WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Tuesday 3 May 2011

Lumrah Hidup

dalam sebuah kehidupan
pasti ada pasang surut nye
kadang kala kita di atas
kadang kala kita di bawah
ada kalanya kita bergembira
ada kalanya kita berduka
ada kalanya kita senang
ada kalanya kita susah
sesekali kita berjaya
sesekali kita gagal
sesekali kita ingat
sesekali kita lupa
lumrah kehidupan
setiap yang positif
pasti ada yang negatif
setiap yang datang
pasti ada yang pergi
setiap yang berlaku
pasti ada hikmahnya
setiap sesuatu
pasti ada pasangannya
pasti ada lawannya
cuma
hanya kita sahaja yang tidak peka
tidak kisah akan apa yang terjadi
sama ada di sekeliling kita
mahupun jauh daripada mata kita
pernahkah kita terfikir
pernahkah kita terbayang
akan segala kegembiraan yang sesetengah orang tidap dapat menikmatinya
akan segala kedukaan yang dirasai oleh orang lain
akan segala kenaifan yang dialami orang lain
mungkin ada sedikit perkara seperti itu menjengah fikiran anda
atau mungkin tidak pernah langsung menjengah ke dalam kotak fikiran anda
tapi adakah anda peduli
adakah anda prihatin
anda hanya mampu melihat
tidak cukup hanya melihat wahai manusia
timbulkan rasa empati dalam diri anda
titipkan doa kepada mereka yang memerlukan
agar segala keperitan yang dialami hanyalah sebesar kuman
bagi yang bahagia dengan kehidupan anda
bersyukurlah selagi kebahagiaan itu menjadi milik anda
kerana ingatlah kebahagiaan itu tidak akan kekal lama jika tidak dipelihara dengan baik
dan kerana bumi ini sentiasa berputar
kadang kala kita di atas
kadang kala kita di bawah
ingatlah pesanan ini
agar  anda tida lupa diri
dan moga ia menjadi penyuluh hidup
yang akan sentiasa mengingatkan anda
agar tidak lupa kepada orang lain
terutamanya Yang Maha Esa...

^-^

No comments:

Post a Comment