WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Sunday 8 May 2011

Just For My Dearest Mama !!

8 Mei 2011, tarikh yang diiktiraf sebagai Hari Ibu pada tahun ini. Semakin dekat hari ini, aku semakin kerap berfikir. Apa yang aku nk bagi dekat mama, hadiah atau hanya ucapan 'Selamat Hari Ibu'? Agak lama jugak memikirkan apa yang patut dilakukan, manakan tidak, aku bukan nya bekerja sambilan jadi tiadalah duit poket bagi membeli hadiah untuk mama. Namun, aku akan berusaha untuk berfikir sehinggalah terbitnya mentari nanti. Kepada mama, kalaulah mama baca apa yang kakak tulis ini, seikhlasnya kakak tujukan khas buat mama. Terima kasih mama kerana melahirkan kakak, membesarkan kakak, mendidik kakak dengan sempurna, menjaga kakak sebaik-baiknya. Walaupun kakak telah mengecewakan mama dengan keputusan SPM kakak yang hanya 7A, 2B dan 1C, kakak berjanji yang kakak akan menggenggam segulung ijazah untuk mama kelak sebab kakak masih ingat pesan mama semasa Hari Graduasi di MRSM Serting, 'setakat sijil graduate sekolah menengah tak payah ambil gambar, dapat ijazah nanti baru ambik gambar banyak-banyak'. Kakak akan ingat pesan mama itu sampai kakak dapat ijazah. Kakak jugak nak sangat mama tahu yang setiap sesuatu perkara yang kakak nak buat, mama ialah orang pertama yang akan muncul dalam fikiran kakak sama ada kakak perlu buat sesuatu perkara itu atau tidak. Kakak bangga dapat ibu macam mama sebab mama seorang yang penyabar, penyayang dan sangat tabah. Kakak tak akan lupa saat-saat pahit yang kita pernah lalui bersama sebab mama sentiasa tabah dan ingat pada Yang Maha Esa. Ingatlah mama, walau apa pun masalah dan apa jua yang berlaku, kakak akan sentiasa berada disamping mama untuk menyokong mama. Kakak harap mama sentiasa doakan yang terbaik dalam hidup kakak. Mungkin hanya ini yang mampu kakak berikan kepada mama...

" $eL@m@T  H@Ri  iBu ,  M@M@ "
Kakak SAYANG mama SANGAT2....
Hope u always be happy and may Allah bless u...




My Love To You....


Special 4 My Dearest MAMA,
JAMALIAH BT AB. AZIZ

No comments:

Post a Comment