WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Monday 21 May 2012

Team Buildings

Hallohaa, how are u semuanya?? Harap2 anda semua sihat dan sejahtera okay... Alhamdulillah dapat lagi saya meng'update' blog ni sementara umur masih panjang... Nak diceritakan, pada hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga bergerak ke Felda Residence Hot Springs Sungkai, Perak... What for? Actually kami sekeluarga mengikut ayah team building MPAJ or we just called it family day lah kan sampai hari Ahad... Tujuannya pastilah untuk mengeratkan silaturrahim dan menenangkan fikiran mereka yang penat bekerja kan... Pelbagai aktiviti yang kami jalankan di sana... Ini antara aktiviti yang dijalankan mengikut pelbagai peringkat umur...

Aktiviti bagi kanak-kanak berumur 3-6 tahun...

lari kutip gula-gula... kumpulan yang kutip paling banyak ialah pemenang...

Aktiviti bagi kanak-kanak berumur 7-12 tahun....

permainan bawa bola ping pong dalam sudu...

permainan isi air dalam botol menggunakan span...
Aktiviti untuk lelaki dewasa...

belon berair...

bawa bola ping pong dalam sudu menggunakan mulut, kepit belon celah ketiak...

Aktiviti untuk perempuan dewasa...

belon air juga...

bawa bola ping pong dalam sudu menggunakan mulut, kepit belon celah ketiak...

Acara berpasangan...

lari sambil kaki diikat...

At night pula, kami adakan BBQ dinner... Sedap wooo dapat makan, tapi den tak dapat nak amek gambar makanan2 nye sebab dok sebok makan lah kan... Muahaha... Di samping itu, penyampaian hadiah untuk segala aktiviti di atas turut disampaikan, malah terdapat juga aktiviti karaoke dan cabutan bertuah... Pelbagai hadiah diberikan dan ini antara hadiah yang kami sekeluarga dapat hasil titik peluh kami bermain dalam semua aktiviti yang diberikan...

wohooo, banyak benor kan hadiahnya...

ini lah dia lobi hotel nya... disebabkan adik laki aku takde, so dia lah kena jd model, aku photographer... kalau tak aku lah model nya dan adik laki aku photographer... haih, awat lah hang tak balik adik oiii...



Okeyh itu serba serbi cerita family day kami... Sekarang kita beralih pula kepada cerita mengenai tempat yang menarik ini, Felda Residence Hot Springs Sungkai, Perak... Wahwahwah, seronok tak terkata tau tak, best sesangat tempat tuh... Ada kolam air panas, kolam air sejuk, tempat merebus telur, taman terapi yang ada pelbagai jenis suhu air... Wauuuuu, some kind like interesting kan... Seriously best tau... Untuk pengetahuan anda, tempat ni boleh masuk dengan 2 cara kot iaitu sama ada menginap di hotel or just nak pergi kolam2 bagai tuh... So up to u all lah nak pergi camne kan... Tapi apa yang ingin saya katakan seriously best sangat2 tempat tuh... Oleh itu saya akan share kan sikit gambar2 yang mungkin mampu menarik perhatian anda ke sana... Al-maklumlah tahun ni kan tahun melawat Perak, so apa salahnya saya tolong recommend kat anda tentang keseronokan tempat nih... Here we come, some of the picture...

ini adalah kolam air sejuk, mempunyai gelongsor

here u are, tempat merebus telur

ni tempat untuk anda membeli telur okay... dalam satu mangkuk ade 5 biji telur, so belilah sebanyak mana yang anda inginkan...

ini pula taman terapi yang terdapat pelbagai kolam dengan berbagai suhu air untuk setiap kolam... manakala jalan kecil itu ialah tapak refleksologi...

ini dia kolam air panas, suhu nya boleh lah tahan macam air shower yang panas tuh...

okeyh ini hotel nya or just call it villa...

ini pula view berhampiran lobi... lobi dekat belakang sana tu hah...

here u are the map of this place... =)

Cukuplah rasanya gambar2 untuk menarik perhatian anda ke tempat ini... Maklumat selanjutnya bolehlah dicari di laman web tempat ini sendiri ya... Semoga paparan ini dapat menarik minat anda untuk melawat Perak... Ayuh visit Perak 2012... Saya sebagai rakyat Malaysia hanya mahu menjadikan Malaysia tumpuan umum tidak kira masyarakat tempatan mahupun antarabangsa... Ecewahhh... Huhu, that's all for this post, see u all in the next story okay... Sayonara... =)

saja menyibuk, actually ni view dekat depan villa yang lawa tuh...

No comments:

Post a Comment