WeLcOmE!!!

Here u are, in my incredible life... Hope that u all will enjoy and make my life is more incredible!!!! heee...
Smile if u look me...
Sebab i tahu u want to know me better...
HaHa...
Tak kenal maka tak cinta...
Ceriakan hidup anda dengan senyuman, jauhkan kesedihan, enjoy reading my blog... not as good as others blog, but it is not so bad as i can always make u puas hati baca blog i... =)
b4 that, sebelum saya terlupa, rjin2 la bg ikan2 saya kat bwh tu mkn ye... Thanx a lot if u do so...

Lots Of Love...
- aina -
('',)

Sunday 6 March 2011

Tentang Aku...

Salam sayang buat sesiapa sahaja yang membaca. Pasti ramai tertanya-tanya kenapa orang panggil aku ikan. Kenapa ye? Aku ada detail nya. Bukan hanya ikan nama gelaran yang diberi. Banyak lagi gelaran yang rakan-rakan aku beri kepadaku semenjak aku menginjakkan kaki ke sekolah menengah. Begini mulanya....
Ketika aku form 1 sampai form 3, aku bersekolah di MRSM Gerik, Perak. Tempat yang sungguh jauh daripada tempat tinggalku. Semasa bersekolah di sana, aku digelar tiang oleh rakan-rakan. Mesti ramai tertanya-tanya kenapa kan, termasuklah aku si empunya badan. Akhirnya salah seorang rakanku menceritakan bagaimana gelaran itu timbul dan melekat kepadaku. Nak tau kenapa? Sebab, apa sahaja yang aku pakai pada diriku, aku nampak slim saja. Hahaha... Merepek je kan. Kadang- kadang diorang ejek nama bapa aku. Tak suka kan bile orang ejek nama bapa sendiri. Tapi aku hanya menganggap itu semua hanya gurauan ringan demi menambat hati rakan-rakan untuk memastikan hubungan persahabatan lebih berseri dan membawa seribu satu makna yang bisa dikenang sampai bila-bila. Ada juga yang gelar aku dengan nama pakwe aku dulu. Siapa nama si dia, tidak perlu ditulis di sini. Haha, sudah menjadi norma kehidupan, aku tidak mengambil hati dengan apa yang rakan-rakanku gelar diriku ini. Asalkan gurauan itu tidak melampaui batas. Aku menamatkan pengajian di situ semasa form 3 kerana di situ hanya menempatkan pelajar daripada form 1 hingga form 3 sahaja. Terpaksa aku melangkah kaki meneruskan pengajian ketempat baru walaupun berat rasanya hati ingin meningglkan tempat manis itu yang memberi aku pelbagai kenangan.
Aku terus melangkah kaki ke MRSM Serting, Negeri Sembilan kerana itulah pilihanku dan keluarga. 2 tahun hidup di situ memberi aku beberapa gelaran unik daripada rakan-rakan. Gelaran ikan. Gelaran ini memberi kenangan manis kepadaku yang tidak mungkin aku lupa titik tolak mulanya gelaran itu. Ceritanya begini, ketika itu aku dan rakan sekelasku sedang belajar subjek biologi di makmal bersama guru kami, Pn. Haslin. Pada hari itu kami belajar tajuk respiration, iaitu sistem pernafasan haiwan. Cikgu menyuruh kami semua menunjukkan cara ikan bernafas. Kami pun melakukan apa yang disuruh. Tiba-tiba tangan cikgu menunjuk ke arahku dan berkata bahawa cara yang aku buat itu betul dan lebih kurang sama dengan cara ikan bernafas. Ha, mulai saat itulah rakan-rakanku menggelarku ikan. Pada mulanya gelaran itu hanya digunakan oleh rakan sekelasku, namun kerana angin yang menyebarkan khabar itu, ramai yang menggelarku dengan nam itu sehingga kini. Gelaran yang seterusnya pula bermula apabila aku menunjukkan bakat aku dalam olahraga peringkat maktab dan menjadi olahragawati selama 2 tahun aku di situ. Gelaran yang dimaksudkan ialah cheetah. Haha. Timbulnya gelaran ini kerana rakan-rakan seusiaku melihat larianku yang boleh dikatakan pantas dalam kalangan kategoriku waktu itu. Disebabkan gelaran itu juga, kadang-kadang rakan lelaki bergurau mahu berlumba denganku di padang. Mana mungkin aku mengalahkan para lelaki yang mungkin lagi kuat tenaganya daripada diriku ini. Namun jangan ingat aku ni takut pada lelaki atau mudah mengalah. Oklah, sampai di sini sahaj tentang aku. Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan melalui komen ye...
Salam!!!
=)

2 comments: