)
ni medal team A, sje je curi jap nk amek gmbr pun jadi lah kan... =)

Friday 9 December 2011

Ketakutan!!!!

Okey, hai semua.. Cerita hari ni sangat gempar bagi aku, mungkin korang rase biasa kot... Takpe, ceritanya di sini... Aku dan jaja nak keluar makan malam di masjid tanah... Sebaik sahaja melepasi lampu isyarat depan UiTM, terus membelok ke kiri dan jalan straight dan ketika itu sepasang mata aku ni nampak LIPAS besar dekat dashboard depan stereng kereta yang aku bawa lah... Memang berdebar lah jantung aku ni nak bawak kereta hadap lipas depan mata tu kan... Aku ni hanya mampu jerit sekuat hati sampai jaja ingat aku nampak hantu but then aku cakap LIPAS! LIPAS! LIPAS kat depan tu, cepat buang, cepat buang... Grrr, naseb baik aku masih dapat kawal stereng dengan baik walaupun hati sedang gelisah jikalau lipas tu terbang menghampiri aku... Serius takot gile dengan lepas, bukannya takot apa, geli laa, terbang2 pulak kan spesies lipas ni... Memang tak lah aku nak hadap lipas lama2... Haih, tak guna punnye lipas... Fuhh, takkan pernah aku lupa kejadian itu sebab 1st time dalam hidup aku... Bawak kereta, lipas depan mata, nasib baik tak apa-apa... Okey itu je yang aku nak cerita pengalaman bawak kereta tengok lipas... Sayonara, renung-renungkan dan selamat beramal... =)

lebih kurang macam ni lah lipas nya... Huh...

macam ni lah cuak nya muke aku tadi tau... Huh

Thursday 8 December 2011

Ceritera Semalam

Hai2... Hari ni merupakan hari yang baik bagi saya sebab saya berpuasa... Bila puasa je ke baik? Ahaha, renung-renungkan dan selamat beramal... Al-kisahnya kenapa sampai aku berpuasa hari ini bermula dari semalam. Kami sekumpulan BEST FREN ingin keluar makan di samping meraikan birthday seseorang... Kami yang dimaksudkan ialah saya, jaja, nadia, ieqa dan birthday girl, izyan... Cerita nya bermula di sini iaitu apabila kami merancang untuk makan di sebuah gerai yang baru dibuka katanya (kami tahu melalui edaran kertas promotion) yang menyediakan makanan baru dan boleh dikatakan menambat selera lah jugak kan walaupun belum tengok lagi rupa makanannya. Kami pun pergilah dengan gembiranya ke tempat yang dituju dan tersentap buat seketika... Disangka restoran makan rupanya 'gerai' sahaja, terkedu, tergamam dan kecewa lah kami semua (padahal dalam kereta ketawa terbahak-bahak sebab salah sangka apa yang ditulis dalam kertas promotion iaitu gerai) pada masa tersebut sebab memang tak sesuailah nak sambut birthday kat situ... Jadi perjalanan diteruskan ke Pengkalan Balak untuk makan malam kami... Pusing punye pusing tengok restoran kat situ akhirnya berhentilah di sebuah restoran bernama Restoran Bayu Selera... Memang berselera lah kan, harga pun 'boleh tahan' jugak... Haha... Tomyam + telur bungkus + ikan masak 3 rasa dan sweet & sour (ikan dibelah 2) + sotong goreng tepung + kailan ikan masin + air epal + otak2 (hidangan sampingan)... Sedap wooo, kenyang sangat2... Sampaikan aku dah tak boleh nak sumbat lagi dah tu, siap bukak butang seluar lagi tau (fuhh, malu nak citer tapi takpe, pengalaman yang tak dapat dilupakan)... Kenyang rase macam menusuk perut... Tak terkata kenyang nye... Diorang yang laen pun sama kenyang dan puas makan malan tu, tapi tak ade lah seteruk aku sampai sakit perut... Dalam kereta lagilah, memang tak boleh tahan sakit perut, kenyang sangat, bukak jugak butang seluar dan zip... ahah. sengal bin selenga lah... Alhamdulillah masih boleh bawak kereta lah kan masa tu... Sampai kat kolej je tak boleh nak berjalan dengan betul, berdiri pun susah... Haih, dah lame kot tak melantak macam tu, tu yang jadi pelik semacam perut aku malam tadi... Walau apa pun, itu kenangan manis bersama rakan-rakan tersayang... Thank you jaja, nadia, ieqa and izyan for the sweet moment last night... Love you all... =)

ade dua kamere fon, xtau nak pndang mane 1 tu yang mata jd cmtu...

lentokan kepala itu dicipta bagi melihat orang yang meng'usha' kekecohan kami... =)

perut kenyang itu saya sorokkan dgn bantuan ieqa... haha

with dear birthday girl, izyan... =)


Last but not least, just want to say HAPPY BIRTHDAY TO MY DEAR FATHER, ABD HAMID BIN HUSSAIN... May Allah bless you, semoga panjang umur dan happy selalu... Huhu, sebenarnya dah wish pagi tadi before aku pergi kelas tau... Hehe... Kakak sayang ayah... =)

Monday 5 December 2011

Pemberitahuan???

