WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Monday 19 March 2012

HIDUP

Hidup tidak selalunya indah, kadang-kadang kita berada di atas dimana terletaknya puncak yang menjadi idaman semua dan di situ kita telah berjaya. Berjaya menggembirakan hati untuk diri sendiri mahupun orang di sekeliling kita dengan kejayaan yang dikecapi atas usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa. Kadang-kadang kita jatuh tersungkur dan rebah dari puncak yang selama ini kita daki dengan susah payah lalu terpaksa menanggung kesedihan dan kepedihan. Mungkinkah semua itu berlaku kerana diri kita sendiri ataupun kerana punca lain? Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, orang selalu kata "hidup ni macam sebuah roda yang sentiasa berputar, kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah". Semua orang pasti akan melalui saat sukar dan gembira dalam hidup. Bersyukurlah sekiranya anda mampu untuk berada di puncak, dan bersabarlah jika anda masih berada di bawah. Kerana yang pasti, orang yang mampu berada di atas tidak semestinya mampu bertahan di atas selamanya melainkan dia terus berusaha dan bersyukur atas kejayaan yang pernah dikecapi dan orang yang masih berada di bawah tidak semestinya tidak mampu untuk berada di atas melainkan dia berusaha untuk mendaki ke atas dengan gigih dan penuh sabar. Ketahuilah bahawa setiap yang diciptakan itu berpasangan, yang mana ada lelaki adalah perempuan, ada langit adalah bumi, dan jika ada yang berada di atas pasti ada yang berada di bawah. Kenapa? Kerana kita semua saling melengkapi antara satu sama lain. Hanya ingin saya ingatkan, jika anda mampu tersenyum dan gembira, bersyukurlah tetapi jangan terlalu bergembira kerana kesedihan pasti menanti. Bagi yang hanya mampu menahan kesedihan, bersabarlah wahai anda, suatu hari nanti anda pasti tersenyum lebar, hanya masa yang menentukan. Kesimpulannya, Allah sentiasa menguji hambanya dalam menjalani hidup di muka bumi-Nya. =)

No comments:

Post a Comment