WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Thursday 26 July 2012

Mengalah

Ramadhan sudah masuk hari ke-6 hari ini. Alhamdulillah, hari2 yang mencabar dapat ku tempuh dengan tabah. Kekadang ada dugaan dan cabaran yang menguji kesabaran hati ini. Soal hidup pastilah bersangkut paut dengan hati kerana setiap yang kita lakukan itu dengan hati yang ikhlas ataupun tidak, niat itu juga lahirnya dari hati. Kenapa semuanya bermula dari hati? Setiap yang berlaku pasti menjadikan hati sebagai watak utama. Itulah kuasa Allah, hati ini umpama permata yang berharga. Perlu dijaga dengan elok. Ibadah dilakukan agar hati sentiasa cerah, sentiasa bersabar dalam segala dugaan juga memainkan peranan dalam menjaga hati.

Dalam situasi hati diri ini sekarang, terkadang aku terfikir kenapa aku dikurniakan hati yang sangat lembut. Mudah tersentuh, terasa, tersinggung dan sebagainya. Ujian itu amat berat bagiku namun aku tahu, aku mampu menghadapi segala kemungkinan baik ataupun buruk kerana hati aku tetap tabah walaupun aku mudah tersinggung. Bukannya aku lemah, tapi aku mahu melihat orang lain menerima yang lebih baik daripada yang aku terima. Inginkan orang lain gembira sedangkan hati sendiri gundah gulana. Itulah yang dinamakan mengalah bagi aku. Tapi kadang-kadang situasi seperti itu dinamakan berkorban untuk lebih sedap telinga mendengar. Namun bagi aku istilah itu mempunyai maksud yang berbeza sama sekali walaupun ianya mempunyai sedikit persamaan.

Ye, aku memang seorang yang mudah mengalah. Dengan adik-adik, keluarga dan rakan-rakan. Melihat mereka semua gembira sudah cukup membuat aku gembira. Terkadang hati terdetik, takkan diri ini sahaja yang kena jaga hati orang lain sedangkan orang lain tak menjaga hati kita. Biarlah, mungkin mereka tidak sedar akan pengorbanan kita terhadap mereka. Tipulah kalau aku kata tidak ambil hati secebis pun padahal perasaan yang terbuku dalam hati hanya tuhan yang mengerti. Dalam soal hati, janganlah memaksa aku meceritakan segalanya. Kerana setiap orang mempunyai hati yang berbeza, itulah hebatnya kuasa Tuhan. Bersyukur masih ada hati dan perasaan, dan aku berharap agar hati dan perasaan ini tidak dipermainkan dan akan aku jaga dengan baik agar aku tidak terluka lagi.

Hati sedih kerana apa yang diharap tidak menjadi kenyataan. Mungkinkah aku yang salah ataupun kau yang hanya berpura-pura? Berikanlah aku petunjuk dan pedoman agar aku mampu berjalan melalui cahaya-Mu...

No comments:

Post a Comment