WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Monday 3 September 2012

Bahagianya Rasa

Hati ini gembira dan seronok yang teramat sangat tatkala diri dapat menjejakkan kaki ke rumah tercinta di Ampang Khamis lepas... Walaupun terpaksa menempuh pelbagai onak dan duri (ecewahhh, propa pulak ko aina) dalam usaha untuk sampai ke rumah, saya tetap sabar... Fuhhh, seperti biasa masa yang diambil untuk sampai ke KL dari Melaka hanyalah 1 jam bagi aku, tetapi apabila kereta gua da masuk jalan KL, MRR2 pulak, memang sangkut lah kan derr... Haih, apalah nasib, duduk terperuk lagi dalam kereta cantik gua (opppss, ayah saya punya) tapi kali ni bertemankan rakan saya Wana and Sascha... Terima kasih lah sebab menemani saya hari tu kan... Huhu, takde lah aku kematu sangat terperuk dalam kereta tu kan...

Nak dijadikan cerita, saya bahagia sangat dapat pulang ke rumah tempoh hari... Manakan tidaknya, hari Jumaat tu dah penuh jemputan rumah terbuka dan kenduri kahwin, sampai lah hari Ahad tau... Orang tu tak jemput saya, tapi jemput parents saya lah kan, so saya pun dengan hati yang terbuka ikut lah sekali kan, dah parents pun willing nak bawa kami 3 beradik sekali menghabiskan makanan2 kat open house orang... Hikhik... Banyak kot open house last week, dari tengah hari sampai ke malam kami makan kat rumah orang je, dapur kat rumah tu elok je tersebik kat situ tak bersentuh... Takpelah sebab dapur tu bukan macam enjin kereta yang kena panaskan selalu kan... Hahaha... Okey merepek dah kat situ, heee...

Bahagianya rasa secara konklusinya saya bahagia sebab dapat makan banyak dan pelbagai jenis makanan di setiap rumah yang berbeza... Dan kerana itu sekarang saya rasa badan saya dah macam berisi sikit, dah mula rasa takut kalau gemuk kan, haishhh, seram... Target boleh gemuk bila dah kahwin nanti, bahaya lah kalau gemuk sekarang kan... Hahaha... Okey2, tu je lah actually yang buat saya bahagia sangat2 nih... Nak cerita lebih2 nanti ada orang salah faham pulak... Padahal dalam hati nak cerita yang hati ini bahagia... Cehh tetiba je pulak kan...

Oh ye, lagi satu... Saya rasa seronok pula dapat beracing semalam okay... Unbelieveable, saya tekan minyak bukan main lagi... Nak bagi tau berapa meternya tak perlu lah kot, rahsia, hanya orang tertentu je tahu, ekekek... Sumpah tak nak race dah lepas ni sebab dah kena marah dengan mama sebab main lumba2 kat highway, bawak kereta laju2 kan... Hah tu lah padahnya, menyesal tetiba... Insaf lah jugak akhirnya kena lecture dengan mama tercinta saya... Hee, sorry mama, kakak tak buat dah lepas ni... Huhu... Dear awak, jangan main race dengan saya lagi tau, takut sebenarnya semalam tapi macam seronok je, tu yang redah je... Hahaha... =)

Okeyh, cukup sampai di sini sahaja kisah kita... Jumpa lagi di lain lembaran... Pesanan ikhlas dari hati saya untuk anda semua hari ini... Selagi anda mampu tersenyum dan bahagia, hargailah kebahagiaan itu kerana tak semua orang mampu hidup bahagia dan gembira... Terima kasih awak kerana membuat saya tersenyum dan gembira dengan keletah awak... Hee...  Salam kasih dan sayang dari saya, Nurul Aina Nabilah =)

* HIDUP INI PERLU SENTIASA CERIA AGAR DIRI INI BAHAGIA*

No comments:

Post a Comment