Assalamualaikum pembuka bicara, scroll ke bawah tandanya sambung membaca... Ahah, merepek bin merapu lah pantun ape tu... Sorry lah you guys yang bace blog aina or ade sape2 ke yang setia tengok blog tak seberapa saya nih sebab dah lama aina tak UPDATE... Bukan tak mahu update sayang2 sekalian, tetapi apakan daya cik aina ni sibuk a.k.a busy dengan semester 2 nih... Busy ape lah sangat kan (ayat yang berlegar-legar dalam fikiran korang semua yang membaca)... Eh2, busy tau you all, 2nd week dah banyak rasenye assignment kitorang dapat... Nasib baik assignment berkumpulan, so beban tu terasa ringan seringan berat badan aina, mungkin lah... Serius banyak assignment, dan paling terbaik ialah kebanyakan nye tu, adalah presentation tahu... I ni dah lah agak 'kuat' (makna berlawanan) bab-bab present in front of people ni... Haih, sabar je lah kan, mungkin ini dugaan dan cabaran this sem kot... Terima lah anda dengan hati yang terbuka agar sentiasa tenang kan kawan-kawan... Dalam usaha nak siapkan macam2 assignment tu, memang aina agak malas sikit nak update blog sebab nak kena menaip banyak2 nak cerita kat korang kan, tapi tak pelah, kalau pintu hati ni terbuka nak menaip untuk anda, insyaAllah ada lah post2 terbaru okey... Dah tak tahu nak tulis apa, nak cerita pun dah lapok cerita2 tu walaupun baru 2 minggu... Tapi ada 1 cerita hari ni, aina dengan nadia pergi makan kat e-point tengah hari tadi before kelas BEL260, makanan yang menyelerakan tekak kami tak keluar lagi, so kami tunggu lah sampai ada 1 lauk ni keluar, sayur rupenye... Haiya, amik je lah ape yang ada kat situ daripada terus menunggu kan... Then tiba2 datanglah si ikan keli masak sambal... Hoho, heaven lah you all, keli tu lah penyedap selera... Alhamdulillah kenyang... Next, terus pergi kelas and kami awal lah jugak termasuk lah nadhrah, syafinaz dan syahirah... Perkara yang mungkin menyakitkan hati classmate kitorang yang laen, kitorang kunci pintu kelas, tutup lampu and tahan pintu daripada diorang semua masuk... Ahaha, kelakar gila tunggu sampai ramai gila kat luar kelas and kitorang pun mengalah lah dengan mereka and let them come in... Sorry guys... Saje nak eratkan silaturrahim dengan korang semua, do not take it too serious okay dear friends... That's all for today, sayonara... =)



Wednesday 23 November 2011

Many Story To Tell

Hye guys... How are you? Mesti semuanya sihat belaka kan... HUHU... Lama jugak rasanya tak update blog nih... Maklumlah, bukan tak nak update, dah start busy pulak nih... Kenapa? Haa, here it come the story...

1. Semester 2 dah start and now i'm currently at UiTM Alor Gajah, Melaka to sambung my study lah kan... Alhamdulillah daftar, yuran and sebagainya dah settle dan sekarang hanyalah busy untuk memohon sticker kereta + bayaran segala duit buku subjek yang diperlukan... Hoho, it's ALL ABOUT MONEY MONEY MONEY...=)



2. Last Monday aku tgk bola sepak Sukan SEA 2011, final MALAYSIA vs INDONESIA and aku tahu mseti ramai yang tengok kan... Proud to be Malaysian, Harimau Muda menang dan berjaya mngekalkan pingat EMAS buat kali kedua selepas di LAOS 2 tahun lepas... Alhamdulillah... Yang paling best bagi aku ialah menonton siaran secara langsung perlawanan bola ini di kedai makan bersama rakyat jelata UiTM AG ni lah kan... Fuhh, nampak lah di situ semangat MALAYSIA BOLEH... Bagus2, semangat seperti itu yang perlu ada dalam diri remaja kini... Terima kasih kepada polis bantuan kerana faham kepulangan lewat kami rakyat UiTM pada malam tersebut kerana menonton perlawanan bola... Perlawanan yang mendebarkan sehingga ke sepakan penalti terakhir, good job Malaysia... =)



3. For your information or kalau nak tahu, jadual saya pada semester ini tersangatlah padat... Hoho, tiap2 pagi seawal 8.30 pagi pasti ade kelas... So wahai insan yang bernama AINA ni kenalah bangun awal pagi untuk bersiap ke kelas... Go girl, your class are waiting for you... Haha... Sabarlah ye, ada faedah nya kelas tiap2 pagi ni kan... =)



