WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Tuesday 13 December 2011

Air Mata Semalam

Hai semua... Cerita kali ni mungkin sedih bagi aku... Tak tahu pulak lah anda semua kan... Hari ni aku melangkahkan kaki menuju kelas CTU 151... Lantas disapa rakan-rakan, 'Aina, kenapa muka kau nampak lain hari ni', 'Aina, kenapa mata kau macam semacam je, sembap eh, tidur lambat ke semalam, ke sakit mata? Hah, itulah antara persoalan yang terpacul dari mulut mereka setelah melihat kelibat aku di dalam kelas... Aku hanya mampu menjawab dengan tenang, 'Ye, aku tidur lambat lah semalam, tak ingat pukul berapa'... Spontan je cakap padahal dalam hati hanya aku dan Tuhan je yang tahu... Mesti ada antara rakan-rakan aku ni fikir aku gaduh dengan pakwe ke, dengan sape-sape kan... Wahai rakan-rakan ku sekalian, cukuplah dengan imaginasi anda dan marilah Aina ceritakan kisah sebenarnya... Sebenarnya, aku menangis malam tadi apabila melihat gambar-gambar family kesayangan aku... Daripada gambar mama, ayah, adik-adik sehinggalah gambar satu keluarga, tiba-tiba air mata ni laju sahaja menuruni pipi... Hati menjadi sebak, tidak mampu berkata apa-apa namun di fikiran hanya mampu berkata rindunya aku pada mama, ayah dan adik-adik... Terasa lama sudah tidak pulang ke rumah, rindu nak bergelak ketawa bersama, berebut kek batik, makan banyak bersama dan menonton tv bersama... Saat itu air mata tak mampu lagi untuk ditahan lantas tangan mencapai handphone dan mendail mama... Risau hati ini bimbang jika mama sudah tidur kerana tatkala itu jam menunjukkan pukul 11 malam... Alhamdulillah mama masih belum tidur dan berkesempatan berbicara dengan aku seketika... Hati sayu berbicara dengan mama, air mata semakin laju membasahi pipi... Tidak ku sangka rindu itu semakin mendalam dan terasa ingin pulang terus ke rumah saat itu... Mendengar suara mama sudah cukup sebak, apa lagi jika mendengar suara mereka semua, ayah, adik-adik semua... Bukan kakak tidak mahu bercakap dengan semua, cuma kakak tak mampu nak tahan sebak di dada dan air mata yang laju membasahi pipi... Kakak rindu sangat dekat semua, tiba-tiba je air mata ni mengalir, ingatkan setitis, lama kelamaan bertitis air mata dikeluarkan... Mama, ayah, adik-adik, kakak rindu sangat kat semua... Syukur dapat mendengar suara mama saat itu, namun hati belum puas jika aku belum dapat memeluk mama, ayah dan adik-adik... Selesai bercakap dengan mama, aku persiapkan diri untuk tidur... Terbaring sahaja tubuh di katil, hati, fikiran dan seluruh jiwa raga masih jelas terbayang wajah ahli keluarga... Sungguh mendalam rindu yang aku hadapi semalam seolah-olah ujian yang diberi oleh Tuhan kepadaku... Air mata terus laju membasahi pipi dan juga bantal... Tidak ku hiraukan asal hati tenang menangisi kerinduan terhadap mereka... Aku terus menangis sehinggalah mataku terpejam dengan sendirinya sampailah keesokan hari iaitu hari ini... Begitulah kisahnya rakan-rakan... Kerinduan kepada mama, ayah, dan adik-adik terlalu bermakna buat aku... Dan kerana itu jugalah mata ini pada hari ini sembap, kerana mereka yang sentiasa berada di dalam hati dan ingatan aku... Maafkan Aina kerana berbohong kepada semua, bukan niat untuk berbohong tetapi tidak mampu untuk menceritakan yang sebenarnya kerana bimbang air mata ini mengalir lagi... Menceritakannya kepada Ieqa dengan menulis pun mengeluarkan setitis air mata, menulis cerita ini pun membuat air mata menitis jua, inikan bercerita terus kepada anda semua... Tidak mampu untuk Aina hadapi di hadapan ramai... Itu sahaja gabungan kisah semalam dan hari ini yang mampu dikongsi... Terima kasih kerana sudi membaca, assalamualaikum, selamat petang... =)

ini mama & ayah yang aku rindui...

adik-adik aku bajet model je semua

adik-adik aku yang pelbagai ragam

adik aku yang lelaki, syahmi...

adik aku yang ni namanya aina jugak...

ni adik aku yang aku panggil 'mok', aku je boleh tau...

mama & ayah again

inilah family aku yang aku rindu sangat...

air mata yang membasahi pipi aku semalam...

No comments:

Post a Comment