Tiada lagi wajah itu, tiada lagi suara seorang wanita yang dahulunya rajin melayan keletah budak2... Tiada lagi seorang nenek yang aku sayangi, yang pergi bertemu Ilahi pada Khamis, 1 November yang lepas... Nenek pergi setelah 80 tahun hidup di dunia ini... Semoga nenek tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman... Mulanya aku tenang dan redha dengan kepergian nenek... Namun tatkala kain kapan membaluti tubuh nenek, air mata aku mula jatuh dan mengalir di pipi... Sedih setelah pipi nenek ku cium dan wajah nenek ku tatap buat kali terakhir... Setitis demi setitis air mata ini jatuh, namun tangisan itu aku tahan bagi menghormati kepergian nenek... Bukan aku sahaja yang menangisi kepergian nenek, malah cucunya yang hadir ketika itu turut menangis jua... Syukur alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar daripada awal sehinggalah pengebumian nenek dengan kerjasama ayah beserta adik-beradiknya, menantu nenek, cucu-cucunya dan juga orang kampung... Hanya doa kini yang mampu mengiringi pemergian nenek, semoga nenek sentiasa tenang bersama-Nya...
Di kesempatan ini juga, ingin aku sampaikan salam dan ucapan semoga berjaya kepada satu-satunya adik lelaki yang aku sayangi, Muhammad Syahmi... Selamat menjawab peperiksaan SPM, semoga berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang... Kakak tahu abang mampu buat yang terbaik, insyaAllah Tuhan sentiasa membantu dan memberi abang kemudahan untuk SPM ini... Usaha dengan bersungguh-sungguh, sentiasa tenang, jangan terlalu stress... If anything, just call mama, ayah or kakak... We will always be with you... Kuatkan semangat, tabahkan hati, kami sentiasa mendoakan kejayaan abang... Buat yang terbaik, I know you can do your best... We all love you, kakak sayang abang... =)
* SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN KEMBALI KEPADA-NYA KERANA SUDAH TIBA MASANYA UNTUK PERGI *
No comments:
Post a Comment