Jantung berdegup semakin kencang,
Sedangkan detik jam masih kedengaran,
Menanti masa sebuah jawapan,
Yang diisi kemas di dalam sehelai kertas iaitu slip....
Slip itulah yang akan menentukan,
Tawa atau duka yang bakal terukir pada wajah,
Kejayaan atau kegagalan yang bakal dikecapi,
Ketabahan atau kesengsaraan yang bakal dilalui kelak,
Ketika kita masih mentah dalam mengharungi,
Dunia yang penuh pancaroba ini...
Biarpun degupan jantung ini seakan tidak mahu berhenti,
Ingatlah wahai rakan,
Ucapkanlah ayat- ayat suci Al-Quran,
Kerana dengan itu,
Mungkin segala kegelisahan dan debaran,
Dapat dilegakan...
InsyaAllah, kejayaan bakal menjadi milik kita semua bersama,
Andai diizinkan oleh Allah,
Kerana usaha telah dilakukan,
Doa, tawakal dan istiqamah telah mengiringi,
Dan kini,
Hanya takdir Allah yang bakal menentukan segalanya...
Teruskan berdoa dan bertawakal agar kejayaan berada dalam genggaman...
InsyaAllah...
Amin...
Tujulah jalan yang akan membawa kita ke gerbang kejayaan... |
No comments:
Post a Comment