WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Wednesday 3 October 2012

Final Exam

Sedar tak sedar dah masuk Oktober rupanya.. Dah 3 haribulan dah pun hari ni kan... Syukur alhamdulillah, beban 2 paper final sudah lepas akhirnya dan kini aku masih tabah menunggu dan belajar untuk baki lagi 4 paper... Paper yang tinggal kemudian ini lah yang mampu menguji kesabaran dan ketenangan hati aku kerana keempat-empat paper tersebut adalah killer paper bagi aku... Tak semua benda kat dunia ni senang, tapi tak semua benda kat dunia ni susah... Apa yang penting ialah usaha yang gigih, sentiasa berdoa agar diterangkan hati dan bertawakal kepada Allah di saat anda sudah tidak mampu berbuat apa-apa ketika diri sudah berada di dalam dewan peperiksaan...

Di saat menghadapi peperiksaan seperti inilah kekadang hati aku diuji... Pelbagai dugaan dan cabaran yang datang dan pergi... Adakalanya dugaan itu datang dan sukar untuk pergi, namun aku tabahkan hati dan bermohon kepada-Nya agar dikuatkan hati ini... Bukan mudah menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik... Rakan sekelasku kebanyakannya pandai2 belaka... Aku yang terasa diri ini tidak sehebat mereka masih terus berusaha dan berharap agar mampu menjadi sehebat mereka... Walaupun pada hakikatnya final exam ini tidak menentukan sehebat mana seseorang itu, aku tetap menjadikan mereka sebagai sebab untuk aku turut berjaya... Aku tidak mahu jatuh kerana aku pernah merasa apa ertinya gagal dahulu...

Ku berdiri, aku di sini
Takkan tewas takkan ku menyerah diri
Selagi hasrat di hati belum tercapai
Ku takkan berhenti

Lirik lagu di atas ini banyak menyedarkan aku agar terus berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah... Aku tak mahu mama dan ayah kelak menangisi kegagalan aku, biarlah mereka mengalirkan air mata kerana kejayaan aku... Kerana aku telah bertekad dan berazam untuk menghadiahkan kejayaan itu untuk mereka kelak... Doakan agar aku berjaya mengharungi liku hidup ini dengan tabah dan tenang... Amin... =)

No comments:

Post a Comment