4. For now, dalam bilik aku just aku dan senior part 3 yang menetap di sini... InsyaAllah akan ada lagi kemasukan bagi mereka yang membuat rayuan... Harap2 siape yang masuk tu please lah yang bermanis muka ye kerana saya junior, takut pulok tgk muke akak2 garang nih... Kok ye pun Malaysia nih famous dgn harimau muda ke malaya ke tapi muka kita kenalah manis macam gula2 okey... =)



5. One more thing, setakat ni lecturer kami yang masuk kelas for this 1st week semuanya okey, nice, not so angry but tegas and we still can make jokes in class... Ahaha, such a nice class, thanx dear classmates who make our classes great and not bored... =)


That's all i think story yang terkumpul selama 4 hari sekembalinya ke Melaka... Alhamdulillah i could share and wrote the story for you eventhough it's not like a story in a novel... Sayonara, see u in the next chapter of incredible life... =)

Sunday 13 November 2011

Let The Smile Shine Your Happiness!!!

Hoho... Aku x tau lah tajuk entry kali ni betul ke salah, tapi tak pe lah, belajar lah writing kan... Haha, kalau sape2 yang bace and rase tajuk nye tu mcm salah dari segi susunan ayat or grammar please do inform me... Heheh... Ape yang ingin diceritakan di sini ialah semalam aku dan family telah menghadiri sebuah aktiviti di KLCC iaitu membeli kasut golf ayah ku yang tersayang... Dimaklumkan oleh mama kepada aku bahawa hari ini ayah nak main golf, maybe dgn member2 lah kot... That's why lah kami pun join sekaki pi cari kasut golf ayah sampai adik kecil molek kami nih sakit kaki, penat lah katakan berjalan... Hoho, and finally kasut ayah pun dah jumpa... Ape lagi, venue seterusnya ialah,  tempat MAKAN... Hoho, kami semua makan sizzling yee mee but my adik ni nak McD okay, so I beli lah kan guna duit ayah... Hahaha...  Adik mintak bubur and burger mc chicken... Mkn punya mkn bubur then smpai lah pulak sizzling yang pada awalnya mama tanya adik nk sizzling x, buat muka tuh xnk2... ok fine, then adik nmpak sizzling trus dia nk, ape lg... McD dia sume tuh aku lah yang lahap... Hahah, adik2... Naseb baik kamu adik kan... Grr... Finished eating, kami balek rumah la, but before that kitorang singgah maxvalu ampang, mama nk beli barang skit... While waiting, aku, adik aku aina and afifah serta our pembantu, kak ani let the smile in our faces shines... HEE... Take a look... Dalam kereta je kami mampu, xmampu lah nk background lawa2... Yang penting kami HAPPY...








That's all our smile for all of you... Senyumlah, dengan senyuman anda mampu ketawa dan dengan ketawa anda mampu untuk bahagia di samping mereka yang tersayang...
SENYUM - KETAWA - BAHAGIA  =)

Wednesday 9 November 2011

Konsert???

Hallo hallo hallo... How are u today guys? Hope that all of u in a pink of health... Wah3, dah macam mau tulis surat lah pulok... Hehe... Takpe2, hidup ini perlukan kepelbagaian supaya hidup jadi menarik dan ceria kan? Back to the story, talking about konsert, mesti banyak yang bermain dalam fikiran anda semua kan... Some of u may think about aku attend a concert of artist, an annual dinner of whatever society or i'm making a concert? Hoho... Sebelum lebih banyak andaian yang akan muncul, let me tell the story... Semalam, aku dan family menghadiri konsert my little sister Nazurah Afifah... It is called Smart Reader Kids Got Talent Competition 2011and guess what, it is a Grand Final... Hoho... So proud of u dear adik... Ngee... We came early at 4.30 p.m to watch our dear adik present her persembahan that is circus theme... Hoho, adik jadi TIGER lorh... Habis muka dia kena cat dgn buncho colour sampai susah mau senyum tau2... Kesian kamu wahai adik but u still my little comel... Adik punye persembahan yang 1st sekali dan i see her face so gementar lah kan... Buat kat mane final competition tu? Kat Tropicana City Mall at Damansara... Hoho, at shopping mall tau... Tak mampu lah aku nak perform kat tengah2 shopping complex... HAHA... Alhamdulillah adik perform well as the tiger, and just got consolation... Even she just get consolation for the competition, we all still proud of her coz she could be choosed to perform for her school... Nice try ADIK... Ini ada gambar2 yang kami ingin kongsi bersama... Take a look...

Parents with their kids...

My adik that is TIGER...

Kids with their teachers...
The grand stage...

Ayah & Mama

Kak Ani & Aina yang kebosanan...
I love my adik... Ngauumm...

Piala adik... Consolation place...

That's all from me, have a nice day u guys... Tata from me the new tiger... Huahaha...